Bantu Kongsi Tanda Sokong
As-Salam.
Feng Shui, ia bukanlah satu agama, tetapi ia berkait tentang kepercayaan mengenai pengaruh alam ke atas kehidupan seseorang manusia.
Dalam bahasa cina, Feng maksudnya angin dan Shui maksudnya air. Oleh itu, Feng Shui maksudnya mengkaji, memahami dan menghayati kaitan angin serta air
dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, maksud feng shui adalah
mengkaji kehidupan persekitaran (luaran dan dalaman) berkait rapat
dengan manusia pada satu-satu masa. Terutama daripada segi kesihatan,
watak, kekayaan, peluang dan hubungan.
HH sendiri pernah belajar dan mengkaji mengenai Feng Shui ini, tetapi tidaklah secara mendalam, setakat tahu serba sedikit, sekadar untuk ilmu pengetahuan. Malah, pernah juga mempraktikkan pemahaman Feng Shui ini dalam kehidupan, dan dalam beberapa perkara, ia ada salingkait dengan kepercayaan masyarakat Melayu.
Dalam ilmu Feng Shui, ada dua faktor
perlu diberi perhatian iaitu masa dan tempat. Tradisinya, feng shui
dibahagikan kepada Yang feng shui dan Ying feng shui. Yang feng shui
selalu dirujuk kepada entiti kediaman dan perniagaan. Manakala Ying feng
shui pula selalu dikaitkan dengan kedudukan pekarangan kubur.
Mereka yang percaya akan Feng Shui melihat alam sekitar dan sekeliling dengan cara yang berbeza, dan mereka percaya 1/3 daripada kehidupan dipengaruhi oleh Feng Shui ini.
Acapkali orang cina yang ingin membeli rumah akan ambil kisah mengenai pengaruh Feng Shui ini. Kedudukan rumah dalam
prinsip Ying dan Yang, boleh kategorikan persekitaran luaran kepada dua
prinsip ini iaitu: Ying - Rumah (memberi kesan kepada individu); dan
Yang - Perjalanan (memberi kesan kepada kesihatan atau peluang)
Di samping itu, Feng Shui boleh mengambil kira bentuk lima unsur iaitu
logam, kebakaran, kayu, air dan tanah. Daripada itu, boleh memahami lagi
kesan kepada sekeliling individu. Contohnya kesan pada mental yang
digalakkan seperti agresif dan sangat menghormati; tidak digalakkan pula
seperti hujah, konflik, menderhaka; dan neutral - undang-undang dan
kesibukan.
Hari ini, pengaruh dan pemahaman mengenai Feng Shui ini telah meluas ke banyak negara termasuklah Eropah, di mana ia digunakan bagi mereka-bentuk sesuatu bangunan atau tempat.







boleh percaya ke ni ? feng shui ni boleh diamalkan ke oleh org islam ??
huuu...Kalau yg baik boleh je kan ?
24 April, 2012 15:58
Post a Comment