As-Salam. Di bulan Ramadhan ini, tidak dilarang pun anda untuk berhibur, tetapi yang dilarang adalah bentuk hiburan yang anda lakukan. InsyaAllah, Ihya Ramadhan akan membariskan lapan buah lagu untuk hiburan anda di bulan Ramadan ini, moga ia boleh memberikan lebih keinsafan di bulan penuh barakah ini.
8 Buah Lagu Yang Patut Anda Dengar Di Bulan Ramadan
1."Selimut Putih" - Orkes El-Suraya
Klik di sini: http://youtu.be/jr4hdVbb2aU
Klik di sini: http://youtu.be/jr4hdVbb2aU
Ya, sekalipun "Selimut Putih" dendangan oleh Orkes El-Suraya (pimpinan
Ahmad Baqi) ini berasal dari Medan, Indonesia, lagu ini menjadi sangat
popular di Malaysia kerana ia pernah diharamkan di RTM pada tahun 70-an
kerana dikatakan "menyeramkan pendengar". Ia masih didebatkan sehingga
kini, kerana begitu banyak perkara yang lebih patut diharamkan di kaca
televisyen berbanding lagu yang mengingatkan anda kepada kematian.
2. "Pergi Tak Kembali" - Rabbani
Klik di sini: http://youtu.be/0XgJ7mEtACs
Klik di sini: http://youtu.be/0XgJ7mEtACs
Sebelum kewujudan lagu ini, Rabbani sudah cukup terkenal dan Allahyarham
Ustaz Asri sudah pun dikenali dalam dunia nasyid tempatan melalui
kumpulan Nada Murni. Namun lagu ini menggegarkan industri apabila KRU
tampil menggubah sebuah nasyid dengan genre pop. Ia menarik perhatian
kerana ada banyak pendapat yang tercetus akibat "Pergi Tak Kembali". Ada
yang menganggap ia satu pencemaran pada genre nasyid yang bertujuan
untuk dakwah, manakala ada pula yang berpendapat muzik sedemikian boleh
menarik lebih ramai peminat muzik untuk mendengar lagu-lagu ketuhanan.
Ia juga menjadi pencetus trend nasyid berirama pop.
3. "Puji-Pujian" - Rabbani
Klik di sini: http://youtu.be/-GJBLcwAGJM
Klik di sini: http://youtu.be/-GJBLcwAGJM
Sebelum kewujudan Raihan, ahli-ahlinya sudah pun dikenali melalui
kumpulan nasyid The Zikr, yang diasaskan oleh unit hiburan Al-Arqam.
Selepas pengharaman Al-Arqam, The Zikr telah dibubarkan dan disatukan
semula sebagai Raihan. Lagu "Puji-Pujian" memasuki senarai ini bukan
sahaja kerana popularitinya ketika ia kali pertama dimainkan pada tahun
1997, tapi juga kerana ia mengangkat nasyid dari hanya menjadi pilihan
satu golongan kepada muzik kontemporari yang dimainkan di corong radio,
sekaligus mengangkat nama Raihan ke peringkat antarabangsa dan
mencetuskan kegilaan terhadap nasyid pada era akhir 90-an.
4. "Sepohon Kayu" - Nada Murni
Klik di sini: http://youtu.be/NbzRnFv9yDU
Klik di sini: http://youtu.be/NbzRnFv9yDU
Tanyalah setiap orang yang pernah melalui era 80-an dan 90-an, mereka
pastinya pernah mendengar lagu ini, sekalipun mungkin ada sesetengahnya
tak mahu menyanyikannya semula kerana rasa diperli. Ya, walaupun hidup
seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya, kan? Namun begitu, ia
juga menaikkan lagi populariti kumpulan Nada Murni yang akhirnya
berpecah dan membentuk dua kumpulan nasyid yang paling banyak
mempengaruhi dunia nasyid kontemporari (selain Raihan), iaitu kumpulan
Hijjaz dan Rabbani.
5. "Kembara Di Tanah Gersang" - Al-Jawaher
Klik di sini: http://youtu.be/GBIpKN9XwBc
Klik di sini: http://youtu.be/GBIpKN9XwBc
Lagu "Kembara Di Tanah Gersang" bukan sahaja popular kerana menjadi lagu
yang menaikkan nama kumpulan nasyid wanita pertama di Singapura ini,
malah kerana ia dicipta oleh komposer yang tidak asing lagi, M.Nasir
pada tahun 80-an, selepas kumpulan tersebut diperkenalkan kepada M.Nasir
oleh guru berzanji mereka, Ustaz Amir. Seperti mana lagu-lagu M.Nasir
yang lain, "Kembara Di Tanah Gersang" menjadi satu daripada lagu malar
segar yang masih dinyanyikan semula oleh kebanyakan penyanyi baru era
ini.
6. "Kasih Kekasih" - InTeam
Klik di sini: http://youtu.be/w1sRLM5gvnc
Klik di sini: http://youtu.be/w1sRLM5gvnc
Dalam banyak-banyak lagu nasyid, mengapakah "Kasih Kekasih" menjadi
pilihan? Ada yang membenci lagu ini dan ada yang sangat menyukainya.
Namun satu perkara yang jelas, ia merupakan lagu cinta pertama dalam
genre ini. Ya, nasyid sememangnya ada banyak lagu cinta kepada Tuhan,
alam sekitar dan sesama manusia. Namun "Kasih Kekasih" merupakan lagu
pertama yang menyanyikan tentang dua pasangan yang menantikan saat
mereka dinikahkan. Ia menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pelajar
fakulti agama yang sedang dilamun cinta, itu sudah pasti.
7. "Ya Rabb" - Imad Munaya
Klik di sini: http://youtu.be/gWcqWklLUmI
Klik di sini: http://youtu.be/gWcqWklLUmI
Sebelum kehadiran Maher Zain dan senyumannya yang menawan, Zain Bikha
dan suaranya yang menusuk kalbu atau Sami Yusuf yang kacak, Malaysia
pernah jatuh cinta pada seorang lelaki Lubnan bernama Imad Munaya yang
juga memiliki bakat untuk melukis khat. Albumnya mendapat sambutan ramai
sekalipun kebanyakan lagunya dalam bahasa arab dan dia juga
berkolaborasi dengan kumpulan D'Riyadh dari Indonesia. Jadi ingatlah,
sebelum Maher Zain, Imad merupakan lelaki Lubnan pertama yang menggamit
hati peminat Malaysia.
8. "Teman Sejati" - Brothers
Klik di sini: http://youtu.be/WyIYU3OjtBE
Klik di sini: http://youtu.be/WyIYU3OjtBE
"Teman Sejati" memasuki senarai ini kerana ia menjadi lagu nasyid
pertama yang menggunakan muzik, sedangkan pada ketika itu kebanyakan
lagu nasyid - sekalipun kontemporari, masih lagi menggunakan nyanyian
acapella, kompang dan rebab sebagai alat muzik pilihan. Brothers juga
ditubuhkan oleh bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana yang diasaskan oleh
SMKA Maahad Hamidiah, Kajang - yang mana menghasilkan komposer dan
penyanyi seperti Yassin dan juga Faizal Tahir.
Sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu nasyid hebat yang boleh anda dengar di bulan Ramadan, tetapi HH senaraikan yang mana yang popular dan telah diperdengarkan dari tahun ke tahun secara kerap.
Sumber: Cinema Online




Post a Comment