Mengapa Wanita Cantik Perlu Bertudung Labuh?

Mengapa Wanita Cantik Perlu Bertudung Labuh?. Siang tadi, isteri ada berkongsi cerita mengenai seorang Ustaz yang merasa sangat teruja apabila ditegur seorang wanita cantik semasa berada di Media Prima. Dulunya wanita itu tidak bertudung, tetapi alhamdulillahh, selepas berkahwin wanita itu memilih untuk mengenakan tudung. Wanita cantik yang dimaksudkan oleh ustaz tersebut adalah Rozita Che Wan.

Ustaz tersebut memuji penampilan baru oleh Rozita Che Wan. Sudah memang cantik, terus jadi makin cantik disebabkan mengenakan tudung yang labuh sehingga menutupi dada. Dan kata Ustaz itu, menurut isteri saya .. takkan hilang kecantikan seorang perempuan kerana dia memilih untuk bertudung dan menjaga auratnya.

Mengapa Wanita Cantik Perlu Bertudung Labuh?

Mengapa Wanita Cantik Perlu Bertudung Labuh?
Bulan Ramadhan, bulan penuh keberakatan. Saya ingat lagi dalam satu tahun tu, kalau tak silap 2014-2015 di mana ramai selebriti wanita yang dulunya seksi, tampil dengan gaya yang lebih sopan .. malah ramai yang memilih untuk mengenakan tudung. Satu pembawakan yang sangat bagus, dan ramai peminat serta masyarakat yang memuji.

Saya bukanlah mahu mengangkat golongan selebriti ini. Tetapi hakikatnya, takkan jatuh cela pun andai seorang wanita itu bertudung, apatah lagi bertudung labuh. Islam mensyariatkan pemakaian sebegini kerana nilai diri seorang wanita itu terlalu tinggi, dan terhormat. Wanitalah yang melahirkan kita sebagai seorang ibu. Dan ibu diangkat dalam Islam setinggi martabat sehingga syurga anak disebut berada di bawah telapak kaki seorang ibu.

Kelebihan Bertudung Labuh

Jom lihat infografik ini. Saya pasti ramai yang dah pernah tengok dan lihat, jika ya, anggaplah sahaja sebagai ingatan. Lagipun, post ini adalah post kemaskini (recycle) setiap tahun. Mari lihat kelebihan-kelebihan menjadi seorang wanita yang bertudung labuh.
Kebaikan bertudung labuh

Manisnya awek ni ... huhuhuhuhu...... banyak kan kelebihan mengenakan tudung labuh ni? In Sha Allah, moga anda yang membaca boleh dapat sesuatu darinya.

1 comment... add one now

tudung tudung August 05, 2016
Setuju... dengan penulisan ini...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.