As-Salam. Cerita punya cerita mengenai Adsense, HH terlupa .. mungkin ada di antara pembaca blog mahupun pengunjung blog ini agak tidak berapa tahu apa itu Adsense, selain secara amnya bahawa ia merupakan platform pengiklanan yang disediakan oleh Google dan wujud di mana-mana laman maya dan dunia internet. Oleh sebab itu, HH buat entri ini - 4 langkah membuka akaun Adsense untuk newbie.

Sebenarnya caranya amat mudah, hanya 4 langkah yang perlu anda ikuti satu persatu. Oppss tak ada jalan mudah ... mesti ikut aturan, agar nanti anda faham, dan boleh menggunakan kod pengiklanan Google Adsense ini di blog anda.

Oh ya, jangan risau tentang Nuffnang, Innity atau Advertlets; Adsense bukan saingan kepada jenama tempatan ini, maka anda tidak akan hilang taraf keistimewa Glitterati buat Nuffnang, atau risaukan tak dapat menerima pakej iklan menarik dari Innity mahupun Advertlets.

Adsense adalah mesra buat kesemua platform pengiklanan yang lain - yang HH sebutkan tadi.

4 Langkah Membuka Akaun Google Adsense Untuk Newbie

Langkah 1 - Fahami Polisi Program Google Adsense

Anda perlu pertama sekali membaca dan memahami polisi program Google Adsense ini. Kena tahu blog atau laman web yang bagaimana yang dibenarkan untuk menggunakan kod Google Adsense. Anda perlu mengetahui sebelum anda meletakkan kod, kerana apabila anda dah letak tanpa membaca apa yang boleh dan tidak boleh dalam polisi program Adsense ini, berkemungkinan anda akan disenarai-hitam, dan anda mungkin tidak dibenarkan lagi membuka akaun Adsense di masa akan datang. Baca polisi program Adsense di sini: Adsense Program Policies


Antara isi kandungan utama dan perlu anda, sebagai blogger ambil perhatian ialah:

  • Dilarang melakukan penipuan fraud-click iaitu menipu klik samada menyuruh, menyeru atau meminta pengunjung untuk klik iklan Adsense secara langsung. Malah, anda sendiri dilarang sama sekali klik iklan Adsense di blog anda sendiri.
  • Perlu patuhi peraturan isi kandungan blog yang boleh dan tidak boleh. Anda boleh baca di sini: 7 Sebab Akaun Adsense Digantung
  • Blog anda mesti original, tiada entri duplikasi. Baca sini: Adsense Tidak Suka Blog Copy-Paste
  • Blog mesti mesra pengunjung, tak boleh nak semak-semak, kena mudahkan pengunjung untuk navigasi blog anda.


- bersambung


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement