Blog sokong produk Israel? Anda seorang blogger, dan pada masa yang sama anda merupakan antara yang tidak menggemari apa yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin. Anda buat posting mengenai produk yang ada kaitan dengan negara tersebut - Israel, dan anda syor agar ianya diboikot.

Tetapi, pada masa sama, anda sendiri menggunakan produk tersebut, mungkin tak sedar atau tidak tahu ia adalah produk tulen dari negara tersebut. Saya sendiri akui, kelemahan saya yang daif mengenai produk-produk keluaran Israel.

Jika kita mahu melakukan sesuatu tindakan bagi menunjukkan bangkang kita, kena gunakan akal yang tajam sepertimana pihak Israel yang telah menggunakan akal untuk memesongkan umat Islam. Bukan setakat memesong, malah mereka membuatkan ramai umat Islam seperti menyokong apa jua tindakan yang dilakukan tanpa sedikit pun umat Islam menyedarinya.

Saya bukan nak buat entri perkauman atau nak minta anda untuk jelir lidah dan katakan wekkkk tapi anda sebagai blogger harus peka, dan tahu .... silap tindakan, nanti akan ada yang lari, dan tidak percaya akan anda lagi.

Namun, khilaf kita.

Itulah sebab Allah mohon kita cari ilmu. Dan itulah antara permulaan bagaimana Islam itu sendiri berkembang. Untuk dapatkan ilmu, kena baca dan kena ada guru.

Tertanya juga, adakah Google atau Blogspot merupakan produk dari negara yang menindas umat Islam itu? Adakah widget yang kita gunakan dalam blog adalah dari keintelektualan mereka?

Fikirkan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement