As-Salam.
Siapa Vie Shantie nih? Beliau adalah isteri kepada aktor Eizlan Yusof, seorang selebriti yang dalam banyak mendapat gelaran Datuk baru-baru ini. Vie Shantie telah menjadi isteri kepada Datuk Eizlan Yusof sejak 2007 lagi dan telah dikurniakan dengan 2 orang anak iaitu Vee Zara, 4, dan Zaaref Yusof, 2 tahun.
Vie Shantie ni boleh HH katakan kira dah lama berblog, iaitu sejak 2009 lagi, cuma agak kurang aktif je. Isi kandungan blog tentu sekali mengenai kisah hidup rumahtangganya bersama aktor Eizlan Yusof.
Nak lihat blog Vie Shantie, anda boleh klik pautan ini: Kata-KataKu
Biasalah, suaminya selebriti, gossip dan cerita yang ntah mana datang antara lumrah hidup yang perlu dihadapinya. Semua itu diceritakan menerusi blognya. Boleh juga HH katakan, blognya bukan satu blog kosong tetapi penuh dengan kisah nasihat yang boleh kita jadikan sebagai satu pedoman.
Blog Vie Shantie - Blog Isteri Datuk Eizlan Yusof
*p.s: Ada tanya - ramai dah artis ada blog, blogger jadi artis ada tak? Kata HH .. ada je, dah HH tampilkan mereka pun dalam blog ni ...






rajin HH update pasal artis blogger yek.. :-)
28 June, 2012 04:45
Post a Comment