Picnik
As-Salam.
Picnik - sememangnya satu aplikasi yang serba menarik untuk digunakan bagi edit gambar-gambar secara online. HH sendiri pernah menggunakan aplikasi ini untuk menghasilkan beberapa header blog ini. Ia sebuah aplikasi yang mudah digunakan dan mempunyai pelbagai cara untuk menampilkan kekreatifan pada sesuatu foto.

Tapi, agak malang, Picnik - aplikasi untuk edit foto ini bakal dihentikan oleh Google. Mungkin ada yang lebih menarik yang akan dipersembahkan oleh pihak Google, sebagai galang ganti untuk aplikasi ini.

Telah diumumkan bahawa Picnik akan dihentikan mulai 19 April 2012 ini, dan kepada anda yang pernah menggunakan aplikasi ini dan menyimpannya di situ, anda sekarang diberikan masa untuk muat turun foto-foto serta gambar-gambar berkenaan.

Malah, sebagai menghargai para pengguna Picnik, pihak Picnik dan Google telah membuka kesempatan kepada semua untuk menggunakan segala fungsi yang ditawarkan sebelum ini kepada pengguna premium secara percuma mulai sekarang sehingga ke tarikh penutupan Picnik.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menghasilkan lebih banyak foto-foto kreatif menarik dan juga kesempatan buat anda untuk menghasilkan header blog yang pasti meletup dengan Picnik ini.

Untuk mencuba, sila ke laman web Picnik dan pastikan anda telah tersedia gambar atau foto untuk diedit - KLIK SINI.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement