Langkau ke kandungan utama

Linkwithin Merugikan Trafik | Tinggikan 'Bounce Rate'

As-Salam.
Semalam HH ada terbaca satu artikel, tulisan oleh seorang blogger yang berplatform wordpress, bukan blogger tempatan tetapi seorang blogger antarabangsa. Apa yang menarik diperkatakan ialah tentang widget Linkwithin.

Linkwithin dikatakan mencuri trafik dari blog anda. Dan kecurian ini meningkatkan bounce-rate blog anda. Bounce rate yang tinggi adalah tidak baik untuk sebuah blog yang ingin meletakkan iklan.

Seandainya anda ada memasang widget ini di dalam blog, anda boleh semak di bahagian stats blog anda. Anda akan dapati trafik diterima daripada linkwithin, walhal widget ini berada di dalam blog anda sebagai satu cara mengaitkan antara post-post anda yang terdahulu.

Ya, ia akan meningkatkan pageviews blog anda tetapi dalam masa yang sama, ia meningkatkan juga bounce rate. Apa itu bounce rate? Sila baca entri HH ini: Apa Itu Bounce Rate?

Menurut blogger tu, apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila pengunjung klik linkwithin yang ada dalam blog, ia memberikan trafik ke linkwithin dan kemudian linkwithin membawanya kembali ke blog anda. 

Ini bermakna apa yang kita terima, trafik dari luar, mungkin juga diterima oleh Linkwithin ini. Ia sama juga macam penggunaan iframe yang pernah kecoh satu masa dahulu.


Komen

  1. saya perasan gak HH tak guna linkwithin... HH guna apa ek?

    BalasPadam
  2. @GaRy™ HH gunakan nrelate, kalau dalam dashboard, tak nampak pun trafik dari ini, berlainan dari linkwtin yang sampai ada 3 (rujuk gambarajah). Jelas trafik merupakan trafik dalaman.

    BalasPadam
  3. nasiblah da lama buang linkwithin tu..ahahha.
    lgpun eca rasa berat masa guna linkwithin tu.... :)

    BalasPadam
  4. @hasrul hassan : terima kasih HH.. saya dah mula menggunakan nrelate... :) nasib baik HH kongsikan mengenai maklumat ni. saya pun baru perasan trafik source dari linkwithin tu. bila saya tekan mana-mana post kat widget linkwithin tu, ada perkataan 'redirect'kat url.. maknanya, kita dibawa ke laman web lain sebelum dibawa ke entri kita tu kan?.. thanks again for the info... :)

    BalasPadam
  5. owh...hmmhh baik punya info ni bro.
    tQ bro HH.
    lama xsinggah disini.makin kemas blog bro HH.tahniah

    BalasPadam
  6. terima kasih atas info..dah lama tak pakai linkwithin ni.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum HH,

    Kami nak tanya skit...nrelate utk blogspot sistem ada ke? Kami dah google...nak guna sistem ni perlu register terlebih dahulu. Kalau kami menggunakan nrelate, adakah fungsinya berlainan dari linkwithin....Boleh terangkan serba sedikit, kami ni blur-blur skit :-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti HH akan keluarkan entri mengenainya... :) tunggu ehh, secara peribadi, nrelate lebih baik dan ada banyak choice untuk kita setting.

      Padam
    2. Memang kena register ....

      Padam
  8. nice.....jom blogwalking http://long-cham.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Kalau tak baca artikel ni memang tak perasaan yang linkwithin tu curi trafik...

    BalasPadam
  10. nasib baik jalan sini..tak sangka linkwithin macam ni..lama jugak la guna linkwithin..sekang guna nrelate..memang terbaik..

    BalasPadam
  11. ilmu baru .. selama ni duk faham linkwithin bantu pelawat berlegar2 di blog kita lebih lama..hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.