As-Salam.
Nama Mamat Khalid bukan satu nama yang asing. Filemnya banyak yang genre bercampur, antaranya seram kelakar, seram lawak, cinta komedi ... dan sebagainya. Mamat Khalid antara pengarah yang berjaya kerana membawa fenomena luar biasa. Dibuktikan menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, ia bukan sahaja menjadi bualan orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.
"Kita bakor ..kita bakor" antara dialog popular dalam filem ini, yang juga mempopularkan Syed Mohamad Asri atau Usop Wlcha.
Mamat Khalid atau Mohamad bin Mohamad Khalid merupakan adik kepada kartunis terkenal tanahair iaitu Datuk Mohammad Nor Khalid atau Datuk Lat. Rock merupakan antara inspirasi dalam hidup Mamat Khalid, dan merupakan antara peminat lagu-lagu rock 80an, dan dek kerana itulah dia mengeluarkan filem Rock pada tahun 2005 yang dibintangi Que Haidar, dan beberapa pelakon terkenal lain.
Lahir di Ipoh, Perak pada 6 April, 1963. Sejak kecil dia sangat meminati filem, dan sering ke panggung, namun minatnya itu tidak disukai oleh ayahnya, sehinggakan sewaktu pemergian ayah Mamat Khalid pada tahun 1973, ayahnya telah berpesan supaya tidak selalu pergi ke panggung wayang.
Anda boleh jenguk blog Mamat Khalid - Tempurung Pecah
Anda boleh jenguk blog Mamat Khalid - Tempurung Pecah
Antara filem arahan Mamat Khalid ialah Lang Buana (2003),
Rock (2005),
Man Laksa, (2006),
Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)
serta Apokalips (2010).
Pernah menang beberapa anugerah termasuk Pengarah Terbaik, dalam Anugerah Panca Delima dan juga FFM. Dia juga terlibat dengan penulisan latar Puteri Gunung Ledang.
Blog Mamat Khalid





dah makin ramai artis jadi blogger..blogger jadi artis bile plak?..hehe
27 June, 2012 15:51
bagus nie...leh kenal lebih dekat dengan mamat khalid
27 June, 2012 15:59
Post a Comment