As-Salam.
Mungkin pada sesetengah orang, tajuk entri ini tidaklah menarik mana, HH pasti .. tak ramai yang akan baca entri ini, sebab ia tiada kaitan secara lansung dengan dunia blogger Malaysia. Namun, kalau anda seorang yang suka shopping online, kehadiran Lazada mungkin bukan satu perkara asing.

Lazada - iklannya makin gah dalam dunia internet Malaysia, Singapura, Indonesia .. malah boleh dikatakan di mana sahaja pengunjung singgah di laman-laman web yang berorientasikan Asia Tenggara, akan melihat iklan-iklan Lazada ini.

Lazada Malaysia, memulakan perniagaan onlinenya di Malaysia pada penghujung Mac 2012, beroperasi dari ibu pejabatanya yang terletak di Southgate Commercial Centre, off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu ...menurut satu dakwaan portal e-dagang Lazada sebenarnya merupakan satu portal copy-paste Amazon.com. Malah, pengasas Lazada yang merupakan antara copy-caters terkenal di dunia maya ini - dikenali sebagai The Samwer trio—Marc, Oliver, dan Alexander.

Portal Perniagaan Lazada Malaysia

Laman Web Perniagaan Lazada Malaysia

Portal Pernigaan Mizado Mesir

Laman Web Mizado


The Samwer trio telah berjaya mengaut keuntungan daripada kebolehan mereka mencari peluang dengan strategi copy-cat mereka ini. Selain Amazon.com; yang mereka klonkan menjadi Lazada (Asia Tenggara) dan Mizado (Mesir dan Timur Tengah), mereka juga klonkan laman lain seperti Groupon dan juga Pinterest.

Persamaan Lazada Malaysia Dengan Amazon - Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas



Persoalannya ialah, adakah laman web perniagaan online Lazada ini menipu para pelanggannya di sebalik isu ia merupakan sebuah laman web yang ditiru?

Hanya mereka yang gunakan khidmat dan pernah membeli menerusi Lazada.com.my sahaha yang tahu.

Anda boleh baca kisah menarik ini di sini (sumber): The Cloning of Amazon


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement