As-Salam.
Buat mereka yang baru perasan, blog HH dengan layout terbaru ini menggunakan IntenseDebate sebagai salah satu widget bagi menguruskan ruangan komen di blog ini. Ini bukan pertama kali HH gunakan IntenseDebate, malah sebenarnya pernah menggunakannya dahulu di blog-blog lain.

Setelah menggunakan beberapa ketika, HH dapati widget ini mesra blogger ditambah dengan beberapa features yang menarik, yang tidak terdapat pada fungsi komentator biasa dalam blogspot.

Malah, sebagai seorang blogger, menjadi satu kelebihan buat anda seandainya anda meninggalkan komen di blog-blog yang menggunakan sistem IntenseDebate ini. Ini adalah kerana, IntenseDebate juga mempunyai fungsi terbina dalam - yang diintegrasi bersama CommentLuv yang selalunya digunapakai dalam blog berplatform Wordpress.

Dengan fungsi ini, anda boleh meninggalkan secara automatik link blog anda serta pautan kepada entri-entri di dalam blog anda.

Untuk pengetahuan, dek kerana sistem inilah, blog HH pernah menerima ribuan trafik daripada blog BeautifulNara sedikit masa dahulu hanya daripada satu komen!

Jadi, apa kelebihan buat anda yang memasang sistem IntenseDebate di dalam blog anda, lebih-lebih lagi dalam blog yang berplatform blogspot ni? 

Secara amnya, HH boleh katakan ia membolehkan blog anda lebih mesra pengunjung dan pemberi komen, kerana memberikan mereka kelebihan untuk berinteraksi dengan anda secara mudah, walaupun anda tidak mengadap blog anda. Dan satu lagi yang penting ialah, pengomen boleh meninggalkan backlinks tanpa perlu bersusah payah, terutama seandainya anda dah daftar atau punyai akaun dengan IntenseDebate ini.

InsyaAllah, HH akan terbitkan lagi entri berkaitan IntenseDebate ini.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement