30 Jun 2012

Mencuba Teknik SEO Dengan Template

As-Salam.
Lenguh. Letih. Pinar mata, berat kepala. Bukan mudah nak buat blog kita ni mesra SEO (Search Engine Optimization), memang perlu penelitian, kena belajar, kena faham dan mencuba.

Maaf kalau ianya tidak mesra pada anda. HH nak mencuba agar nanti boleh berkongsi pengalaman dengan anda semua. Dah dua hari HH dok godek template blog ini, cuba untuk menjadikan ia sebuah blog terbaik bagi menguji keberkesanan SEO yang HH terapkan.

Lagi-lagi dengan kontest Eyriqazz VS Denaihati yang berkaitan dengan SEO ini.

Apa itu SEO? Anda boleh baca secara ringkas di entri ini: 8 Cara SEO Mudah Untuk Blog
Adakah kita sebagai pengguna blogspot mengetahui tentang SEO ini? Anda boleh baca apa yang HH telah terbitkan di entri ini: Perlukah Blog Mesra SEO?

Harap perubahan ini boleh memberikan sedikit kelebihan, apatah lagi apabila HH bercadang untuk mengurangkan kadar masa menulis di blog ini, dan ambil masa untuk melihat blog yang lain pula.


29 Jun 2012

Tak Boleh Baca| Hanya Untuk Yang Dijemput Sahaja!


As-Salam.
Jangan join segmen atau wat promosi blog anda jika begini. Bukan apa, nanti abiskan masa orang lain nak klik untuk masuk ke blog yang tak boleh nak masuk.

28 Jun 2012

10 Panduan Menjadi Blogger Malaysia

As-Salam.
Sebagai salah seorang yang berada di dalam komuniti blogger Malaysia, kita harus tahu bagaimana menjadikan blog kita dapat memberikan kebaikan buat orang lain. Ada masa, kita mengabaikan segala kebaikan yang boleh kita lakukan dalam hidup kita dengan blog kita. Ia bukan perkara yang sukar pun nak dibuat, cuma kita sebagai manusia selalu alpa dan lalai untuk melakukannya.

Dengan segala kebaikan yang kita boleh lakukan ini, nescaya dunia blogger kita akan lebih aman dan tenteram, selain memberi kebaikan kepada diri kita, ia juga akan merekfleksikan (erkk ada ke perkataan ni?) kepada komuniti blogger, keluarga, masyarakat dan negara secara amnya.

Panduan berikut adalah panduan biasa, tetapi HH ingin mengingatkan diri dan juga kepada mereka yang merasakan diri serba kekurangan dalam dunia blog Malaysia.


10 Panduan Menjadi Blogger Malaysia


  1. Bersyukur apabila mendapat blog berjaya
  2. Sabar apabila blog kurang mendapat sambutan, kurang trafik, kurang followers
  3. Tawakal apabila mempunyai sesuatu misi atau matlamat dalam dunia blog
  4. Ikhlas dalam menulis entri di blog
  5. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan ketika menulis entri
  6. Jangan menyesal kalau blog gagal capai matlamat tertentu
  7. Jangan putus asa dalam dunia blog Malaysia
  8. Jangan irihati dengan blog orang lain yang dapat jana duit banyak
  9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan blogger lain walaupun blogger baru
  10. Jangan sombong apabila telah berjaya sebagai seorang blogger

Moga dapat kita sama-sama mengingati dan memanfaatkannya bersama.

Suka Betul Bila Blogger Baru Dah Boleh Naik Sendiri

As-Salam.
Alamak, panjang lak tajuk entri - huhuhu...tak bagus untuk SEO, tak mengapa, soalnya sekarang ialah HH ingin utarakan penghargaan buat blogger, terutama blogger baru, yang baru je berblog, kurang lama sikit dari HH yang berblog sejak 2007 ... erkk ke 2008 ehh?

Ya, memang permulaan, blogger baru perlu banyak dibantu untuk dikenali dan diberikan pendedahan. Tapi, seperti kata orang, kita perlu tahu untuk berjaya dengan sendiri, dan berusaha dengan daya usaha sendiri. Kena belajar cara untuk memajukan blog kita. Takkan selamanya kita mahu terus blogger lain bantu, takkan selamanya mahu terus blogger yang ada nama tolong promosikan... ye tak?

Kalau ikutkan, nak dipromosikan kena bayar ... haaa ... macam letak iklan ... kan kan ... busuk-busuk ping busuk pun kena bayar dengan letak widget mereka, letak banner mereka, tetapi ramai blogger yang ada kekuatan sendiri suka buat kerja amal dengan promosikan blog-blog yang kurang trafik, kurang followers, kurang pendedahan, kurang rakan ... dalam dunia blog Malaysia ni.

Jika anda, seorang blogger baru yang sudah ada kekuatan sendiri, dah ada ramai followers, dah tahu guna SEO, dah bijak promosikan blog, maka tiba masanya anda bergerak dengan gah, dengan ilmu yang telah anda pelajari dari mereka yang memberi.

Dan tiba juga masa untuk anda bantu mereka yang dulunya seperti anda. 


7 Sifat Seorang Blogger Yang Berjaya

As-Salam. Apa yang paling ketara mengenai ciri-ciri seorang blogger yang hebat, seorang blogger yang berjaya - maksud HH benar-benar berjaya adalah bukan kerana dia berjaya mendapatkan pendapatan ribuan ringgit dari blognya. Bukan juga mempunyai ribuan followers dalam laman blognya. Bukan jugak kerana dia mempunyai trafik yang tinggi menerusi blog.


7 Sifat Seorang Blogger Yang Berjaya


1. Bersedia Untuk Belajar Benda Baru
Seorang blogger berjaya, tak akan hadapi masalah malah sentiasa mengalu-alukan sebarang idea dan cadangan baru, menerusi komen2 di blognya, dia tidak mudah melenting dan terasa hati, tetapi bersedia untuk menerima pandangan yang ada. Ini membuatkan blognya semakin mantap sehari ke sehari.

2. Blogger Berjaya Sukakan Buku
Bukan suka macam klik LIKE2 tu .. tapi sentiasa menambah ilmunya dengan pembacaan. Dia membuka luas mindanya terhadap sesuatu perkara dari pembacaannya. Dan dari situ, ia menjadikan entrinya sebagai tempat untuk melampiaskan apa saja pandangannya yang mungkin berbeza perspektif dari yang lain.

3. Sentiasa Bantu Dan Menaikkan Nama Blogger Lain
Ramai blogger yang secara tetiba naik, dan nama mereka dikenali ramai. Ini adalah kerana sifatnya yang sentiasa menghargai blogger lain menjadikan dia dikenali sebagai rakan blogger. Posting seperti; "5 Blog Pilihan Saya ...." atau "Blog Pilihan Malam Ini ..." merupakan contoh-contoh posting seorang blogger yang berjaya.

4. Aspirasi Blogger Berjaya Adalah Kehidupannya
Seorang blogger berjaya akan mengaitkan apa sahaja yang berlaku di sekeliling, dengan apa yang difikirkan lalu menterjemahkan dalam entrinya. Blogger berjaya memerhati keadaan sekeliling dengan sangat teliti. Sebagai contoh; bercerita tentang keadaan sesak dalam komuter atau LRT, dengan mengaitkan dengan sikap yang seharusnya patut ada.

5. Blogger Berjaya Bersedia Mengaku Akan Kesalahannya
Seorang blogger berjaya mesti sedia untuk mengaku kesalahan jika ada. Lebih-lebih lagi jika anda seorang blogger yang selalu dok beri nasihat, petua dan tips yang pada dasarnya blogger tu sendiri tak buat benda tu. Apabila pembaca tetiba dapat menghidu apa yang anda buat dan tidak buat, maka ... janganlah berdolak-dalik. Ngaku saja. Itu perlakuan jujur dan menjadikan anda seorang blogger hebat.

6. Blogger Berjaya Akan Cuba Membuat Perhubungan Positif
Ada kata perjumpaan antara blogger yang dibuat oleh blogger tak lebih dari mencari populariti. Tetapi sebenarnya, ia adalah satu bentuk interaksi antara sesama blogger yang menyatakan mereka sebenarnya bukan blogger bertopeng yang nak tutup muka. Mereka pelaku yang jujur di sebalik kata-kata di dalam blog. Mereka sentiasa berkomunikasi dalam apa jua medium yang boleh.

7. Blogger Berjaya Adalah Yang Merendah Diri
Hmm .. mereka ini seperti yang saya katakan tadi, tidak kejar glamour, mereka bukan nak popular, tetapi mereka merupakan blogger yang memang suka dan seronok berblogging. Mereka suka highlight blogger lain, dan tak pernah meletakkan diri mereka sebagai yang terbaik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mari Sama Kongsikan Buat Semua:
Copy Paste Entri Ini Untuk Semua Tahu Bagaimana Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya. Bila Semua Blogger Melakukan 7 Perkara Ini, Mudah-mudahan Ia Akan Membawa Keberkatan Kepada Semua.


27 Jun 2012

Wordless Wednesday #WW | The Evolution of the Blogger


Sumber: FLOWTOWN

Segmen | HASRULHASSAN.COM Ajak Kenal Blog


As-Salam.
Banyak blog baru perlukan pendedahan, malah blog-blog lama pun banyak yang masih mencari tapak untuk dikenali. Dikenali bukan apa, sekadar untuk menambah kenalan di dalam dunia blog. Daripada pengenalan sesama blogger, bolehlah kongsi pengetahuan, cerita, dan macam-macam lagilah.

Asalkan kita semua harmoni, dan menampilkan sisi baik diri kita dalam dunia blog, insyaAllah .... kita akan baik-baik sahaja, dan berjaya dalam dunia blog yang tersendiri.

Sertai segmen ini untuk membolehkan blog anda dikenali. Blog yang join dan disenaraikan akan diletakkan di sini: Rakan Blogger HASRULHASSAN.COM

Malah, jika HH kenalpasti blog tersebut ada tema dan niche tersendiri, akan HH tempatkan pula dalam bloglist di beberapa blog HH yang lain, Adam Hawa atau Syok Bebenor, atau mungkin Blog Lelaki Jiwa Kacak.

Untuk join:

  • Tulis satu entri dengan tajuk bebas tetapi dimestikan letak tag ini dalam entri blog - hasrulhassan.com - panduan menulis blog dan link ke blog ini. Anda perlu bold atau gariskan tag ini dalam entri tersebut.
  • Boleh cerita apa sahaja tentang diri anda dan blog anda, tetapi mestilah bersesuaian dengan tajuk entri. Kalau boleh biar pendek tetapi padat, agar membolehkan blogger lain kenal dengan diri anda sebagai seorang blogger atau penulis blog.
  • Siap je, sila tinggalkan url/link entri di ruangan komen.

Tutup segmen ini adalah pada 28 Jun 2012 jam 10 pagi.

Terima kasih atas kesudian anda untuk join. Selamat bersegmen dan menambah kenalan dunia blogger anda.


*p.s: Ada akaun twitter? Nak dapatkan duit (USD) menerusi iklan di Twitter tak? Daftar percuma di dua laman ini: Gushcloud atau Sponsored Tweets


Wordless Wednesday #WW | Gasing Pinang dan Catur Melayu


Lokasi: Muzium Taiping, Perak Darul Ridzuan


Eyriqazz VS Denaihati | Pemenang SEO Contest

Eyriqazz vs Denaihati

As-Salam.
Bukan main rakan blogger sorang ni, kecik-kecik cili api, memang HH banyak belajar pun dari dia. Memang ada tekad untuk jadi seorang blogger SEO yang berjaya. Belum apa-apa, enjin carian dah meletakkan Eyriqazz vs Denaihati menjadi kepunyaannya.

Adakah ini pemenang Eyriqazz vs Denaihati?

Satu SEO Contest yang dianjurkan oleh Eyriqazz, untuk uji kemantapan sesebuah blog. HH pun ambil bahagian, tetapi nampaknya belum muncul2 lagi di ruang enjin carian. Banyak ilmu kena perdalami lagi.

Entri tersebut yang digunapakai untuk join contest SEO Eyriqazz vs Denaihati telah HH keluarkan di sini: Eyriqazz vs Denaihati

Hadiah memang lumayan .. nah ambik ni ...

Hadiah Eyriqazz vs Denaihati: Updated Setakat 26 June 2012 

  • 1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom) 
  • 2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com ) 
  • 3rd Prize - RM200 cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com 
  • 4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com 
  • 6-7 Prize - RM50 Cash each 
  • Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash + iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom) 

(Additional RM300 Reserve Prize, masih belum decide lagi camne nak agihkan.. Total hadiah Cash dari Eyriqazz + Penaja = RM1,700) 

Eyriqazz vs Denaihati

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com, Azri.my, Blogr.my, ziefauzi.com, Shakiddo.com, ZarulUmbrella.Com, Hatiputera.com, Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com, BloggerSentral.com, Mysuperkids.net, Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com,http://kgbalimbang.blogspot.com, Ciktom.Com, Muhasabahtrading.Com, dan PanduanServisBlog.Com


Wordless Wednesday #WW | Heliza Helmi, Diana Amir, Irma Hasmie di Mekah

Blog Vie Shantie Isteri Aktor Datuk Eizlan Yusof

Blog Vie Shantie. Blog isteri kepada aktor terkenal Datuk Eizlan Yusof. Kenal tak? Vie Shantie telah menjadi isteri kepada Datuk Eizlan Yusof sejak 2007 lagi dan telah dikurniakan dengan 2 orang anak iaitu Vee Zara, 4, dan Zaaref Yusof, 2 tahun.

Vie Shantie ni boleh saya katakan kira dah lama berblog, iaitu sejak 2009 lagi, cuma agak kurang aktif je. Isi kandungan blog tentu sekali mengenai kisah hidup rumahtangganya bersama aktor Eizlan Yusof. Kisah suka duka harungi rumahtangga dititipkan dalam blog tersebut.

Blog Vie Shantie Isteri Aktor Datuk Eizlan Yusof

Blog Vie Shantie Isteri Aktor Datuk Eizlan Yusof

Biasalah, suaminya selebriti, gossip dan cerita yang ntah mana datang antara lumrah hidup yang perlu dihadapinya. Semua itu diceritakan menerusi blognya. Boleh juga HH katakan, blognya bukan satu blog kosong tetapi penuh dengan kisah nasihat yang boleh kita jadikan sebagai satu pedoman.
Nak lihat blog Vie Shantie, anda boleh klik pautan ini: Kata-KataKu

Blog Vie Shantie Isteri Aktor Datuk Eizlan Yusof


*p.s: Ada tanya - ramai dah artis ada blog, blogger jadi artis ada tak? Jawapan - Ada.

Blog Mamat Khalid | Tempurung Pecah

As-Salam.
Nama Mamat Khalid bukan satu nama yang asing. Filemnya banyak yang genre bercampur, antaranya seram kelakar, seram lawak, cinta komedi ... dan sebagainya. Mamat Khalid antara pengarah yang berjaya kerana membawa fenomena luar biasa. Dibuktikan menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, ia bukan sahaja menjadi bualan orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.

"Kita bakor ..kita bakor" antara dialog popular dalam filem ini, yang juga mempopularkan Syed Mohamad Asri atau Usop Wlcha.


Mamat Khalid atau Mohamad bin Mohamad Khalid merupakan adik kepada kartunis terkenal tanahair iaitu Datuk Mohammad Nor Khalid atau Datuk Lat. Rock merupakan antara inspirasi dalam hidup Mamat Khalid, dan merupakan antara peminat lagu-lagu rock 80an, dan dek kerana itulah dia mengeluarkan filem Rock pada tahun 2005 yang dibintangi Que Haidar, dan beberapa pelakon terkenal lain.

Lahir di Ipoh, Perak pada 6 April, 1963. Sejak kecil dia sangat meminati filem, dan sering ke panggung, namun minatnya itu tidak disukai oleh ayahnya, sehinggakan sewaktu pemergian ayah Mamat Khalid pada tahun 1973, ayahnya telah berpesan supaya tidak selalu pergi ke panggung wayang.

Anda boleh jenguk blog Mamat Khalid - Tempurung Pecah

Antara filem arahan Mamat Khalid ialah Lang Buana (2003), Rock (2005), Man Laksa, (2006), Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) serta Apokalips (2010). 

Pernah menang beberapa anugerah termasuk Pengarah Terbaik, dalam Anugerah Panca Delima dan juga FFM. Dia juga terlibat dengan penulisan latar Puteri Gunung Ledang.

Blog Mamat Khalid


2 Sebab Berlaku '404 Error' Dalam Blog

As-Salam.
Seandainya anda sering memadamkan entri di dalam blog, anda berkemungkinan akan memberi impak yang buruk kepada enjin carian. Terlalu banyak dead-link disebabkan oleh pemadaman entri akan menyebabkan enjin carian menyenarai hitam blog anda untuk digelintar dan dimasukkan ke dalam pengkalan data enjin carian.



Dead-link ini akan membawa kepada keluarnya mesej 404 di pelayar anda. Entri mengenai dead-link, HH ada keluarkan di pautan ini: Dead Link Itu Adalah Broken Link

Hanya ada 2 sebab berlaku perkara sedemikian, iaitu:
  1. Entri tersebut dipadam, dan ping tidak dilakukan serta-merta untuk perbetulkan RSS kita dalam laman maya. Apa itu RSS? Sila baca pautan ini: Ambil Kesempatan Dengan Fungsi RSS
  2. Tukar nama pautan blog atau entri anda. Kod html sesebuah blog adalah sangat sensitif, hatta ianya melibatkan perubahan huruf kecil atau besar. Blog anda mungkin akan berhadapan dengan dead-link atau mesej 404 Error hanya kerana anda tukar Home.html kepada home.html atau rumah.html.

Antara cara terbaik untuk tanggani 404 Error ini ialah dengan membuat page 404 Error anda sendiri, seperti yang HH terangkan di sini: 404 Error Dalam Blogspot


Tips Untuk Ketahui Pembaca Setia

As-Salam.
Ada blogger bertanya, bagaimana nak tahu blog kita ada pembaca setia? Hmmm ... bagus, bertanya kalau tak tahu, dan HH jika ada jawapan, akan berikan jawapannya.

Tak susah mana pun nak tahu blog kita ni ada pembaca setia. Menerusi widget tertentu pun kita leh tahu dah. Antaranya:

  • Widget pengomen paling banyak - dah sah-sah yang selalu komen tu selalu baca blog kita, ye tak?
  • Widget komen terkini dengan thumbnails - kalau asyik muka dia je yang keluar, makanya itulah pembaca setia blog kita.
  • Banyak trafik dapat dari blog dia - selalunya blog kita dalam bloglist dia.

Dah cukup .... yang pasti, widget yang ada boleh bantu anda ketahui siapa pembaca setia blog anda. 

Dulu, ada widget dari gengblogger yang sangat awesome, yang boleh ketahui juga kehadiran pembaca senyap - silent readers.

Tapi harus juga diingat, yang singgah tak semestinya baca. Mungkin ada widget yang boleh track tanda anda singgah ke blog, tetapi belum tentu lagi ia dapat tentukan bahawa seseorang itu baca blog anda.


26 Jun 2012

Twitter Counter

Widget Pilihan kali ini, HH tampilkan Twitter Counter sebagai salah satu widget untuk diletakkan dalam blog. Twitter Counter membolehkan anda, seandainya ada akaun Twitter mengetahui siapakah pengunjung blog anda yang datang menerusi laman sosial Twitter.

HH pernah tampilkan bahawa kita boleh mendapat trafik menerusi laman sosial Twitter dengan beberapa panduan dan tips tertentu. Jadi, keberkesanan mendapat trafik dari laman Twitter memang boleh tahan. Cumanya, anda kena rajin update status anda di Twitter, dan dari semasa ke semasa promosikan blog anda.

Twitter Counter untuk Blogspot




Anda boleh tengok widget ini beraksi di blog ini: Broframestone

Daftar percuma dengan klik pautan berikut: Twitter Counter

Lagi kelebihan menggunakan widget ini ialah ia boleh predict berapa followers anda akan dapat dalam jangkamasa seminggu akan datang. Malah anda boleh lihat keadaan trafik ke Twitter anda menerusi graph yang disediakan, dan anda boleh letakkan di blog anda juga seperti ini:

Blog Datin Seri Tiara Jacquelina

As-Salam.
Blog selebriti kali ini menampilkan blog Datin Seri Tiara Jacquelina. Satu nama yang memang tidak asing lagi, terutama penggiat seni teater tanahair. Datin Seri Tiara telah dilahirkan sebagai Jacqueline Eu di Kuala Lumpur.

Beliau merupakan anak kelahiran campuran Cina Burma sebelah ayah dan Cina Indonesia sebelah emak. 


Karier Datin Seri Tiara bermula sangat awal tetapi pembabitan dalam filem hanya bermula pada 1988. Pernah berlakon bersama pelakon terkenal Hollywood, Pemenang Anugerah Academy, Frances McDormand pada tahun 1995. Festival Filem ke 12 mengangkat nama beliau sebagai pelakon terbaik menerusi Ringgit Kasorrga, sebuah filem memaparkan soal pergolakkan sosial - skandal seks melibatkan ahli politik dan model baru.

Pada 2004, menerusi Puteri Gunung Ledang, tersenarai pendek sebagai the Best Foreign Language Film category di Academy Awards. Kejayaan itu membuatkan Datin Seri Tiara memaparkan naskhah tersebut ke pentas teater, dan telah berjaya menarik ramai penggiat teater dan peminat. Ia merupakan antara teater paling mahal dan antara paling berjaya dalam sejarah teater negara.

Blog Datin Seri Tiara Jacquelina




Tips Mendapatkan Pembaca Setia Blog

As-Salam.
Tips mendapatkan pembaca setia, hmmm sebelum itu tanya pada diri anda, apakah perkara paling penting untuk anda capai bagi blog anda? Trafik tinggi? Followers yang ramai? Dapat tawaran iklan atau advertorial ribuan ringgit? Jadi blogger popular? atau mempunyai pembaca yang tersendiri dan setia dengan blog anda?

Dari banyak-banyak tu, jika anda ingin blog anda punyai pembaca yang setia, maka anda perlulah menjadi setia dengan blog anda sendiri. Setia di sini ialah dengan memberikan apa yang mereka suka pada blog anda. Jangan alih-alih dan jangan ubah-ubah.

Seandainya anda bermula dengan sebuah blog peribadi yang santai, maka teruskan dengan penampilan itu. Setia dengan corak penulisan anda, tanpa perlu bicara perkara lain yang di luar skop. Jika anda berubah ... pasti yang dah berkurun jadi pembaca blog anda hari-hari, akan lari ke blog lain yang lebih relevan dengan selera mereka.

Fikirkan, sebuah majalah berbentuk motivasi ..... dah namanya motivasi, tentulah isi kandungan semuanya ada kaitan dengan motivasi ye tak?, dan pembacanya tentu juga yang mahu mencari motivasi diri. Dah ada pembaca tersendiri, siap langgan lak tu ... tapi tiba-tiba satu hari, pihak editorial ubah konsep, jadi sebuah majalah cerita seram tahyul atau majalah hiburan .... haaa .... apa jadi? 

Blog yang punyai pembaca setia sebenarnya lebih berbaloi daripada mempunyai blog yang hanya ada followers yang ramai. Bila ada pembaca setia ini, kita akan tahu bahawa mereka ada minat dan kecenderungan yang sama, makanya boleh jadi geng dan satu kepala. Maka, mudahlah nak lepak-lepak dan jumpa ... eratkan ukhwah dan silaturahim. Kan kan?

 

Pindah Blog Mengikut Tema

As-Salam.
Blog ini telah memberikan impak tersendiri buat diri HH, dari satu tema ke satu tema, blog ini berevolusi dengan pembacanya yang tersendiri. Sebagai seorang yang sangat minat dalam bidang penulisan, dalam bidang perkongsian ilmu, dalam bidang blog; HH cuba sedaya upaya untuk menampilkan antara yang terbaik dalam entri.

Terlalu banyak untuk dikongsikan, terlalu banyak ingin diluahkan.

Mungkin pada orang lain, satu blog sudah mencukupi. Bagi HH pula, adakala kita perlu memikirkan soal orang lain daripada soal diri sendiri. Boleh sahaja blog ini melonjak dengan trafik dengan pelbagai cerita sensasi yang boleh dikeluarkan, tetapi ia tidak adil buat orang lain yang tidak menyukai cerita-cerita begini. Yang akhirnya nanti, sebagai blogger, akan kehilangan pembacanya yang unik.

Kerana itu, HH telah menampilkan beberapa blog lain. Anda boleh baca, boleh follow, boleh ikuti blog-blog ini. Soal trafik sudah HH letakkan ke tepi, kerana dah berasa puas (ye ke?) kerana sudah merasai kegilaan trafik blog. 

Untuk info, blog ini - www.hasrulhassan.com bakal mencecah 3 juta pageviews. Terima kasih buat semua.

Blog-blog lain kelolaan HH:


Entri-entri lama yang tiada sangkutan dengan Panduan Menulis Blog akan dipindahkan secara berperingkat ke blog-blog di atas, insyaAllah. 


SimpleSite.com | Satu Lagi Platform Percuma Untuk Blog

As-Salam.
Mungkin anda ingin tampil kelainan dalam dunia blog Malaysia, maka salah satu caranya ialah dengan mempunyai blog yang lain dari yang lain. Dan antara caranya ialah dengan mempunyai blog dari platform yang berbeza.

SimpleSite.com adalah salah satu daripada banyak penyedia khidmat untuk membolehkan anda mempunyai blog sendiri di alam maya. Di SimpleSite.com, anda diberikan lebih daripada 200 template percuma untuk anda pilih, malah ia telah tersedia mengikut niche, tema atau genre yang ada inginkan bagi blog anda.

Antaranya tema blog yang ada di SimpleSite.com ialah, blog untuk bayi, photoblog, blog perkahwinan, blog keluarga dan sebagainya.

Anda boleh mempunyai blog sendiri di SimpleSite.com dengan 3 langkah ini:



Dan anda mungkin akan mempunyai blog seperti contoh ini:


Nak mencuba? Anda boleh cuba dengan klik pautan berikut: SimpleSite.com



20 Tema Atau Genre Popular Bagi Sebuah Blog

As-Salam.
Tak dinafikan, jika anda ingin dikenali dalam dunia blog, anda perlu tampil dengan tema atau genre tersendiri dalam dunia blog. Tema atau genre ini sebenarnya merupakan identiti anda dalam dunia blog. Contohnya, bila sebut sahaja .... blog lawak terkenal, orang akan ingat akan blog serius. Bila sebut je blog gossip dan hiburan yang popular, orang akan mengenali blog beautifulnara mahupun ohbulan.


Untuk dikenali menerusi tema dan genre ini, apa yang perlu dilakukan adalah konsistensi dalam berblog. Anda tetap kekal dengan genre tersebut walaupun ada cerita panas lain yang tiada kaitan dengan blog anda sedang meletup2 dalam dunia blogger Malaysia. Anda setia dengan tema blog anda, walaupun tatkala itu tiada apa yang dapat anda ceritakan di dalam blog anda.

Secara amnya, ada beberapa genre atau tema blog yang popular dalam dunia blog Malaysia ini. Antaranya ialah;

20 Genre Atau Tema Blog Dunia Blog Malaysia
  1. blog gossip dan hiburan tanah air
  2. blog politik tempatan
  3. blog masakan
  4. blog pelancongan dan rekreasi
  5. vblog
  6. photoblog
  7. blog niaga
  8. blog selebriti
  9. blog berita dan info am
  10. blog agama
  11. blog petua dan tips
  12. blog cerita, cerpen atau puisi
  13. blog cinta dan jiwang
  14. blog remaja
  15. blog keluarga
  16. blog peribadi santai dan pendapat
  17. blog tutorial 
  18. blog automotif
  19. blog sukan
  20. blog tech dan gajet

Jika anda seorang blogger yang ingin mudah dikenali dan ada identiti, cuba kekal dalam genre dan tema blog anda. Bila dah set blog yang bagaimana anda inginkan, maka secara tak langsung, anda akan memilih penampilan dan tatacara yang sesuai untuk persembahkan blog anda ke alam maya.


25 Jun 2012

Tarik Pengunjung Ke Blog Menerusi Twitter

As-Salam.
Ada blogger baru memberitahu HH, Twitter boleh menarik pengunjung ke blog jika kena caranya. Aha....  ini mungkin tak berapa berkesan jika followers tak berapa ramai, namun baru-baru ini, saya telah mencuba kaedah Twitter untuk merangsang kunjungan ke blog saya ini.

Hasilnya? Tak berapa menjadi ... hehehehe.... namun ada beberapa perkara yang ingin HH kongsikan kepada anda, khasnya buat mereka yang nak tarik trafik ke blog menggunakan twitter.

Jadilah follower kepada mereka yang ramai followers, terutama bloggers serta golongan artis. Kenapa? HH ada entri yang telah diretweet oleh golongan artis terutama yang dikaitkan dengan mereka. Untuk itu .. anda perlu tambah @nama artis tersebut untuk mendapat kunjungan. Bukan mereka sahaja, malah peminat2 mereka akan teruja dengan tweet tersebut jika kena dengan kata kunci anda.

Pastikan anda memaparkan kisah-kisah yang ada hubungan terus mengenai mereka. Pasti nanti akan ada kunjungan yang tak dijangka.

Anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk entri berkaitan blogger, pastikan kata kunci atau trend dimasukkan ke dalam tweet anda untuk anda tweet entri anda tersebut.

Caranya adalah dengan meletakkan hashtag (#).

Sebagai contoh: #LisaSurihani bakal mengahwini #YusryKRU @LisaSurihani @YusryKRU http://hasrulhassan.com/LisaKawinYusry.html

Hmm cara begini mungkin pada sesetengah blogger seperti satu cara yang tak berapa elok untuk dipraktikan namun ia boleh mengundang trafik serta komen terus dari mereka yang ada kaitan dengan isu yang dipaparkan dalam entri blog. Pastikan anda lakukan kaedah ini dengan cara berhemah ehh ...

Selamat mencuba.

24 Jun 2012

Blog Dakwah Banyak Dari Seberang Sana

As-Salam.
Satu yang nyata, apabila HH cuba gelintar dan mencari kata kunci tertentu yang ada kaitan dengan permasalahan agama atau info am mengenai agama Islam, kebanyakkan yang akan berada di laman pertama enjin carian ialah pautan-pautan daripada blog-blog dari seberang.

Hmm ... mungkin kerana Indonesia merupakan negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, jadi ia mungkin satu perkara yang pelik. Pelik ke? Hmm .......

Mengapa mereka celik IT dan mengapa ramai yang gunakan blog sebagai medan dakwah yang mudah? Mengapa tidak kita? Mengapa tidak aku .. kau .... 

Hairannya, blog-blog dari seberang, tiada kisahpun dengan isu followers skit ramai, pageviews ke apa ke .... mereka lebih suka tulis dan kongsi. Dan nyatanya, soal copy-paste tak ada isu juga, kerana setiap entri diberikan akan ada rujukan yang diberikan.

Blog nampak simple, tak adalah sarat marat. Tapi pengisian itu ... kagum dengan hati yang menulis blog seperti itu.


Tak Suka Tak Follow dan Unfollow Kalau Tak Suka

As-Salam.
Owhh baru tahu .. ada ehh blogger camni? Hmm tak apalah. HH hargai mereka yang ingin dihargai dan menghargai. Kalau tak suka .. nak wat camner. Itukan hak anda. Tak sangka yer .. ada kriteria ... kalau u tak follow .. i pun tak nak follow ...  ada eh? Ala ... kisah i follow u .. and u follow i back ... tu kisah lama, dah ramai ulas dah....jenuh dah .... tak perlu nak rumit2kan lagi. Suka - follow, tak suka - jangan follow ... kalau dulu suka .. pastu tetiba tak suka - unfollow. Tak perlulah nak heboh2 .. kata saya tak nak follow blog ini sebab itu ini ... janganlah burukkan blogger lain ... sian dia ... dia pun baru lagi ... baru nak belajar cara nak berblog.

Blogger baru memang dahagakan follower, memang dahagakan perhatian. Kalau anda dah beri dan nak beri, janganlah mengharapkan apa2 dari mereka .. mereka tu ibarat bayi.... macam baby, anda senyum dan timang2 baby tu .. cium2 bagai .. tak semestinya baby tu nak sayang2 anda selalu, nak manja2 ngan anda selalu .. ada masa dia nak gak bermanja ngan orang lain .... :P

Jadi, kepada yang fikir satu kebaikan tu perlu dibalas ... fikir balik, ikhlas ke? Agak2 nak harapkan balasan .. janganlah tolong sebab tolong pun dah tak ada nilai dah. Rugi sapa?

Buat yang baru, jangan selalu berharap untuk orang lain bantu, kita kena usaha keras. Bak kata Ben Ashaari, Beautiful Nara malah Redmummy .. semuanya berpendapat, untuk berjaya dalam dunia blog tak perlu hasad dengki, tak perlu iri hati, buat dengan ikhlas, berblog dengan minat, kena kerja keras sebab ..... sebab kejayaan mereka sekarang ni bukan kejayaan sekelip mata ... bertahun ooooo .... dan bukannya semalam mereka buka atau buat blog, hari ini dah beribu followers ...  dan paling nyata - mereka tak amalkan .. u follow i ... i follow u back - tapi mereka follow sebab memang ikhlas mereka follow ... jadi buatlah yang terbaik.

**p.s: Terima kasih buat Ben Ashaari yang follow blog ini sekian lama, begitu juga dengan RedMummy yang sudi singgah dan komen entri HH, dan Beautiful Nara yang memberikan banyak trafik ke blog ini. Terima kasih.

404 Error Page Dalam Blogspot

As-Salam.
Adakala, kita tidak mahukan sesuatu entri itu,selalunya kita akan memadamnya (delete). Kan kan .. lalu berlakulah 404 Error Page dalam blog kita. Apa yang berlaku ialah ....dalam pengkalan data enjin carian, entri tersebut masih lagi melekat. Apabila seseorang mencari informasi dan terklik ke entri anda (yang dah padam) menerusi enjin carian, ia akan menerima mesej error pada cariannya. Entri sebegini sebenarnya menyumbang kepada dead-link.

Apabila terlalu banyak dead-link, blog anda mungkin disenarai-hitamkan oleh enjin carian. Ia seperti 'menipu' enjin carian. 

Walaubagaimanapun, blogspot hampir ada penyelesaiannya. Dalam menjadikan 404 Error ini tidak sia-sia, anda boleh customizekan penampilannya seperti begini:


Setidaknya, anda memberikan peluang untuk pengunjung itu klik entri lain yang lebih menarik atau mendapatkan informasi lain.

Anda boleh ubah penampilan Error 404 itu di ruangan berikut:


Anda boleh isi ayat-ayat anda sendiri, ataupun letak imej seperti yang HH lakukan. Mungkin, kepada mereka yang buat duit daripada blog, boleh letakkan iklan anda di situ, termasuklah iklan dari Nuffnang, Advertlets, HeartBeats dan sebagainya.

Atau anda boleh lakukan seperti ni - Cuba anda klik ini: http://www.hasrulhassan.com/awek-cun-mata-bundar.html dan lihat apa berlaku.

Atau anda boleh ikuti panduan ini: Tanggani Masalah Broken-Link



23 Jun 2012

10 Perkara Yang Bakal Dihadapi Bila Jadi Blogger Terkenal

As-Salam.
Banyak duri yang akan menanti anda apabila status bertukar dari seorang blogger picisian, blogger biasa, blogger tepi tembok, blogger sekadar di pinggiran menjadi blogger yang semakin dikenali dan terkenal. Sanggupkah anda jadi blogger terkenal?


Antara cabaran dan 'duri' yang akan dihadapi yang HH nampak ialah:
  1. Akan ada blogger yang hasad dan dengki dengan kejayaan anda.
  2. Lebih ramai akan jadi anynomous dalam ruangan komen anda.
  3. Blog anda mungkin akan diceroboh dan blog tak dapat diakses.
  4. Banyak entri mengenai diri anda yang bersifat negatif akan berlegar dalam ruang maya.
  5. Ramai yang akan ambik gambar anda.
  6. Mungkin ada yang meniru cara dan gaya penulisan anda.
  7. Ada yang cuba 'menjadi' anda - punyai nama dan gambar yang 'sama'.
  8. Ada akaun Facebook palsu mengenai anda.
  9. Wujud akaun twister ...errrkkkk twitter yang bukan anda yang buat.
  10. Akan wujud fanpage yang tak berapa nak seronok tentang diri anda.

.... dan lagi ..dan lagi ...

Banyak sebenarnya, yang boleh dan dapat HH fikirkan, berdasarkan pengalaman mereka yang dah jadi seorang blogger terkenal ni. 

Sekali lagi, HH tanya pada diri sendiri dan anda semua... sanggupkah anda jadi blogger terkenal?


Blog Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking | Eleanor

As-Salam.
Kenal? Dahlia Daphne Iking, nama ini cukup popular, apatah lagi selebriti ini telah memeluk Islam dan berkahwin, sekitar tahun 2011, dan telah mempunyai seorang anak hasil perkongsian dengan Azmi Abdul Rahman - iaitu Iman Daniella yang dilahirkan sekitar November 2011.

Nama sebenar Daphne Iking ialah Daphne Eleanor Mozes Iking, lahir di Keningau, Sabah pada 6 Julai, 1978. Punyai Masters dalam Komunikasi daripada USM pada tahun 2002. Apabila memeluk Islam, dia menambah nama Dahlia di awal namanya ....

Blog Daphne Iking


Blognya berkongsi pelbagai cerita, termasuklah kerjaya, isu semasa seperti BERSIH 2, perkongsian video dan banyak lagi. Ada kisah keluarga dan kisah anaknya yang sudah semakin membesar.

Semak blog Daphne Iking yang dinamakan Eleanor ini: ELEANOR.




Alahai Comelnya ... Bantu Jika Anda Sudi


As-Salam.
Dalam menjayakan misi murni ini, HH ingin kongsikan kepada anda, sebagai blogger yang prihatin untuk turut serta dalam memastikan ketidakpupusan marin laut yang sangat eksotik ini.

Jika anda ingin turut serta memberikan sumbangan dalam menjayakan misi ini - klik salah satu yang mana menarik perhatian anda:


Nyatakan pendirian anda untuk menyelamatkan bumi, menyelamatkan haiwan terancam, mereka juga ada hak untuk hidup di bumi yang dikongsi bersama ini. Berbuat baiklah sesama makhluk itu adalah satu perbuatan yang disukai oleh Tuhan.



22 Jun 2012

Benda Baik Perlu Dikongsi

As-Salam.
Kata orang, apabila kita memberikan sesuatu, jangan minta untuk dibalas. Ya, memang itulah prinsip yang perlu kita terapkan dalam hidup. Ikhlas pasti akan terbalas. Tak payah rayu, tak payah minta. Benda yang baik, insyaAllah ... lambat laun akan ada yang memperakui.

Apa yang kita tulis akan berikan impak. Bila beri impak yang baik, alhamdulillah. Setidaknya kita telah berkongsi satu kebaikan, dan memberikan kebaikan pada yang lain. Blog adalah satu cabang untuk kita membuat bakti, menambah cabang ilmu bermanfaat dan disebarkan. Tak luak apa yang ada dikongsi bersama.



Blogger Terkenal Semuanya Berlagak!

As-Salam.
Macam serius je - Blogger Terkenal Semuanya Berlagak ... alahai alahai ... sebenarnya, alkisah berlagak ni, bukan takat blogger yang dah ada nama je, blogger ciput pun ada juga begitu,. Berlagak dari segi kata HH, sebab blogger-blogger baru ni kurang nak dengar nasihat, almaklumlah, keluar dari universiti blogger yang diiktiraf oleh blogger-blogger bersatu. Mana nak pasang telinga dengar apa yang blogger lain kata.

Ya, mungkin ilmu anda dalam blog hebat, tetapi bukankah kehebatan itu puncanya dari yang satu jua? Blogger terkenal pun ilhamnya dari yang satu juga. Jadi, andai kita rasa bangga sangat dengan ilmu kita, sebarkan, jangan kedekut. Bijak SEO, beritahulah yang lain. Bijak reka bentuk blog, kaborkan kat yang tak berapa nak reti ni. Dunia blog dunia kongsi, bukan dunia yang right-click disabled.

Kata blogger terkenal berlagak sebab mereka tak singgah blog kita ... hmmm .... tak tegur kita, deyyy ... masuk rumah orang, kalau tak bagi salam, tak perkenalkan diri ... dah sah-sah tuan rumah pun halau ye tak? 

Lagi satu, kalau rumah tu leh muat 10 orang, makanya 10 orang je la boleh ditegur. Kita kan manusia, had ada, batas pun ada. Jadi, mungkin 10 itu bukan anda, jadi janganlah sedih. Tak tegur bukan makna mereka sombong, tak tegur bukan makna mereka berlagak. 

Anda boleh berkata apa-apa, sebab anda bukan berada di tempat mereka. Mereka juga ada kehidupan lain selain blog, selain nak terjah blog anda, selain takat nak berkata .."owhhh terima kasih lawat blog aku yang femes tu ... " Kalau agak-agak tak suka, dah diam je ... sokong je kalau blog mereka itu baik-baik, lainlah blog itu blog gay atau blog tunjuk gambar lucah ... huhuhuhu...

Nak jadi orang dihormati adalah dengan menghormati orang lain. Nabi s.a.w tak suruh kita hina, tak minta kita cemuh, tak minta kita jadi peminta-minta ... tapi jadilah seorang yang boleh berikan kebaikan pada orang lain, hatta orang tu merupakan perdana menteri Malaysia sekalipun ...atau si gembala lembu atau nelayan yang hidup mereka kais pagi makan pagi.

Dunia blog - sementara je pun, macam dunia nyata ni. Yang kekal ada, dan tak lihat pun samada anda seorang blogger terkenal atau tidak.


*p.s: Mereka bagi HH tak pernah pun berlagak mana ..semuanya ok je, cuma kita ni mudah ngat sensitip ....


Adakah Anda Jumpa Dengan Teman Blogger Anda?

As-Salam.
Dalam mana-mana bentuk komuniti, samada rukun tetangga, bekas kawan satu sekolah, rakan tempat kerja lama, komuniti batch PLKN, komuniti futsal .... semua-semuanya, paling tidak, pasti akan buat perjumpaan atau reunion. Kenapa? Sebab ingin menjaga perhubungan dan 'network' yang sudah terbentuk. Begitulah juga dengan teman dan rakan blogger anda!

Andai ada kelapangan, tiada kesusahan, bukan menjadi aral, tiada salah jika dapat anda bertemu dan berkumpul sesama rakan blogger. Boleh je dibuat, daripada tegur sapa di dalam blog dan komuniti blogger di laman sosial, anda lepak-lepak di kedai kopi sambil bawa duit sendiri, pekena teh tarik dengan roti prata, boleh juga kongsi pendapat dan tips tentang blog.


Erkk... takkan citer blog je tak sudah kan? Boleh je kenali sesama blogger lebih rapat dengan cerita hal lain. Tentu anda akan ada persamaan yang boleh dikongsi dan dijadikan kekuatan sesama sendiri di dalam dunia blog. Contohnya macam Nisa Kay, Rina Salleh, Irene Nadia Marcello, Fatin Suhana (gambar atas) ..... hehehehe...

Best jumpa kawan-kawan .... lagi2 yang memang tak lokek dengan cerita, yang tak segan nak berkongsi pengetahuan. Bukan tu je, leh gak buat aktiviti bersama yang menyihatkan, macam kumpul2 gi berkelah ke, nangkap gambo ke ....


HH teringin nak jumpa kawan-kawan blogger yang selalu support, tapi disebabkan lokaliti yang berada jauh dari blogger-blogger lain, memang tak kesampaian lagi.

InsyaAllah, tunggulah hujung bulan ini, HH akan berada di Shah Alam, buat ceramah teman isteri kat sana .. 

Rangkaian atau network kena diharmonikan, baru blog akan lebih dikenali dan anda sebagai blogger akan dihormati ... :)

 


Pikat Pembaca Dengan Penampilan Blog

As-Salam. Susah memang susah sebenarnya nak membolehkan seorang pengunjung yang ntah dari mana-mana, singgah di blog anda, yang akhirnya terpikat lalu menjadi pembaca setia. Pembaca setia ini ada dua jenis, satu yang nampak, satu lagi yang tak nampak - style nyorok2 gitu.

Antara dua jenis pembaca ni, sama je pentingnya. Ada yang suka kongsikan dengan yang lain, dengan klik LIKE, dan Google+ ... ada pula hanya sekadar membaca sebagai pengetahuan buat diri. Dan ada juga bukan takat baca, tapi praktikkan apa yang diceritakan dalam blog yang dia baca.


Pertama sekali, apa yang perlu untuk pikat pengunjung menjadi potensi pembaca di blog anda ialah penampilan. Cuba anda bandingkan blog ini dengan blog Yuyu Zulaikha, ataupun blog Eqbalzack, mahupun blog Irene Marcello .... perghhh ... saya sendiri first time blog mereka ni terus rasa suka nak lepak. Tu first impression ... pikat.

Tak baca pun lagi, tak klik pun follow ... tapi ia dah berjaya pikat untuk kita jadikan blog tu masuk dalam bloglist mahupun kita bookmark. Dan pastinya untuk kunjungan akan datang.

Apa itu first impression? Aha .. keadaan blog kita tu, perlu menarik, dan pertama sekali adalah header blog. Header blog mesti boleh memikat pengunjung jadi pembaca, buat mereka impress walaupun ia merupakan header yang simple.

Jadi, buat header anda menarik dan memikat dulu ... okeh.

21 Jun 2012

Eyriqazz vs Denaihati | SEO Terbaik

As-salam.
Eyriqazz vs Denaihati. SEO Contest untuk mereka yang mahu menguji kepakaran dan pengetahuan SEO - kali ini membabitkan kata kunci Eyriqazz VS Denaihati.

Ada kekuatan bagi kedua-dua blog ini, dan dua-dua blog ada pencapaian tersendiri dalam dunia blogger Malaysia. Eyriqazz vs Denaihati .... mungkin menjadi lawan dalam dunia SEO blog, tetapi tidak di alam nyata.

Blog Denaihati

SEO Contest - eyriqazz vs denaihati


Blog Eyriqazz

SEO Contest - eyriqazz vs denaihati



Jika anda, siapa yang anda pilih - bukan fikir beberapa kali, tetapi apabila disebutkan Eyriqazz vs Denaihati, blog mana yang terlintas dahulu di fikiran untuk anda jejaki. Eyriqazz vs Denaihati, bukan sekadar Great Teacher Onizuka vs Hidupkan Untuk Memberi, tetapi lebih kepada blog peribadi vs blog SEO .... hehehe... itu kata HH. 

Siapa nak belajar SEO secara tak langsung - Denaihati.com
Siapa nak belajar tentang blog peribadi - Eyriqazz.com

Pilih dah? Antara dua blog ini: Eyriqazz vs Denaihati.

-------------------------------
Eyriqazz vs Denaihati - Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com , Shakiddo.com , ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com dan Papamifz.com

Blog Makin Ternama | Blogger Jadi Mudah Lupa

As-Salam.
Jangan mudah lupa diri. Kadangkala bila dah naik dan blog dah jadi popular, terus dabik dada. Uhh bukan dalam soal blogging je ada isu cam ni, kat tempat lain pun sama. Dan pasti ayat ini akan digunakan - "Manusia Mudah Lupa!" .....

Hmm itulah, banyak sangat tertelan semut dan makan banyak bebenor kepala ikan... kita jadi sering terlupa. Kita lupa siapa yang bantu kita naik dalam dunia blog ni, walaupun ia kadangkala secara tidak langsung.

Yang hanya kita nampak adalah usaha kita ... usaha sendiri .. ye ke? Bukan ada dibantu oleh blogger lain ke? Ecehhh ... hmmmm .... ye la sangat ... kalau benarlah kan, tentu blog2 HH yang lain tu dah ada juta2 pageviews ... :P

Hmmm, kita nak blog kita diketahui umum, kita pasti memerlukan satu sama lain ... dan nanti pusing2 kita akan jumpa orang yang sama gak yang bantu menaikkan dan mempopularkan blog kita yang tak seberapa ni. Bukan ramai blogger yang ada kemahuan nak bantu secara direct blogger lain ...sampaikan blog yang maki hamun blog dia pun dia bantu naik ..... hmmm .... adehhh ...

Jadi, ringankan jari - bukan mulut untuk nyatakan terima kasih tu, baik kepada blogger beso mahupun blogger kecik ... tapi apa yang HH nampak le kan ... blogger kecik dan newbie lah yang paling ringan jari nak ucap terima kasih ni .. hmm ...

*p.s: Terima kasih buat semua yang dah berikan sokongan kepada blog ini.

Panduan Menulis Blog | Apa Perlu Lakukan Bila Berada Di Dalam Bloglist Blog Ternama

As-Salam.
Jika blog anda telah berjaya berada di dalam bloglist seseorang terutama di dalam blog-blog yang mempunyai ramai pengunjung dan pembaca, makanya ... anda harus bijak 'mencuri' trafik dengan sentiasa update, dan menjadikan blog anda berada di dalam senarai teratas bloglist tersebut.

Dan bagi HH pula, secara peribadinya ada kala di waktu tiada idea nak terbitkan apa, HH akan gunakan entri2 yang ada dalam bloglist untuk eloborate lebih, dan dah tentulah akan berikan kredit atau backlink kepada entri atau blog tersebut. Inilah dinamakan satu perkongsian. Dan inilah caranya HH menghargai mereka yang follow, mereka yang join segmen ... mungkin tak dapat nak tunaikan semua, tetapi mencuba yang sebaik dan sebolehnya untuk orang lain kecapi apa yang blog ini kecapi.

Blog ini naik pun atas hasil usaha rakan-rakan follower dan blog2 yang menyenaraikan blog ini dalam bloglist, termasuklah Mazidul Akmal (satu ketika dahulu), Ben Ashaari, Anastasyea, Mak Dara, Penulis Senja, EqbalZack, Mastura, Tao Tau, Wacanaku, Mas Saari, Azman Roslan dan ramai lagi yang tak dapat nak titipkan satu persatu ....

Jadi, apa yang penting - update dan pastikan blog anda berada di atas sekali!


Cara Menjadikan Blog Lebih Dinamik 'Conditional Tags'

Saya nak kongsikan satu tips yang sangat bagus untuk menjadikan blog anda lebih dinamik dan nampak unik. Ok. Seandainya anda perasan, jika anda buka laman utama atau home bagi blog ini dan membandingkan dengan laman entri di dalam blog ini, akan nampak sedikit perubahan dari segi penampilannya, terutama di bahagian sidebar blog atau widget.

Cara Menjadikan Blog Lebih Dinamik Menerusi 'Conditional Tags'

Apa yang saya buat ialah dengan meletakkan satu arahan berbentuk 'gate' atau dinamakan 'conditional tag'. Cara ini membuatkan blog nampak lebih dinamik atau hidup. Secara amnya, kod untuk conditional tag ini berbentuk begini:

<b:if cond='CONDITIONAL TAG'></b:if>

Cuba lihat contoh di bawah apabila menggunakan saya menggunakan conditional tag ini.

Contoh:
Anda akan nampak paparan promosi blog di laman utama (home) blog tetapi tidak di laman entri post blog anda. Begitu juga dengan entri terkini, hanya dipaparkan di laman entri post tetapi tidak di laman utama (home) blog.
Cara Menjadikan Blog Lebih Dinamik 'Conditional Tags'
Cara Menjadikan Blog Lebih Dinamik 'Conditional Tags'
Ini adalah kerana, menggunakan conditional tag atau pembolehubah bersyarat untuk membolehkan ia dipaparkan mengikut apa yang kita kehendaki. Ada beberapa pembolehubah bersyarat yang boleh digunakan di dalam blog, khusus untuk paparan widget tertentu - bukan semua widget boleh menggunakan kaedah ini...huhu .. ingat tu. Jadi kena cuba dahulu, baru tahu ...

Antaranya:
  • Anda boleh setting untuk widget itu keluar hanya di post entri sahaja.
  • Anda boleh setting untuk widget keluar di laman utama sahaja, tetapi tidak di post entri.
  • Anda boleh setting untuk widget keluar di laman statik iaitu laman page blog anda.
  • Anda boleh setting untuk ia hanya dipaparkan di carian arkib sahaja (bila klik arkib blog)
  • Anda boleh setting untuk hanya dipaparkan hanya apabila pengguna klik tag, label atau kategori tertentu di blog.
Malah cara ini saya gunakan untuk hadkan paparan iklan di blog iaitu iklan dipaparkan hanya pada post entri dan tidak di laman utama.
Cara Menjadikan Blog Lebih Dinamik 'Conditional Tags'
Cara Menjadikan Blog Lebih Dinamik 'Conditional Tags'
Jika anda ingin mencuba, satu tutorial lengkap boleh anda ikuti di sini: Using Conditional Tag in Blogspot

Ini membolehkan blog anda akan lebih nampak dinamik atau hidup kerana sentiasa ada paparan berbeza apabila anda klik sesuatu link di blog anda. Malah, jika anda cukup memahami penggunaannya, anda boleh juga ubah penampilan warna, header mahupun susunatur blog anda.

Cubalah.


20 Jun 2012

Wordless Wednesday #WW | Blogger Pertama di Dunia