As-Salam. Agak kelainan sikit kali ini untuk HH tampilkan blog selebriti pilihan, bukan si selebriti tetapi blog ayah mertua kepada aktor kacak yang kini dah digelar ustaz iaitu Ashraf Muslim. Blog Hj Lokman A. Hamid merupakan blog ayahanda Dayana iaitu isteri kepada Ashraf Muslim.
Kandungan blog tidak lain tidak bukan adalah mengenai amalan perubatan alternatif berlandaskan Islam yang dinaungkan di bawah label Pusat Rawatan Islam Al Hidayah.
Memetik sebahagian daripada blog ayah mertua Ashraf Muslim ini:
Blog ini adalah coretan pengalaman dalam kehidupan seharian saya. Dalam 11 tahun saya mengamalkan Perubatan Syifa' Al-Hidayah, banyak pengalaman dan insiden-insiden yang saya ingin berkongsi bersama agar ia menjadi pengajaran dan pedoman kepada semua. Terdapat juga dalam blog ini siri video 13 episod program TV Penawar Syifa yang ditayangkan di Astro Oasis awal tahun ini. Kebanyakan gambar dalam blog saya ini adalah dari koleksi fotografi saya sendiri hasil dari minat saya dalam seni fotografi. Selamat membaca.... Salam dari Hj. Lokman Abdul Hamid.
Ehemm .. bukan itu sahaja, anda boleh lihat gambar dan foto menarik terutama majlis akad nikah Ashraf Muslim di Mekah.
Gambar Pernikahan Ashraf Muslim dan Dayana di Mekah









Post a Comment