As-Salam.
Baru-baru ini, HH dan keluarga berkesempatan untuk meronda Pulau Pinang, target asalnya adalah untuk bermandi manda di Pantai Batu Feringgi (kata wife), tetapi disebabkan ada keinginan nak merasai naik Bukit Bendera, bersama anak-anak, bersama adik ipar yang datang jauh dari Putrajaya, maka ..... mandi manda Batu Feringgi dibuat-buat lupa oleh HH .. heehehhee...
Ramai orang tu biasalah. Lagi-lagi setelah kerajaan negeri menaik taraf perkhidmatan kereta kabel di Bukit Bendera. Untuk pengetahuan, oleh kerana koc baru disediakan, maka tambang pun dah tak sama macam dahulu.
Tambang untuk naik ke Bukit Bendera menggunakan kereta kabel baru (koc dari Switzerland) adalah RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak bagi pelancong asing.
Terdapat palej tambang disediakan iaitu pakej keluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak), tambang sehala dan Orang Kurang Upaya (OKU). Pas bulanan untuk pekerja dan penduduk di Bukit Bendera kekal pada harga RM24.
Pakej keluarga rakyat tempatan ditetapkan RM18, manakala pakej keluarga warga asing pula RM70. Tambang sehala kini ditetapkan RM5 dan OKU boleh menggunakannya secara percuma.
Kalau anda nak pergi, sila pastikan dibawa kad pengenalan. Bila beratur, kutip kad pengenalan ahli keluarga anda, kerana setiap satu kad pengenalan, dibenarkan untuk satu tiket diskaun tambang rakyat tempatan.
Kereta kabel ini laju, sebelum ini ... naik atas tu ambik masa 30 minit, sekarang 10 minit je ... Menurut pemandu yang HH tanya tu, ia boleh luncur 5m sesaat ... dan menggunakan elektrik sepenuhnya. Best ... hawa dingin lagi. Dan ia boleh memuatkan sehingga 100-150 penumpang pada satu-satu masa.
*p.s: Nanti HH buat entri keadaan Bukit Bendera terbaru ... dah berubah banyak dari dahulu.















4 comments
syoknya
nak naik gak
Ajaklah sesapa pergi ... leh mintak HH jadi tourist guide ..hehehe....murah2 ... lalalalala
wah menarik tu HH, kena pi Penang ni..skg dah ok ek tempat tu after repairing works.
Kat atas banyak lagi tak siap bina ..... dah ada restoren tebing ...huhuhuhuh....
Post a Comment
HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya