31 Ogos 2012

"Blogger Terkenal Takkan Follow Blog Kau Punya ..."

As-Salam. Blogger terkenal nih jarang nak follow-follow blog macam blog HH ni ... kecuali sorang dua tu je .. hmm tak aci HH nak bagitahu siapa, tapi blogger ni memang terkenal dan memang dah follow blog ni lama dah, follow dan baca .... bukan main klik follow je .... 

Ada kata blogger terkenal kerek dan dok seronok dengan blog mereka je. Tapi HH berpendapat ada je blogger yang puluh-puluh ribu follower masih lagi sudi nak klik follow, dan klik LIKE pada page-page milik blogger kecik-kecik macam HH ni. Cumanya, mungkin masa belum tiba kot pada yang masih belum merasa dikunjungi blogger terkenal dan hebat.

Tak susah sebenarnya, anda jadi peminat setia mereka, insyaAllah ...mereka akan singgah di blog anda. Jangan cepat buat andaian bahawa blogger terkenal takkan follow blog anda .... sebabnya kerja nak klik follow tu bukan susah benar pun, klik je .... mudah tuh.

Haa ..sapa yang masih belum difollow oleh HH, sila tinggalkan komen yer....hehehehe....



Blogger Yang Tidak Pernah Merdeka

As-Salam. Bagi HH, blogger yang menulis perkara peribadi lebih merdeka daripada blogger yang lain. Kerana apa? Sebab mereka menulis mengenai diri mereka, tak pening nak fikir pasal trafik, tak perlu runsing pun kalau blog kurang pembaca, sebab mereka menulis atas sebab mereka suka menulis dan berkongsi.

Yang lain, mungkin sedikit ralit bila blog tak ada berganjak trafik dari semalam. Gusar dan risau. Bila buat posting baru, atau entri baru ..sentiasa dok fikir .... ohhh macam mana nak buat tajuk sensasi, macam mana nak dapatkan penaja atau pengiklan, macam mana nak buat orang klik iklan dalam blog ...aishhh macam-macamlah .... 



HH sendiri rasa yang blog HH tidak semerdeka blogger lain. Sentiasa perlu ikut citarasa orang lain .... hmm ... mahu blog sentiasa ada trafik yang bukan sedikit. Terikut tajuk sensasi sana sini ... gara-gara mahu trafik tinggi ... mahu orang pandang blog ini untuk iklan dan macam-macam.

Blogger yang tidak pernah merdeka .... 

30 Ogos 2012

Apa Ada Pada Trafik Tinggi Jika Blog 'Kosong'

As-Salam. Seronok kan, bila blog dapat trafik tinggi ... hari-hari ribu2 je pageviews. Tapi sayang, trafik tu hanya sekadar trafik tanpa ada makna dan kebaikan pun. Apa ada pada trafik tinggi jika sedikit pun tidak memberikan kebaikan buat pemilik blog mahupun pembaca.

Ya, seringkali HH berfikir apakah gunanya menarik, mencari, memancing trafik ke blog seandainya tiada apa yang sebenarnya 'diberi' buat pengunjung dan pembaca. Memang merugikan ... andai 2000 pageviews hanyalah sekadar angka .... 

Tak payah nak fikir soal duit .... kerana duit itu milik dunia. Fikir akan kebaikan yang diperoleh dari berblog. Ada saham lebih besar yang perlu dicari ... alangkah untungnya diri jika 2000 itu dijadikan nilai saham akhirat .... 

Berhati-Hati Dengan Kata Kunci Yang Anda Pilih

Tips SEO blogspot kali ini ialah berkaitan dengan kata kunci yang anda pilih bagi blog anda. Masakini semakin banyak enjin carian yang makin berhati-hati, apa yang penting bagi enjin carian ialah memberikan sumber terbaik untuk isi kandungan yang terbaik, original dan tepat dengan kata kunci dicari. Pemilihan kata kunci yang sesuai adalah sumber trafik yang tidak ternilai dalam pendekatan SEO untuk blogspot.

Berhati-Hati Dengan Kata Kunci Yang Anda Pilih

Namun, dalam memilih kata kunci yang dapat menjana trafik tinggi ke blog, harus anda pastikan bahawa kata kunci tersebut bukan kata kunci sensitif yang melibatkan sosial budaya, agama dan kaum, ia harus dijaga bukan kerana enjin carian yang begitu berhati-hati, tetapi juga kepada sistem keselamatan internet terbina dalam - antivirus dan juga internet security yang ada pada server dan juga sistem komputer peribadi.

Apabila salah memilih kata kunci, blog anda mungkin dianggap berbahaya bagi sesetengah sistem keselamatan internet, lalu menyebabkan blog tidak boleh diakses oleh pengunjung dan pembaca.


Risiko berlaku memang kecil tetapi tidak mustahil ia akan berlaku kepada diri anda jika tidak berhati-hati. Periksa kata kunci anda itu dengan membuat sedikit kajian - cuba search dahulu kata kunci anda untuk lihat samada ia akan disenarai-hitam atau kena blocked.


Semoga bermanfaat.

29 Ogos 2012

Foto Leia Rose Caunter Berusia Setahun Lebih | Anak Perempuan Marion Caunter dan SM Nasarudin

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Gambar Anak Marion Caunter - Leia Rose (Setahun Lebih)




Foto Pasangan SM Nasarudin-Marion Caunter Bersama Anak Mereka - Leia Rose




Gangnam Style Lyrics | English Translation | Super Kampung Style - Malaysian Parody

As-Salam. Dok seronok sangat dengar, tapi tak tahu maksud lirik yang dinyanyikan dalam Gangnam Style .... hmm bahaya tu. Jadi kena tahu apa yang dibawakan dalam Gangnam Style ini, adakah kerana liriknya itu yang menjadikan video Gangnam Style menjadi viral dan satu fenomena YouTube?

Oh ya, ini adalah sekadar hiburan, jangan terbawa-bawa sangat dengan emosi ehhh .. hmmm ada gak yang tak suka .... sekadar seronok sementara je pun ... :)


Gangnam Style - English Translation Lyrics

Oppa is Gangnam style
Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that
I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
Read more: http://www.kpoplyrics.net/psy-gangnam-style-lyrics-english-romanized.html#ixzz24v8SCNYr 
Follow us: @kpoplyrics_net on Twitter | kpoplyricsnet on Facebook


Dan sebagai hiburan untuk anda, cuba lihat video klip dari deejay Fly FM ... Parody Gangnam Style - Super Kampung Style yang diterajui Hanny Madu.

Parody Malaysian - Gangnam Style | Super Kampung Style by FlyFM



Gangnam Style | Apa Yang Menarik Sangat? 70 Juta Paparan Youtube!

As-Salam. Satu fenomena ... Gangnam Style, sehingga ada selebriti utama dunia naik 'hantu' bila mendengar muzik dan melihat video Gangnam Style ini. Malah, ada akhbar utama yang menjadikan Gangnam Style sebagai tajuk utama berita! Apa yang menarik sangat yang ada pada video Gangnam Style ini sehingga mendapat paparan hampir 70 juta seluruh dunia? ... hanya dalam masa sebulan!! (15 Julai 2012).

Gangnam Style Dance - K POP PSY


Gangnam Style merupakan tajuk lagu yang dibawakan oleh PSY - seorang rapper dari Korea Selatan, yang muncul dalam aliran K-Pop. Hebat penangan Gangnam Style ini sehingga ia menjadi topik hangat di CNN dan Bloomberg.... walaupun video ini hanya berdurasi 4 minit.

Sejak dimuat naik di laman YouTube, Gangnam Style telah berjaya menarik minat lebih daripada jutaan pelayar internet, dan menjadi ikutan sehingga beberapa video parody juga dihasilkan sebagai respon kepada video yang menjadi fenomena dunia tersebut.

Menurut Wikipedia; "Gangnam Style" merupakan bahasa Korea yang mencerminkan kebudayaan dan kehidupan mewah rakyat Korea di daerah Gangnam, sebuah kawasan dan penempatan serba trendi di Korea Selatan. Lagu tersebut menceritakan tentang kehidupan seorang awek yang serba sempurna yang tahu bila masa nak jadi baik dan bila masa nak berseronok.

Apa yang menarik pada video Gangnam Style ini ialah cara menari yang simple tetapi menarik hati .... apatah lagi gelagat budak pada awal video klip ini. Ada banyak unsur lucu dan sedikit seksi dalam video ini.

Video Gangnam Style


Banyak-Banyak Blog, Blog Jenis Ini Paling Perlu Kemaskini

As-Salam. Dalam kategori blog, blog yang perlu sentiasa kemas-kini, perlu sentiasa update lebih kerap daripada biasa, responsif ialah ... blog niaga atau blogshop. Blog niaga adalah jenis blog yang paling perlu kerap dikemaskini agar memudahkan pengunjung dan juga bakal pembeli.

Blog niaga perlu bersaing .. dan cara terbaik untuk blog niaga bersaing dan berjaya dalam persaingan di dalam perniagaan dunia maya ini adalah dengan sentiasa kemas kini entri produk yang dijual. Bukan setakat memaparkan produk terbaru, tetapi juga untuk memaklumkan akan stok produk, pembelian produk dan sebagainya.

Ini perlu agar pengunjung yang bakal menjadi pembeli sentiasa yakin dengan keupayaan pemilik blogshop menyelenggara dan mengemaskini informasi berkaitan.

Tentu haru biru dan buat pembeli di blogshop tertanya-tanya andai tiada kemas kini dilakukan apabila sesuatu produk itu dibeli. Blog niaga perlu tampak menyakinkan dan bukan sekadar blog niaga yang mahu melepaskan batok di tangga.

Kemaskini 3 Kali Sehari


Lakukan paling kurang 3 kemaskini sehari, iaitu pada pagi, petang dan malam .... iaitu waktu produk baru ingin dipasarkan (pagi), waktu produk itu berada di dalam stok atau sedang diurusniagakan (petang) dan malam ... sebagai entri tutup kedai - jumlah jualan, stok yang ada, pembayaran yang dah dibuat, penghantaran dan sebagainya.

Dengan cara ini, para pengunjung dan singgah ke blogshop akan nampak aktiviti yang dijalankan ... ibarat macam kita lihat sebuah kedai itu sibuk .. atau pasaraya .. sibuk dengan aktiviti... kalau kosong dan lengang..tentu anda pun tak mahu masuk kedai tu lagi ..kan kan?






Ustaz Azhar Idrus Dan Selebriti Cun | Wordless Wednesday #WW

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Gambar Ustaz Azhar Idrus Bersama Selebriti Cantik



Gambar Husna Zahry Rafie | Isteri Ustaz Don Daniyal Yang Cantik | Wordless Wednesday #WW

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Foto Husna Zahry Rafie - Isteri Don Daniyal






Kredit Foto: Nadia Zahari Photography


Tips Iklan Adsense | Sekat Iklan Yang Tidak Sepatutnya

As-Salam. Mana-mana bahan pengiklanan, seandainya tidak ditapis, ia akan memberikan gambaran buruk kepada penampilan dan kredibiliti blog anda. Sebagai blogger, anda punyai tanggungjawab untuk memastikan iklan-iklan yang terpapar di dalam blog anda itu adalah iklan yang sesuai ditatap dan dibaca, lalu relevan dengan tema serta isi kandungan keseluruhan blog anda.

Medium pengiklanan di blog sebenarnya memberikan kemudahan dan platform untuk para blogger memilih dan menyekat iklan-iklan yang difikirkan tidak sesuai. Contohnya, iklan arak dan rokok .... anda boleh sekat iklan tersebut dari keluar di blog anda, dengan tidak memilih bahan-bahan pengiklanan berkaitan mengenai perkara tersebut.

Begitu juga dengan seks serta perkara yang menyentuh soal agama, anda perlu prihatin dengan iklan-iklan yang keluar secara automatik ini di blog anda. Jangan sampai blog anda menjadi penyumbang kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan boleh dielakkan.

Iklan Adsense Perlu Tapisan

Tips Iklan Adsense - Sekat Iklan Unsur Agama dan Seks


Jika anda mempunyai akaun Google Adsense dan menggunakan kod Adsense untuk memaparkan iklan di dalam blog anda, seperti yang HH lakukan untuk blog ini ... anda sebenarnya boleh menyekat url atau alamat link iklan-iklan tertentu dari terus dipaparkan di blog; terutama yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya.

Untuk iklan Adsense, anda perlu login ke akaun anda, dan pilih menu Allow and Block Ads; di situ anda boleh memasukkan url iklan-iklan yang dirasakan tidak sesuai setelah anda atau mungkin pengunjung blog anda kenal pasti sedang berlegar atau dipaparkan di blog.

Tips Pengiklanan Adsense

Tips Pengiklanan Adsense

Anda juga boleh memilih untuk tidak menyiarkan iklan-iklan daripada sumber-sumber Google Adsense yang lain dengan memilih Blocking Option yang terdapat dalam penetapan iklan Google Adsense.

Jadilah seorang blogger yang prihatin dengan iklan, dan bukannya dok mikir soal duit dari blog semata-mata!

*p.s: Terima kasih kepada pemilik blog sentuhanmaya.com kerana memberitahu ....


Blog Syafiq Yusof | Pengarah Muda, Anak Yusof Haslam

As-Salam. Seperti mana abangnya ... Syamsul Yusof, Shafiq Yusof juga mempunyai blog sendiri. Blog Syafiq Revolution dah siap ada sejak dari tahun 2008 lagi ... haaa .... kira blogger lama dah ni. Nampaknya pengarah muda, anak Datuk Yusof Haslam ini akan mengukir namanya tersendiri dalam sejarah perfileman negara.

Andai anda nak tahu perkembangan diri Syafiq Yusof ini ..... dalam bidang pengarahan filem, maka blognya dah boleh merungkaikan sekilas kisah. Anda tentu kagum bagaimana anak muda ini mendidik diri sendiri untuk menjadi antara pengarah filem tersohor seperti ayahnya, Datuk Yusof Haslam.

Dan filem SAM - Saya Amat Mencintaimu yang telah berada di panggung merupakan filem pertama di persada seni yang akan menjadi titik tolak kepada pencapaiannya dalam bidang pengarahan filem .... errr dan mungkin menjadi satu sejarah kerana Syafiq sendiri masih muda belia.

Blog Syafiq Yusof




Mengampu Blogger Terkenal Untuk Dapatkan Trafik

As-Salam. Pertama sekali, HH ingin nyatakan ... bahawa HH adalah seperti anda juga ... kepingin trafik yang mencanak dan tinggi bagi blog ini. Macam-macam cara dah HH lakukan .... dan teknik mengampu blogger terkenal adalah antara teknik yang pernah HH buat ... haaa ...ngaku tu ... 

Salahke andai nak mengampu blogger yang dah mantap trafik blognya? Salahkah memberikan pujian sedikit-sedikit pada blogger-blogger hebat ini agar diberikan sedikit perhatian? ... hmm tepuk dada tanyalah diri.

Puji tak mengapa, puji sebab kagum dengan kehebatan si blogger .... tak jadi masalah pun sebenarnya. Malah, cara begitu ...boleh memberikan kelebihan SEO tersendiri. Namun, jangan pula sampai terlebih dan melalut .... biar cakap terang dan bersuluh, ada fakta dan bukti ... puji sebarang sebarang tanpa asas ..haaa tu dah kategori lain dah .... silap2 akan ada blogger lain yang meluat dan menyampah.

Penangan trafik jika diberikan perhatian daripada blogger terkenal memang mengujakan. Serius, ia boleh melonjakkan blog dengan pelbagai cara.

Nak mengampu .... errr silakan .... tapi jangan mengampu HH dah le .... tak terdaya nak membalasnya nanti. 

*p.s: Ampu punya ampu, tak dapat balasan ...mula tabur racun dan tuba ... ish ish ish ..... tak baik tu.


28 Ogos 2012

Masanya Untuk Upload Foto Gedik Semasa Berhari Raya

As-Salam. Amalan biasa .... setiap kali lepas musim cuti perayaan ... selepas je hari raya, akan ramailah pengguna Facebook yang memuat-naik gambar dan foto mereka berhari raya. Paling ramai yang akan buat ialah anak-anak gadis yang ingin pamer kecantikkan baju raya mereka yang penuh glamour.


Yelah, nama pun anak dara, remaja ...kecantikkan pada peringkat ini amat dititikberatkan, penting buat mereka untuk kelihatan cantik. Dan paling penting, cantik itu perlu mendapat pujian. Cara paling mudah ialah dengan muat naik gambar cun, ala gedik-gedik ke laman mukabuku .... mengharapkan lebih LIKE dari mata yang melihat.

Lagi banyak LIKE lagi mereka suka, dan mungkin ada yang berani, muat naik foto gambar raya yang ... perghhhh ..... seksi meksi .... yang nampak lurah dan bonjolan .... sehingga ada mata yang tersembul dan tidak berkedip.... hahahhaaa..... 

Bukan di Facebook atau laman sosial sahaja, malah blog pun menjadi antara tempat untuk pamerkan 'kecantikkan' pakaian di hari raya. Yang lelaki .... mungkin tak banyak sbb baju mereka sama je ..... Yang anak dara gadis ni ...macam-macam fesyen dan gaya ada. Macam-macam angle shot ... sampai fotographer pun angkat tangan tanda mengalah dengan posing yang mereka berikan.


Kepentingan Melanggan RSS Feed Buat Blogger

As-Salam. Mengapa penting buat anda, sebagai seorang blogger melanggan RSS  (Rich Site Summary)? Oh ya, apa gamaknya RSS ini? RSS merupakan satu format untuk menghantar isyarat bahawa kandungan blog kita telah berubah. RSS merupakan satu faktor untuk blog kita mendapat trafik menerusi enjin carian serta laman web yang menjejak informasi terkini. Buat blogger, adalah penting untuk melanggan RSS feed sesebuah laman web atau blog agar dapat menjadi antara yang terawal mendapat info dan menyebarkan info tersebut.

Kepentingan RSS buat Blogger

Kepentingan Melanggan RSS Feed Sesebuah Blog


Jika blog yang kita sukai itu mempunyai pelbagai info yang bermanfaat, maka rajinkan diri untuk anda melanggan RSS feed blog berkenaan. Anda juga digalakkan untuk langgan RSS feed laman berita terkini seperti yang ada di MSN News, Yahoo News, Yahoo Malaysia, Berita Harian, Bernama dan sebagainya untuk mendapatkan informasi terkini yang boleh dijadikan bahan dalam penulisan blog anda.

Andai anda menjadi yang pertama menerima informasi berkenaan, dan kemudian menulis mengenainya di dalam blog, anda mungkin akan mendapat tempias dari berita atau maklumat yang telah disampaikan. Cuma anda perlu lebih kreatif agar entri blog anda lebih menarik. Cara terbaik adalah menggabungkan informasi yang anda terima tersebut, dan disertakan dengan foto daripada pelbagai sumber yang boleh anda dapatkan menerusi langganan tadi.

Selamat mencuba.


27 Ogos 2012

'Menjerat' Pengunjung Dengan Gambar Gadis Separa Bogel

As-Salam. Ini teknik dan taktik yang banyak digunakan oleh blogger lelaki. Mudah je sebenarnya .... mulanya, entri yang ada ala-ala perkataan tersebut akan diselitkan dengan gambar gadis separa bogel, dan kemudian ... setelah operasi ping dilakukan, gambar tersebut akan dibuang .... hasilnya .... blog akan dikunjungi dek kerana gambar gadis separa bogel yang ingin dilihat, dan bukan kerana entri yang ingin dipersembahkan.

Gambar Separa Bogel

Cara begini memang dikatakan licik tetapi memberi kesan ke atas trafik sesebuah blog. HH pernah juga menggelintar menggunakan kata kunci tersebut, dan hasilnya .... akan tersinggah di blog politik yang nyatanya tak ada pun entri berkaitan gambar yang dinyatakan.

Ini adalah teknik dan taktik agar pengunjung yang 'dahaga sesuatu' terjerat ke satu blog yang mungkin di kemudian hari dapat menarik minatnya. Namun, dari segi cara .... ia amat salah kerana memberikan salah info dan memutar-belitkan antara gambar dan cerita.

Walaupun cara begini nampaknya berkesan untuk 'menjerat' pengunjung, tetapi dengan algorithma terbaru daripada Google, entri sebegini bakal dikenakan penalti dan mungkin akan disenarai-hitamkan untuk dimasukkan ke dalam indeks carian.


Keseronokkan Berblog Yang Semakin Pudar

As-Salam. Kadangkala, apabila blog terlalu berlambak di dalam dunia maya, selera untuk kita menulis entri sedikit sebanyak akan terjejas. HH dah lihat banyak blog yang terkubur begitu sahaja..... terutama follower blog ini - www.hasrulhassan.com.

Adakah keseronokkan berblog itu sudah pudar? Ramai blogger yang pernah HH kenali sudah tidak lagi berada di pentas dunia blogger Malaysia. Ramai yang dah undur diri atas sebab-sebab yang mereka sendiri simpan. Dan ada di antara mereka yang merupakan blogger-blogger hebat dan mempunyai blog yang baik dari segi isi kandungannya.

Apa yang HH perhatikan, kebanyakkan blog sebegitu adalah dari blog-blog yang bertemakan blog peribadi, personal yang menceritakan soal keluarga dan kehidupan seharian.

Mungkin, kerana pertukaran status dari single ke sudah berpunya atau daripada status anak dara ke mak dara menjadikan mereka kini memandang sepi untuk update dan kemaskini kandungan blog mereka.

Itu hak dan pilihan mereka. Mereka dah meriahkan dunia blog Malaysia. Yang muncul akan terus muncul, yang tutup akan tetap tutup blog bila tiba alasan yang munasabah untuk berbuat demikian. 

Nyata, mereka berblog bukan sebab nak kejar duit maya ... nyata mereka bukan berblog sebab nak glamour ... tetapi berblog untuk meluahkan apa yang perlu. Bila dah tak ada apa yang nak  diluahkan .... dan bahagia dengan kehidupan sekarang ... maka .... blog itu hanyalah satu kenangan.


26 Ogos 2012

Menulis Blog Isi Kandungan Serupa

As-Salam. Bukan mudah nak dapatkan trafik dari sebuah cerita dan entri yang tajuknya telah sebelum itu diterbitkan oleh blogger lain. Isi kandungan sama tetapi sensasi memang boleh menarik trafik ke blog. Tetapi, bagaimana nak membolehkan blog kita mendapat sebahagian besar trafik tersebut?

Untuk menulis kandungan yang hampir sama, yang punyai isi yang serupa, apa yang perlu anda tampilkan ialah dengan menggunakan tajuk yang sedikit berlainan daripada tajuk entri blog yang lain. Contohnya; kisah bertajuk Blogger Uncle Seekers Ditahan Polis; anda boleh ubah jadi Polis Tahan Uncle Seekers atau Uncle Seekers Ditahan atau Blogger Didakwa Memfitnah Ditahan Polis.

Tajuk tak sama, isi kandungan serupa je. Untuk lebih kelainan, anda boleh bermula dengan perenggan permulaan yang lebih catchy atau santai bagi menarik minat pengunjung. Perenggan pertama amat penting kerana ia akan terpapar di enjin carian. Pastikan kata kunci iaitu tajuk entri anda ada di perenggan pertama.

Begitu juga kesimpulan atau pengakhiran entri anda, tulis sesuatu yang boleh memikat pembaca untuk terus datang ke blog anda, cuba membolehkan mereka melihat dan membaca entri yang lain. Petua untuk anda menulis blog dengan isi kandungan serupa .... dengan sedikit ilham dan kreatif, anda boleh curi sedikit trafik.


24 Ogos 2012

Don Daniyal - Husna Zahry Rafie | Selamat Pengantin Baru Ustaz Don

As-Salam. Pendakwah bebas bertauliah dan pengacara serta selebriti yang diminati ramai di saluran TV Al Hijrah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah selamat menikahi Husna Zahry Rafie, seorang pelajar perubatan di Universiti Kaherah, Mesir pada 23 Ogos 2012 di Pulau Pinang,.

Ustaz Don Daniyal menjadi popular setelah menjadi antara penceramah yang digemari ramai menerusi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV Al Hijrah. Dengan loghat utara, Ustaz Don telah berjaya menambat hati bukan sekadar penonton yang lebih dewasa tetapi juga golongan remaja.

Majlis keraian dan menyambut menantu akan diadakan pada 25 Ogos - sebelah pengantin perempuan, dan 1 September di sebelah Ustaz Don Daniyal di Kajang.

Foto Pernikahan Ustaz Don Daniyal - Husna Zahry Rafie



Gambar Nikah Don Daniyal - Husna Zahry Rafie

Gambar Nikah Don Daniyal - Husna Zahry Rafie


Tahniah HH ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal dan pasangannya Husna, semoga pasangan berbahagia dan dirahmati hendaknya. Hmm .. hensem ohhh Ustaz Don Daniyal, gaya model yang membuat mak-mak dara kini kempunan nak menantukan Ustaz Don ... hehhehehe...

Oh ya, Ustaz Don Daniyal juga seorang blogger, anda boleh tengok blognya di sini: Blog Ustaz Don Daniyal

Husna pun pandai bergaya juga macam Ustaz Don Daniyal ni ... HH kongsikan sekeping gambar Husna - isteri Don Daniyal kepada anda semua ....

Foto Husna Zahry Rafie - Isteri Ustaz Don Daniyal


Foto Cun Husna Zahry Rafie - Isteri Ustaz Don Daniyal

Kredit Foto: Facebook Husna Zahry Rafie

Raya Puas Dah?

As-Salam. Haaa ... jangan lupa, apa yang perlu dilakukan selepas syok berhari raya .... ada kewajipan yang perlu diuruskan. Orang kata raya tu sebulan ... hmmm .. tu pandangan orang, tapi harus diingat, sebulan raya takkan beri apa-apa makna kalau dipenuhi dengan perkara yang tidak membawa kebaikan.

Duduk rumah je? Hmm .... mana amalan kunjung saudara mara? Mana amalan bermaaf-maafan? Kalau sebulan raya duduk rumah, habis masa depan TV, tak ada maknanya. Tak ada erti juga kalau sebulan raya dok lepak di pasaraya, dok dalam panggung, buang masa tak tentu hala.

Ingat pada yang kurang, ingat pada yang tiada. Ingat apa yang kita telah harungi selama sebulan berpuasa. Nak bergembira, silakan ..... boleh buat, tapi berpadalah. Ingat sikit apa yang dekat ... dan jangan lupakan apa yang jauh.

Oh ya, andai ada tertinggal tu .. gantilah yer. Jangan lupa pada fidyah yang perlu dijelaskan. Agama dah tetapkan, maka buat ikut peraturan yang dah tercatit dalam Al Quran dan Hadith.

*p.s: Tersedak kuih raya, teringat akan perkara ini .. alhamdulillah, Allah Taala bagi nafas untuk bernafas.... kalau tersedak lalu mati? ... - Mohon Allah Dijauhkan

23 Ogos 2012

Kes Saman Blog Hiburan OhBulan | Driven Communications Nafi Sebagai Pemilik OhBulan!

As-Salam. Berikut adalah info terkini mengenai kes saman blog hiburan OhBulan oleh bekas isteri Hattan, yang mendakwa pihak OhBulan telah menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Kes Saman OhBulan - Noorfarashikin Othman


Kuala Lumpur: Syarikat Driven Communications Sdn Bhd menafikan ia adalah pemilik blog hiburan Oh Bulan! yang didakwa menyiarkan artikel memfitnah bekas isteri penyanyi Hattan, Noorfarashikin Othman.

Syarikat itu yang disaman RM1 juta oleh Noorfarashikin pada 3 Julai lalu, dalam pernyataan pembelaannya turut menafikan semua tuntutan dan relif dimohon oleh plaintif dengan alasan saman itu difailkan secara salah terhadapnya. 

Sehubungan itu Driven Communications selaku defendan berkata, tindakannya memfailkan pernyataan pembelaan itu dibuat tanpa memprejudiskan haknya untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan dikemukakan oleh plaintif.

Sementara itu peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu pemberita, beliau sudah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam dan mungkin memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan itu.

Beliau berkata, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 10 September depan.

Dalam tuntutan samannya, Noorfarashikin berkata, defendan menerbitkan artikel yang memfitnahnya pada Januari lalu melalui laman web www.ohbulan.com yang kemudian disiar semula oleh akhbar dan blog lain.

Beliau berkata, kenyataan dalam artikel itu antara lain bermaksud beliau seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan seorang isteri yang tidak setia. 

- Berita Harian
 

22 Ogos 2012

Nora Danish di Aidilfitri 2012 | Wordless Wednesday #WW


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


Gambar Nora Danish Beraya Aidilfitri 2012



Foto Cun Nora Danish - Aidilfitri 2012

Foto Cun Nora Danish - Aidilfitri 2012

Foto Cun Nora Danish - Aidilfitri 2012

Kredit: Twitter Nora Danish

Perangai Pelik Fatin Liyana (Blogger) Didedahkan !!

As-Salam. HH pasti ramai blogger yang kenal dengan nama ini - Fatin Liyana, antara blogger yang terkenal dan popular di Malaysia. Malah, HH boleh katakan setiap blogger baru yang muncul pasti paling tidak akan pernah dengar namanya di dalam dunia blog Malaysia. Tapi, rata-rata hanya mengenalinya menerusi blog ... dan bukan di alam realiti.

Fatin Liyana, gadis kelahiran Negeri Sembilan ini telah menjadi antara penulis blog terkenal di Malaysia setelah memenangi Anugerah Penulis Blog dan Media Sosial 2012 untuk kategori Blog Selebriti Terbaik.

Perangai Pelik Fatin Liyana Didedahkan



Haaa ... mungkin ramai yang nak tahu apakah perangai pelik Nur Fatin Liyana Asri ... pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com.

  1. Fatin Liyana Asri tak tulis diari sebab tulisannya buruk - kerana itulah dia tulis blog atas cadangan sahabat baiknya.
  2. Fatin Liyana suka cerita, buku, filem yang berkisar kisah benar dan misteri. Ada ciri-ciri sorang gadis penyiasat dalam diri Fatin Liyana.
  3. Tak pernah ada cita-cita semasa kecil.
  4. Sejak jadi blogger terkenal, baju raya dah ada orang taja!

Ok, tu sedikit sebanyak yang HH dapat kongsikan dan cedok daripada utusan.com.my .... hehehheehehhe.... erkk apa? ingat HH pi skodeng Fatin Liyana ke? ....

Sumber: COM

Laporan Trafik Terkini 'LIVE' Sempena Aidilfitri 2012

As-Salam. Laporan trafik terkini sepanjang Aidilfitri 2012 boleh didapati secara LIVE atau langsung menerusi laman web LLMTRAFIK. Anda boleh mengikuti secara lebih terperinci keadaan trafik di setiap lebuhraya yang ada di Malaysia ini dengan melihat paparan imej, video kamera serta laporan yang disediakan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia.


INFOTRAFIK AIDILFITRI 2012


Untuk mendapatkan laporan terpantas dan terkini keadaan trafik di Aidilfitri 2012, anda boleh lakukan dengan dua cara berikut:

Laporan Trafik Terkini Lebuhraya Sempena Aidilfitri 2012


SMS 37752 atau http://llmtrafik.gov.my/wap
http://m.llmtrafik.gov.my (versi PDA)

Menerusi laman web LLMTRAFIK, anda boleh melihat peta lebuhraya berserta infografik secara langsung keadaan trafik di kawasan-kawasan tertentu.

Maklumat juga boleh didapati menerusi laman sosial Facebook LLM dan juga Twitter.

Untuk infotrafik keadaan emasa lebuhraya sempena Aidilfitri ini, anda boleh follow:

Twitter.com/llminfotrafik 



21 Ogos 2012

Wow.... Seksinya Beraya di Aidilfitri 2012

As-Salam. Waduhhhh ... seksi bangat tu cewek dengan baju kebaya ketatnya ... bentuk tubuh sungguh meliurkan mata memandang, waaaaddduhhhhhh lagi lagi lagi lagi seksi ... terdedah di dadanya sampai belahan yang mulus putih tampak sampai ke dalam. Hmmm ... Ramadan penuh ibadah berlalu sehari, dah ramai yang tak disangka mengumpul dana yang tak sepatutnya dikumpul.

Sayang bukan, kalau ibadah sebulan hancur dek kerana kita lupa bahawa batas-batas yang ada bukan setakat di dalam bulan puasa. Sayang sekali, amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadan, tersia kerana kerakusan kita menyambut Syawal. 

Ye, HH bukanlah ustaz yang layak nak kata itu dan ini tak boleh, itu ini salah ... tapi kalau fikir logiklah, buat apa baju yang dah ditampal dalam satu bulan, dikoyakkan di satu bulan yang lain? Tak ke kerja sia-sia namanya?

Ada yang tak kena. Nak cantik boleh, tapi biarlah ikut syarat yang ditetapkan. Siap ada warna rambut lak tu ... katanya sebagai rambut Aidilfitri 2012.

Terliur dik ... lebih terliur dari tgk biskut badam, atau kuih bangkit. Terliur dapat pahala tak mengapa ... tapi .... erkkk ... 

Salam Aidilfitri buat semua.


20 Ogos 2012

Periksa Tahap SEO Blogspot Dengan SEO Workers

Adakah anda mahukan blog anda mesra SEO? Anda boleh lihat panduan yang saya telah berikan dalam blog ini - Tips SEO Blogspot. Dah buat? Sekarang anda perlu periksa tahap SEO blogspot anda, dan saya syorkan anda menggunakan SEO Workers sebagai alat bantu bagi mengetahui setakat mana kecekapan SEO blogspot anda.

SEO Checker for Blogspot Using SEO Workers

Tips SEO - Uji tahap SEO Blogspot dengan SEO Workers

Analisis yang akan dilakukan oleh SEO Workers ini melibatkan:
HTTP Headers check; Meta tags analysis; Keywords Relevancy; The page displayed within search engine results; URLs found in the page; Keywords found in the anchor tags; Keywords found in the image 'alt' attribute text; Heading & Phrase Elements; 

Meh tengok contoh yang saya lakukan, hasil daripada analisis SEO Workers, antaranya:

Tips SEO - Uji tahap SEO Blogspot dengan SEO Workers
Tips SEO - Uji tahap SEO Blogspot dengan SEO Workers

Untuk uji blogspot anda menggunakan SEO Workers, sila klik sini: SEO Workers Search Engine Optimization

Senarai Artis Wanita Malaysia Berhijrah - Bertudung 2012

As-Salam. Ramadan 2012 kali ini agak unik dibandingkan dengan Ramadan sebelum ini. Pada Ramadan 2012 kali ini, kita nampak semakin ramai artis dan selebriti wanita yang dulunya seksi, kini sudah berhijrah .. memakai tudung dan berpurdah. Alhamdulillah ....

Satu perkembangan yang baik, kerana ramai peminat yang menyokong penghijrahan mereka ini. Mungkinkah kerana ada pendakwah dan penceramah kini memperhalusi dakwah mereka menerusi saluran hiburan telah memberi impak tersendiri dalam dunia hiburan tanahair?

Gambar Selebriti Wanita Berhijrah 2012 Malaysia



HH sifatkan perkembangan dunia laman sosial seperti Facebook dan Twitter sedikit sebanyak ada memberikan kesan terhadap perubahan ini. Begitu juga dengan pengaruh blog yang semakin rancak dari hari ke sehari memperkatakan soal dunia hiburan.

Senarai Artis - Selebriti Wanita Bertudung 2012


1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah


Tweet Neelofa Buat hasrulhassan.com

As-Salam. Manalah tahu kot-kot entri berkaitan dengan selebriti ini yang ada di dalam blog ini mengguris hati, jadi HH pun tanpa segan silu tweet ucapan selamat dan maaf zahir batin sempena raya kepada bintang cantik menawan - Neelofa.


Selebriti di Mekah

Dan alhamdulillah, tak perlu nak tunggu lama, Neelofa terus balas tweet yang sama. Terima kasih.

Setiap manusia ada kurangnya, andai kita silap langkah, baiklah kita undur atau ubah ... ada masa, kita buat, jangan sampai dah tak ada masa. Mulut itu dicipta untuk kita lafaz dari hati, ya biar berat sekalipun .... kita mesti cuba ... sebab sekali kita luahkan, insyaAllah .. beban rasa bersalah itu akan terungkai sendirinya. 

Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi tweet dan sampaikan ucapan Selamat Hari Raya .... terima kasih kepada rakan-rakan lama yang sudi hantar sms ... terima kasih .. terima kasih.

 


19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012

As-Salam. Pihak HH ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Maaf zahir dan batin andai HH ada buat salah dan silap dalam menerbitkan entri di dalam blog ini.

Maafkan HH andai blog ini cuba menagih simpati anda untuk dikunjungi setiap hari. Maafkan HH andai blog ini tidak membawa sebarang manfaat buat anda, maafkan HH jika ada entri yang buat anda meluat pada blog ini.

Di hari baik dan di dalam bulan baik ini, HH sekali lagi ingin menghulurkan salam kemaafan buat semua. Terima kasih banyak-banyak kerana terus menyokong blog ini samada secara nampak mahupun tidak nampak.

Dan sebelum itu, andai anda punyai hati ... berilah bantuan kepada adik Soleh yang menderita kanser - anak rakan blogger, dan juga memberikan perhatian dan keprihatinan kepada blogger Jejai yang juga menderita penyakit kanser. Semoga kedua-dua mereka ini tambah dalam hadapi hari-hari mendatang.


18 Ogos 2012

Dato' Seri Anwar Ibrahim Mohon Maaf Pada Perdana Menteri Malaysia?

As-Salam. Agak terkejut sebenarnya, apabila kebanyakkan laman blog politik, khasnya yang pro-kerajaan memaparkan kisah ini. Adakah benar Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu perutusan khas sempena Aidilfitri 2012 memohon maaf kepada Dato' Seri Najib Tun Razak - Perdana Menteri Malaysia?

Dunia blog Malaysia - khususnya blog-blog politik sedang hangat memperkatakan soal ini. Anda boleh Google sendiri dan baca, HH tak mahulah tukar blog www.hasrulhassan.com ini menjadi blog politik pulak kan ... huhuhu....

Pelik bin ajaib, apabila seorang ketua pembangkang yang keras-keras menentang urus tadbir oleh kerajaan, secara tiba-tiba membuat pengakuan ini ... yang bila HH baca, memang macam ehh betul ke?

Ianya berlaku sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim menamatkan sessi borak di Google Hangout.

Dan ..... selang beberapa jam selepas itu, satu posting terbaru telah dikeluarkan di blog Dato' Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan perkara yang berlaku.

Blog Dato Seri Anwar Ibrahim digodam.


So, ok. Tamat cerita. Begitulah mainan politik Malaysia. Sana-sini bermacam cara dilakukan. Anda sebagai pengguna internet perlu awas dan hati-hati agar jangan sampai terpengaruh dengan mudahnya dengan setiap perkhabaran yang dibawakan dalam blog-blog politik ini.

Jangan sampai anda terlalu naif tidak tahu, tetapi cubalah ambil tahu agar tidak jadi mangsa kepada perkara-perkara fitnah dan tidak baik yang banyak terdapat dalam blog-blog bergenre politik ini.


AES | Perangkap Hadlaju Untuk Saman Pengguna Jalanraya Aidilfitri 2012

As-Salam. AES, satu sistem baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan, untuk menangani masalah kemalangan jalanraya di negara ini. Ia merupakan sistem perangkap kesalahan trafik oleh pengguna jalanraya menggunakan teknologi kamera resolusi tinggi dan juga radar automatik 24 jam sehari tujuh kali seminggu.

Ia merupakan sistem yang diuruskan oleh JPJ, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) - yang merupakan agensi berkaitan di bawah Kementerian Pengangkutan. Bukan bawah PDRM yer .... jadi, jangan fikir hanya PDRM yang menjalankan fungsi saman kenderaan anda di hari raya!

Kamera perangkap hadlaju AES


Sistem AES ini sebenarnya sudah diperkatakan sejak 2005 lagi. Malah, mantan boss HH pernah bercerita mengenai sistem ini semasa beliau menjadi pengarah di MIROS. Dan untuk tahun ini, sistem AES ini menjadi 'senjata utama' untuk mengesan pesalah trafik sempena Aidilfitri 2012 setelah ia mula dipasang oleh dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. (Beta Tegap) dan ATES Sdn. Bhd. (ATES). 

Kedua-dua syarikat tersebut berfungsi menyediakan kamera tetap serta mudah alih di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Beta Tegap dipertanggungjawab menyediakan kamera di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Sementara ATES pula menguruskan kawasan di negeri utara sehingga Sabah dan Sarawak.

Untuk pengetahuan anda semua, sistem ini selain boleh kesan pesalah langgar lampu isyarat serta hadlaju, ia juga boleh mengesan kesalahan memotong di garisan berkembar atau di sebelah kiri jalan, membawa lebih muatan, sekatan terhadap kenderaan berat memasuki kawasan bandar dan penguatkuasaan laluan bas.

Sistem ini telahpun dipasang dan sedang beroperasi di seluruh Malaysia sejak minggu lalu - sempena Aidilfitri 2012 ini. Kamera AES tetap dipasang di jalan persekutuan, jalan negeri, lebuh raya dan persimpangan lampu isyarat seluruh negara.

Haaa, takut nak disaman oleh pihak berkuasa? Jadi berhati-hatilah apabila nampak tanda amaran perangkap hadlaju. Tanda amaran ini diletakkan 2 km sebelum sistem AES ditempatkan - sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mendidik pengguna jalanraya, dan bukannya memberi hukuman.

Ok, selamat balik kampung ye ... dan perhatikan tanda-tanda amaran hadlaju ini.

 

17 Ogos 2012

Jadual Rancangan Khas dan Menarik Aidilfitri 2012 di Astro

As-Salam.
Mungkin ada di antara kita ni memang jenis tegar, duduk je dalam rumah sempena Aidilfitri 2012. Kata wife HH jenis antisosial, tutup tingkap, tutup pintu ... hahaha... tapi tak leh nak salahkan mereka ni, ada sebab tu, yang mungkin kita tak tahu.

Namun, ramai juga antara kita ini, tak mahu ziarah sana sini disebabkan mahu terpaku di depan kaca TV. Kononnya tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton siri-siri best yang disiarkan. Bukan tak boleh tengok, boleh tu boleh ... tapi pandai-pandailah rancang, lagipun ... bukan rumah orang lain tu tak ada TV .. hehehe... :P

Apa program menarik sempena Aidilfitri di kaca TV? Tentu ramai nak tahu apakah rancangan menarik di televisyen sempena Aidilfitri 2012. HH kongsikan sedikit info program menarik sempena Aidilfitri 2012 di Astro.

Senarai Rancangan Menarik Astro Raya Pertama - 19 Ogos 2012



Senarai Rancangan Menarik Astro Raya Kedua - 20 Ogos 2012



Untuk mengetahui senarai penuh rancangan menarik di Astro sepanjang minggu Aidilfitri 2012 ini, anda boleh klik laman web Gempak - Astro Gempak



Rancangan Khas Aidilfitri 2012 Astro


18 Ogos 
Mega Raya 2012  (Astro Ria dan Mustika HD) - 9 malam

19 Ogos 
Raya Rayau Aznil (Ria/Mustika HD) - 6.30 petang
KL Gangster (Ria) - 9 malam
Takde Lembu Takde Raya (Ria) - 10 malam

20 Ogos 
Aaron & Zizan... Beraya Sampai Pengsan (Ria) - 5 petang   dan (Mustika) - 8.30 malam
Rumah Terbuka Erra Fazira (Prima) - 10 malam
K-Popnya Raya (Ria) - 4 petang

21 Ogos
Opocot! Latahnya Raya (Ria) - 1 tengah hari
Randy Balik Malaysia Raya Ni (Ria) - 5 petang

22 Ogos
Spagetti Kuah Lodeh (Prima) - 12 tengah hari
Daging Batang Pinang (Warna) -10 malam

24 Ogos
Warna Raya (Warna) - 3 petang

25 Ogos
Lawak Ker Der (Warna) - 9 malam


Tips SEO Blogspot | Kata Kunci Popular Sempena Aidilfitri 2012

As-Salam. Apabila anda sendiri, sebagai blogger dok sibuk sakan beraya dengan keluarga, tentu sekali anda tiada kelapangan untuk update blog anda sepanjang seminggu (kalau HH) berhari raya Aidilfitri 2012 ini. Bagi sesetengah blogger, apabila blog tiada pengunjung, akan jadi kesusahan di hati. Mana tidaknya, blog perlu ada trafik walaupun sedikit.

Mengapa perlunya trafik sedangkan semua orang dok sakan beraya? Hmm ... itu yang apa ada di dalam fikiran kita, tetapi buat blogger yang mahu menjana pendapatan menerusi blog, iklan-iklan yang ada semasa raya adalah iklan-iklan yang pasti akan berkaitan soal raya. Itu potensi untuk meraih duit raya ...hehehe

Jadi, kata kunci popular untuk hari raya mestilah yang ada kaitan soal promosi raya, soal rumah terbuka raya, peta dan laluan mudah ke sesuatu tempat, jualan murah sempena raya .... perkara-perkara ini akan dicari dan serentak pada masa yang sama pula, ada kaitan dengan iklan.

Kata kunci sempena Aidilfitri 2012 mesti selaras dengan iklan-iklan yang sedang rancak kini - iklan dari Nuffnang, dari Advertlets, dari Innity ... malah dari Adsense sendiri. Anda boleh juga selitkan iklan Churp-Churp dan Says.my sebagai alternatif, tetapi kena hati-hati jangan sampai langgar syarat yang telah ditetapkan.

Kata kunci popular (bakal) Aidilfitri 2012 - Intisari rancangan raya, jualan hebat raya, Aidilfitri 2012, rumah terbuka Aidilfitri 2012, Rumah terbuka PM ....

Gunakan kata kunci tersebut dalam entri blog anda ... insyaAllah, sedikit sebanyak akan dapat trafik menerusi pendekatan SEO ini.



Blogger Terkenal Hidap Kanser Peringkat 4

As-Salam. HH pasti ramai yang pernah singgah ke blog Teratakarmo ....walaupun blog ini tidak ramai follower, tetapi di kalangan blogger yang dah lama berblog, akan kenal akan kehebatan blogger ini dalam dunia blog. Blog Teratakarmo antara blog yang menerima Google Pagerank 3 yang tak ramai blogger Malaysia dapat, apatah lagi sebuah blog peribadi.

Menurut tuan punya cerita - blogger Eyriqazz, pemilik Teratakarmo iaitu Jejai sedang berhadapan dengan penyakit barah atau kanser tahap 4, tahap tertinggi dan tipis peluang. Bukan ringan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Jejai ini, tetapi buat rakan blogger yang ingin membantu, anda boleh ringankan bebanan yang ditanggung oleh Jejai dengan menyumbang sedikit sebanyak, bak kata rakan blogger Mat Gebu - "Membantulah sekadar yang anda mampu dan seikhlas hati, tidak nampak sekarang, namun di kemudian hari....pasti ada ganjarannya..."

Blogger Jejai (Teratakarmo) Hidapi Kanser Tahap 4

Blogger Teratakarmo Hidap Kanser Tahap 4


Untuk kisah atau info lanjut mengenai Jejai - pemilik blog Teratakarmo, anda boleh singgah di blog Eyriqazz - Antara Rakan, Rahsia dan Racun.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan menerusi akaun berikut:

MAYBANK ACC EN AZHAR BIN RAMLI - 1643 5107 9691 (Je Jai)
MAYBANK ACC PN. MAZLIANA BINTI OTHMAN - 1640 8974 1562 (Isteri beliau)

Blog Aznil Hj Nawawi | Blogger Otai Di Kalangan Selebriti

As-Salam. Siapa tak kenal dengan selebriti ini - pelakon, pengacara, pelawak pun boleh, jadi penyanyi pun pernah ... malah seorang deejay radio yang cukup popular. Aznil Hj Nawawi, HH sifatkan sebagai seorang blogger di kalangan selebriti bertaraf  'old taimer', bukan sekadar disebabkan oleh usia Aznil sendiri, tetapi disebabkan Aznil dah mula berblog sejak 2008 lagi.

Blogger Aznil Hj Nawawi

Dan Aznil Hj Nawawi bukan hanya ada satu blog, malah ada 2 blog ... dan beberapa blog lain. Jarang melihat seorang selebriti punyai lebih datu blog yang boleh HH sifatkan aktif jugalah, walaupun selang masa antara entri memakan masa.

Perjalanan seni Aznil boleh diikuti menerusi blog utamanya ialah Aznil Hj Nawawi ... di samping blog keduanya - Borak Pak Nil.

Blog Aznil Hj Nawawi


Blog Aznil - Selebriti, Pengacara Popular Malaysia


16 Ogos 2012

Terma dan Syarat SAYS.MY Terbaru

As-Salam. Baru-baru ini, HH menerima satu email daripada rakan di SAYS.MY memberitahu mengenai beberapa perkembangan serta perubahan terma dan syarat SAYS.MY yang merupakan antara platform buat duit online popular. SAYS.MY kali ini nampaknya lebih tegas dan mahu semua pemegang akaun SAYS.MY mengikuti syarat dan terma baru yang telah ditetapkan.

Terma dan syarat baru SAYS.MY ini dibuat kerana didapatu ramai pengguna telah menyalahgunakan beberapa pendekatan yang sebenarnya terpesong dengan objektif SAYS.MY dan para pengiklan. Pihak SAYS.MY mendapati ramai yang telah cuba 'memperdaya' dan 'memaksa' orang lain untuk melakukan penipuan klik pada setiap iklan yang SAYS.MY sediakan.

Terma dan Syarat Terbaru SAYS.MY


The following are the principal conditions of your use of and participation in the Program. Without prejudice to any of our rights against you in the event you breach any terms and conditions of this Agreement, we reserve the exclusive and discretionary right to terminate your use of the Program by deactivating of your SAYS Account and banning you from registering for any further SAYS Account should you violate or fail to comply with any of the following conditions:
  • You may not join nor use this Program on behalf of another person;
  • You must not use anyone else's SAYS Account;
  • You must not upload and inject into the SAYS network in any manner any content containing any viruses, Trojan horses, worms, time bombs, cancelbots or other computer programming routines that are intended to damage, detrimentally interfere with, surreptitiously intercept or expropriate any system, data or personal information;
  • You must not upload or transmit any information that infringes any patent, trademark, trade secret, copyright or other proprietary right of any party;
  • You must not use the Program to send unsolicited messages;
  • You must not use, post or transmit any material of any kind which SAYS considers, does or is likely to damage the Businesses or the reputation of SAYS;
  • You must not post and/or transmit several Social Recommendations or links to Social Recommendations at one go or spam while using the Program;
  • You must not post multiple Social Recommendations or links to Social Recommendations in one post;
  • You must not post misleading links to Social Recommendations including but not limited to messages that read “Hey open this site by clicking this link”/ “Please click”/ “Help me click please”/ “Do me a favour and help me”/ “Help me earn”/ “Open this link”/ etc. or any derivation or variation of such messages;
  • You must not post Social Recommendations or links to Social Recommendations that are unrelated to the Social Recommendation;
  • You must not post Social Recommendations through Facebook ads, Google ads or any paid advertising space or service;
  • You must not post on any account for an Internet Communication Platform that you do not own.
  • You must not misrepresent, deceive or trick internet users into clicking on your link to Social Recommendations by using images, sounds, text, email addresses, unrelated links or any other form of misrepresentation;
Dan beberapa lagi perkara yang anda perlu faham terutama kepada pengguna dan pemilik akaun SAYS.MY. Butiran terma dan syarat terbaru SAYS.MY ini boleh anda baca lagi di: Says Account Holder Terms and Condition

Jangan menyesal bila dah ada dalam akaun sampai ratus-ratus ringgit tetapi tak boleh dikeluarkan... huhuhuhu.... 


10 Perkara Bakal Berlaku Pada Diri Seorang Blogger Tegar

As-Salam. Apabila seorang blogger mula terjebak secara serius dalam dunia blog, ketahuilah bahawa akan datang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Bukan mudah apabila diri berkata - "Oh aku ingin jadi blogger berjaya". Banyak usaha perlu buat, bukan sehari dua, bukan seminggu, bukan sebulan dua ... makan tahun, dan ia akan turut mengubah cara hidup anda sebagai seorang manusia yang bukan blogger.



10 Perkara Bakal Berlaku Pada Diri Seorang Blogger



  1. Bangun dan sebelum tidur, anda akan tatap blog anda ..... bukan lagi tatap wajah ibu, bukan lagi tatap wajah anak, bukan lagi tatap wajah isteri. Komputer dan blog adalah perkara pertama dan terakhir yang anda akan lihat setiap hari.
  2. Anda akan kurang bersama keluarga dan kawan-kawan alam nyata, tetapi lebih suka berada di depan PC sambil jari dok taip entri blog mengenai benda yang anda sedang buat. Anda boleh bersembang berjam-jam dengan rakan blogger tetapi tidak dengan anak, isteri, sanak sedara, ibu bapa dan kawan realiti anda.
  3. Anda jarang nampak matahari dan bulan, kerana masa anda lebih kepada berada di depan PC di dalam rumah, di atas katil ...
  4. Badan makin berisi, kerana anda dah kurang pergerakkan selain pergerakan jari jemari anda di atas papan kekunci. Atau dengan kata lain, udah tak bersenam.
  5. Lebih suka cerita pasal rakan-rakan blogger daripada cerita kisah rakan dan teman yang nyata - yang dah lama kenal diri anda.
  6. Lebih seronok terima kad raya rega 20 sen daripada seorang blogger terkenal; daripada terima kunjungan rakan lama atau sanak sedara yang datang ke rumah.
  7. Kumpul duit semata nak dapatkan laptop canggih mahupun kamera DSLR bagi tujuan blogging anda.
  8. Tidur tak tentu masa dan tempat, sering mata tersengguk di depan komputer.
  9. Lupa pergi kerja sampai anda ambik keputusan untuk berhenti dan jadi blogger sepenuh masa.
  10. Lupa bahawa anda ada agama yang mewajibkan anda melakukan sholat 5 waktu! Kalau ingat, dah tak macam dulu dah ... tak lagi duk belakang imam, tak lagi berada pertama di dalam masjid. Tak lagi bingkas bangun apabila terdengar azan.


Banyak lagi sebenarnya kesan apabila kita terlalu obses dengan blog. Banyak yang perlu dikorbankan  atau terkorban sebenarnya dari apa yang HH kongsikan ini. Mungkin pengalaman-pengalaman di atas pernah dan belum pernah anda rasai. Mungkin tidak sekronik yang disangkakan .... tetapi tidak mustahil ia berlaku pada segelintir blogger - perhaps not everything but there must be something that reshaping your life everyday ..