As-Salam.
Ada hadiah buat para blogger Malaysia. HH telah sediakan satu toolbar khas untuk anda muat-turun dan gunakan di pelayar internet anda. Toolbar ini direka bentuk agar anda mudah untuk ....

  • Login ke blog anda - blogger.com.
  • Login ke akaun Gmail anda.
  • Carian khas.
  • Login ke akaun Facebook anda.
  • Login ke akaun Twitter anda.
  • Link ke medium pengiklanan blog percuma.
  • Link ke medium pengiklanan menerusi twitter percuma.

HH telah senaraikan medium pengiklanan yang boleh anda daftar percuma untuk diletakkan di dalam blog, termasuklah Nuffnang, Advertlets dan Innity - yang kebanyakkan blogger Malaysia gunakan di blog mereka, tidak kira blog platform wordpress atau blogspot.

Juga disenaraikan adalah cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan menerusi akaun twitter anda, termasuklah Churp-Churp, Says.MY dan juga SponsoredTweets.

Dengan adanya toolbar ini, mudah bagi anda untuk login ke laman sesawang berkenaan tanpa perlu nak taip panjang-panjang. Hanya dengan satu klik, anda dah boleh login terus ... kan mudah begitu .. 

Dan sebelum terlupa, ia juga akan membantu anda untuk mengetahui kedudukan Alexa sesuatu blog yang ada singgah, malah turut juga mengetahui mengenai kedudukan blog anda dalam enjin carian.

Oh ya, mungkin ada sedikit kredit buat HH yang sengaja diletakkan. Tak mengapa kan? Kalau tak nak guna boleh je anda buang ... tanpa ada sebarang masalah.

Lagipun, ianya percuma, tanpa perlu bayar apa-apa. Hanya klik pautan ini: Download Sekarang [ Free Toolbar for Malaysian Blogger ] dan anda sudah boleh terus gunakan di pelayar internet anda, samada Internet Explorer, Crome mahupun Firefox.

Selamat menggunakannya dan terima kasih.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement