Reloadfood.com - The Food Blog

Luahan Cinta Menerusi Blog, Oh Gediknya ...


As-Salam.
Meluahkan rasa cinta, kasih dan sayang menerusi blog mungkin pada sesetengah orang dianggap ... wah sungguh romantis. Tetapi bukan semua orang yang suka, apatah lagi andai yang singgah itu merupakan seorang pengunjung sesat ke blog anda.

Bukan hendak menidakkan rasa sayang dan cinta mendalam anda terhadap pasangan anda. Tetapi meluahkan menerusi blog, mungkin tidak begitu sesuai.

Setiap pemilik blog ada hak untuk menulis apa sahaja di dalam blog. Boleh cerita soal percutian, soal keluarga, soal bisnes, soal kerja mahupun soal cinta. Tetapi, tetapkan dalam ingatan bahawa blog anda bakal dikunjungi dan dibaca oleh orang lain. Jadi, berpadalah dalam bercerita soal cinta, kasih dan sayang.

Mahu abadikan cinta hebat anda itu, jadikan blog anda sebuah blog yang benar-benar peribadi - hanya dibaca oleh mereka yang diundang atau diberi akses sahaja.

Makanya nanti, tidaklah ada jiwa yang sengsara melihat tulisan anda yang gedik. Dengan cara ini, tidak akan ada hati yang rasa menyampah atau menyumpah seranah. Blog cinta, selalunya blog penulisan remaja. 

Andai penulisan penuh puitis dan berselang ayat yang manis dan penuh hikmah, mungkin boleh diterima. Tetapi, jika ianya hanyalah sebuah blog cinta monyet yang tak tahu hujung pangkal, ikutilah nasihat yang diberikan tadi.

Jangan sampai timbul fitnah, rugi je buat blog tetapi mendatangkan masalah dan rasa kurang senang orang lain.

Nak lihat contoh blog cinta yang boleh dijadikan panduan: Blog Jiwa Jiwa

 



[Info Penulis] Hasrul Hassan ialah seorang penulis blog bebas kelahiran Perak, dan menetap di Penang. Seorang pakar menulis artikel berkesan di carian Google, yang telah menulis puluhan artikel mengenai review produk, jenama, bisnes, servis dan acara. Antara top blogger Malaysia (Bahasa Melayu) yang inspirasikan ramai penulis blog baru, sehingga diberikan gelaran Sifu Blogger.

Untuk servis pengiklanan (advertisment service) serta artikel berbayar (paid article/advertorial), boleh hubungi penulis menerusi ruangan Contact .