As-Salam.
Penyu Agar, penyu dari spesies yang terancam. Di Pulau Pinang, ada pusat konservasi dan penetasan telur penyu jenis ini, di Pantai Kerachut.
HH dan keluarga biasa tengok penyu ini di Akuarium Pusat Penyelidikan Ikan Kebangsaan (FRI) di Batu Maung. HH pernah bercerita mengenai tempat ini, dan pernah memuatkan beberapa gambar di akuarium tersebut di blog HasrulPhoto.
Penyu Agar juga dikenali sebagai "penyu hijau" mengikut warna lemak
dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah
zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga
lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan
utamanya adalah rumpai laut dan rumpair.
Andai anda nak melihat kelibat penyu ini di Pulau Pinang, bolehlah pergi ke Pantai Kerachut di musim bertelurnya iaitu
antara April – September. Penyu Agar menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali
bertelur. Telurnya adalah berwarna putih dan
berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.
Selain Pulau Pinang, penyu ini boleh didapati di perairan di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Nak baca catatan blogger lain mengenai FRI dan Penyu Agar?
Nak baca catatan blogger lain mengenai Pantai Kerachut?






mmg penyu ni semakin terancam.. kcian tol. apa2 pun, penyu tu cute :D
25 April, 2012 18:17
Datuk, Datin, dah berapa kali saya nasihatkan kita mesti jaga penyu-penyu kita. Kalau dah pupus, takde la pelancong domestik dan luar negara nak tengok penyu kita bertelor. Kalau hari-hari orang makan telor penyu buat ubat kuat batin, habis tu generasi baru kita nak nak tengok penyu bertelor kat mana? Tak kisah ke? Dah nak pilihanraya ni Datuk. Di hati rakyat, selain tanggungjawab terhadap rakyat, nak juga tau pemimpin kita ambil berat tentang penyu atau tak.
25 April, 2012 18:44
@YouILove Well said, hmmm ya betul, hidup kat Mesia ni, bukan hidup sesama manusia je.
26 April, 2012 16:51
Post a Comment