As-Salam.
Ihya Ramadan kali ini menyingkap fenomena setiap kali Ramadan muncul. Dan tentunya, anda sebagai blogger berada di dalam kelompok ini - mengejar segala kelebihan yang ada di bulan mulia umat Islam seluruh dunia.
BULAN Ramadan menjelma kembali. Ia bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan pengampunan. Bermulanya Ramadan, umat Islam berusaha mengerjakan ibadah sebanyak mungkin. Bertadarus al-Quran, berzikir dan mengerjakan solat tarawih cukup sinonim dengan Ramadan. Tidak kurang juga, Ramadan bulan rezeki untuk umat Islam.
Masakan tidak, pada bulan inilah, para peniaga mendapat 'durian runtuh' menjual barangan mereka. Sebut sahaja apa jenis barangan, insya-Allah kesemuanya dapat dijual pada masa ini. Umpamanya, bazar-bazar Ramadan akan sentiasa dipenuhi orang ramai pada sebelah petang. Suasana meriah akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang berkunjung di bazar Ramadan. Pelbagai juadah berbuka puasa yang menyelerakan sesiapa sahaja boleh didapati di sini.
Kedai-kedai pakaian dan perabot juga akan dikunjungi umat Islam. Tidak kurang juga, bulan Ramadan adalah bulan rezeki kepada tukang jahit pakaian. Kalau sesiapa ingin mendapatkan khidmat tukang jahit pakaian, dapatkanlah khidmat mereka sebulan sebelum Ramadan. Jika tidak, berputih matalah anda. Ini kerana tukang jahit pakaian tidak dapat menerima tempahan anda. Mereka tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk menyiapkan pakaian menjelang Hari Raya Puasa.
Sekadar untuk anda fikirkan.




Post a Comment