As-Salam.
Blogger, ada juga yang mengajar, secara tidak lansung, tetapi bukan semua blogger layak menerima 'title' guru. Sebabnya ialah .... guru merupakan satu proses. Anda tidak boleh masuk sekolah, dan terus ajar ..... tidak. Anda perlu dilatih menjadi seorang guru.

Guru yang punyai latihan, akan lebih efisien dalam mendidik anak bangsa. Ia bukan macam blogger, yang boleh jadi seorang blogger hanya kerana mempunyai blog. Oh tidak. Guru yang sebenar, mesti punyai iltizam tinggi, minat dan tentu sekali kebolehan dan kemahiran untuk mengajar.

Guru bukan lahir sehari dua. Mereka dilahirkan oleh guru-guru, tok guru, mahaguru yang telah banyak pengalaman. Mereka dilahirkan menerusi latihan, didikan dan perkongsian pengalaman untuk menjadi seorang guru yang baik dan berkemampuan.

Jangan samakan diri anda, hanya kerana anda buat tips atau tutorial .... apatah lagi hanya kerana memberikan idea dalam dunia blog, anda tidak selayaknya dilabel guru. Blogger adalah blogger .... mereka berkongsi idea, tetapi bukan sebagai guru yang telah dibenam dalam dunia perguruan, dunia mengajar manusia menjadi lebih baik, malah lebih baik daripada mereka.

Blogger? Hmm .... kalau ada yang mahu mengajar atau didik pun, paling tidak ...inginkan backlinks atau LIKE fanpage mereka.... Guru? Mana ada .. kan kan?


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement