As-Salam. Bagi blog yang gemar melakukan entri copy-paste, ini mungkin satu berita yang kurang menyenangkan. Terkini, pihak Google telah mempertingkatkan lagi algorithma cariannya di mana laman web dan blog yang menerima banyak perlanggaran hak cipta atau copyrights akan kurang mendapat tempat dalam penyenaraian carian.
Menurut sumber Google, mulai minggu ini, Google akan bertindak untuk mengenalpasti laman web dan blog yang terdapat perlanggaran hak cipta serta bahan yang tidak original sebagai langkah untuk memastikan kandungan yang benar-benar berkualiti serta original berada di tangga teratas algorithma cariannya.
Google Pertingkat Algorithma Untuk Perlanggaran Hak Cipta (Copyright)
“Sites with high numbers of removal notices may appear lower in our results,” says Google SVP, Engineering, Amit Singhal. “This ranking change should help users find legitimate, quality sources of content more easily—whether it’s a song previewed on NPR’s music website, a TV show on Hulu or new music streamed from Spotify.”
“Since we re-booted our copyright removals over two years ago, we’ve been given much more data by copyright owners about infringing content online,” Singhal adds. “In fact, we’re now receiving and processing more copyright removal notices every day than we did in all of 2009—more than 4.3 million URLs in the last 30 days alone. We will now be using this data as a signal in our search rankings.”
Walaupun dalam ketegasan pihak Google untuk memberikan penalti kepada laman web dan blog seperti yang dinyatakan tadi, mereka juga memberi peluang kepada pemilik kandungan atau entri yang terkesan daripada algoritma ini untuk memohon bagi membuat penilaian semula. Satu pemberitahuan melalui email terutama bagi pemilik blog akan dihantar bagi memberitahu bahawa entri sekian dan sekian telah melanggar hak cipta atau telah copy paste dari sumber yang sebenar.
Semoga ini menjadi perhatian buat blogger-blogger yang menjadikan sumber-sumber tertentu dalam bahan penerbitan entri untuk lebih waspada.
Sumber: WebProNews




Post a Comment