As-Salam.
Sejak HH punyai blog sejak 2007-2008, sejak itu jugalah HH cuba mencari jalan terbaik untuk menampilkan blog terbitan sendiri ini di dalam dunia blog Malaysia. Susah...memang susah, nak dapatkan trafik sebijik sehari pun tercungap dibuatnya.

Dan dari semasa ke semasa, dalam memperbaiki penampilan dan cara menulis blog, HH belajar sesuatu yang menarik .... iaitu ... menjadikan diri lebih kreatif dalam menulis atau dengan kata lain, lebih kreatif dalam berblog.

Berblog, jika tidak kreatif, pastinya tidak dapat memikat pengunjung untuk menjadi pembaca. Kreatif dalam blog boleh dalam bentuk pelbagai, cuma kita kena belajar dan tahu menggunakannya dalam membolehkan blog kita ini jadi terbaik.

Blog menjadi kita kreatif untuk buat layout terbaik - sesuai dengan kehendak kita, dan kehendak pembaca blog, bukan mudah tu. Sukar weihhh ... tak tido malam dibuatnya. Nak bagi dia fast loading lagi, nak bagi cantik, nak bagi menarik ...mesti nak ada kepala otak kreatif .. ye tak?

Blog buat kita jadi kreatif untuk fikirkan cara bagaimana nak menulis dengan baik dan betul. Kena tahu pantang larang. Kena bijak olah kata. Kena pandai guna semantik dan mantik (apakah ini?).

Blog buat kita jadi kreatif untuk bermain kata kunci menarik bagi blog. Apatah lagi kalau mahu menarik minat orang untuk klik tajuk-tajuk dalam blog kita. 

Itu baru cerita sedikit, sebenarnya banyak lagi yang sesebuah blog itu boleh buat pada kita, yang kadangkala kita pun tak sedar.


Blog Contest | Selendang Merah dan Ain Dzaya | Konspirasi Blogger Kreatif 2012

 
Anda boleh join contest ini di sini: KLIK SINI.HH sebenarnya dikehendaki untuk tag blogger untuk join, namun HH tak dapat nak letak nama sesiapa pun sebab semua yang baca blog HH ini dihargai sebagai salah seorang sahabat blogger HH .... :)


*p.s: Jenuh jugak nak klik klik penaja ... hehehee....


 

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement