10 Ogos 2012

Diam Bukan Bermaksud Suka

As-Salam. Aha ..jika dulu, kalau orang masuk meminang si anak dara ... apabila ditanya pada si gadis dara jelita, andai diam itu jawapannya ... itu bermakna suka. Haaa suka ..suka memalu gitu. Tapi itu dulu ... sekarang, diam belum tentu tanda suka. Tak percaya? Lihat apa yang sekarang banyak orang seperti anda sedang lakukan ..... iaitu berblog.

Berblog, satu metod (macam ketot lak ...) satu kaedah luahan jiwa lara terpendam di lubuk hati sanubari. Tak dapat diungkap dengan kata, takut nanti ada yang merasa dan terasa. Kerana risau kata jadi binasa, lalu blog tempat luah segala rasa.

Tengok sahaja ramai rakyat yang kini bergelar blogger (kerana ada blog) terus terang, nyata laung di setiap entri bila ada perkara yang tidak puas hati. No more silent of the lamb ....  masing-masing akan guna huruf besar, huruf yang dihitamkan untuk ungkapkan dengan amarah ketidak puas hatian.

Dulu, tak suka pun diam, suka pun diam. Sekarang, suka kata ya .... tak suka melalak di blog! Huhuhhu... jangan saman dato ..... jangan saman kami, kami hanya berkata apa yang kami fikir dan rasa, kami hanya blogger picisan yang suara di luar tak kuat mana.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen Kesian

zaman dah canggih. Blogger dah ramai. Lebih baik melakak d blog drp post status entah pape kat fb dan twitter, mengganggu ketenteraman awam. Hahaha


EmoticonEmoticon