As-Salam.
Hmmm ada blogger buat, jadi kalau dah tahu ni, mungkin anda patut berfikir kembali cara anda berniaga emas .... ada jalan, bukan tak ada ... cuma jangan silap pilih je ...

Fatwa: Pelaburan Emas Geneva Malaysia Haram

KUALA LUMPUR - Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara.

Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti  laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.

Katanya, operasi syarikat tersebut didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 96 yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun lepas.

Kenyataan itu menasihatkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.

Abdul Shukor berkata, transaksi jual beli mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan hukum syarak, dan sesuatu transaksi dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli.

Beliau berkata transaksi juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman. – Bernama


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagi mereka yang telah melabur disini melalui blog atau Genneva, kami membeli emas Genneva, emas lama, rosak patah, pamp suisse, emas pelaburan, untuk mengetahui harga emas terkini, boleh layari laman web hargaemas... atau hubungi saya shahrul 012-2864232

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement