As-Salam.
Tajuk entri perlu unik. Jika ada entri lain yang punyai hampir sama tajuknya dengan entri yang anda baru buat, cepat-cepatlah fikirkan untuk mencari tajuk yang lebih sesuai. Ini adalah kerana blog anda mungkin akan dikenakan penalti oleh pihak Google.

Pihak Google sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak suka dan sedaya upaya boleh cuba menyingkirkan blog-blog yang mempunyai isi kandungan yang serupa atau duplikasi .. errr atau copy-paste. 

SEO for Blogspot
Dek kerana inilah wujudnya algorithma Panda dan Penguin. Errrr .. HH tak berani nak cerita sebab HH sendiri pun masih blur mengenai apa itu algorithma Panda dan Penguin dalam memastikan carian tidak memberikan hasil duplikasi.

Tapi, sekadar berkongsi apa yang HH tahu ... tajuk entri anda tu anda perkara utama yang perlu anda lihat. Elakkan tajuk entri yang sama. Andaikata, ada blog lain terlebih dahulu buat entri dengan tajuk yang serupa, maka blog anda kemungkinan besar tidak akan diberikan peluang untuk tersenarai dalam enjin carian. Contohnya: Tarikh Pemberian Bonus 2012 Kakitangan Kerajaan ...

Dan kemudian, lihat pula pada perenggan pertama entri anda, cuba cari idea agar apa yang ditulis di perenggan pertama entri tidak sama dengan blog lain dengan tajuk serupa. Jadikan ia lebih dan bersifat dinamik pada blog anda. Cuba selitkan pendekatan sentuhan peribadi anda sendiri dalam menulis perenggan pertama - seandainya anda ingin berkongsi entri berinformasi seperti yang HH berikan dalam contoh tadi.

Ok. Selamat mencuba. Errrr..melainkan anda memang tak mahu entri itu menyemakkan enjin carian ... tak mengapalah... abaikan panduan ini. 


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement