Lakukan Dengan Daya Yang Ada

Dua sahabat, seorang lelaki A, seorang lagi lelaki B. Dua orang ini berbicara soal menegur orang lain. Mungkin catatan pendek lagi singkat ini boleh dijadikan panduan buat blogger Malaysia untuk sampaikan sesuatu yang lebih bermanfaat menerusi blog.

Ini bukan kisah mahu sindir sesiapa, tetapi merupakan ingatan buat diri saya yang ada khilaf di sebalik bicara. Mari singkap apa persoalan dua lelaki A dan B ..

Lakukan Dengan Daya Yang Ada

"Cukup ke ilmu di dada nak tarbiyah orang lain ni?" kata A.
"Kerana itulah aku dok cari lagi ilmu, lau salah tegurlah aku" kata B.
"Sapa nak makan ayat ko ni ... ko sendiri terkontang kanting ..." kata A.
"Setidaknya aku cuba sampaikan apa yang aku dah tahu ... terpulanglah pada hati orang tu nak terima atau tidak ... aku dah lakukan dengan daya yang ada" kata B.

Begitulah dialog antara 2 sahabat. Fikirlah, kalau kita tidak saling ingat, sampai ke sudah kita tak akan tahu, dan takkan ambil tahu. Tak kiralah apa latar belakang, ia bukan kekangan untuk kita sebarkan sesuatu yang baik. Takkan nak tunggu semua orang menjadi pak ustaz atau ustazah, jika begitu ..... susahlah ilmu yang baik terutama berkaitan agama nak berkembang.
Cara dakwah menerusi blog
Bukan nak tunjuk hebat, bukan nak mempoyokan diri, tetapi hakikatnya, seburuk-buruk manusia pun ada juga kebaikan yang diberikan. Setiap orang diberikan akal, tetapi hidayah itu adalah pilihan Tuhan. Akal untuk kita fikir, apa yang baik dan apa yang buruk.

.. semarakkan ilmu yang baik, mudah-mudahan jika tidak banyak, sedikit barakah dapat pun jadilah.

Blogger Malaysia mahu trafik ke blog ... maka pastikan trafik itu berbaloi untuk diri dan untuk semua orang yang membaca blog anda.


5 comments.. read them below or add one

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA ADZA IRDAWATI aka MAK DARA April 16, 2012
betul tu.. sampaikan lah walau sepatah ayat....
peace289 peace289 April 16, 2012
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Etuza Ezawarna Etuza Ezawarna August 17, 2014
http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2014/08/penuh-informasi-terbaik-blogger.html KHAS untuk blogger terkenal hasrulhassan.com.
Blog tuan menjadi sumber ilhamku. Terima kasih. harap hargainya .
cantik sungguh kiasan kata menegur jangan sampai menghina.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.