As-Salam.
Tentu ramai akan terkejut dengan persoalan yang HH bangkitkan ini. Tentu sekali akan ada juga persoalkan apa yang cuba HH sampaikan. Hmmm ... ya, HH bukanlah ustaz lagi alim, cuma dan sekadar menyampaikan apa yang telah dan baru HH ketahui ... sedikit lebih mungkin ada yang kabur.
Timbul tanda tanya sebenarnya pada diri apabila teringatkan satu hadis sahih muslim yang bermaksud:
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
"Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan"
Hukum Memakai Pendakap Gigi Untuk Kecantikan Adalah Haram
Dan dari hadis itu, kesimpulan ini telah diberikan:
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata:
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan kesihtan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Boleh baca lagi mengenai persoalan dan permasalahan ini di sini: http://myibrah.com/hukum-memakai-braces








6 comments
oh...faham dah apa y cuba disampaikan...
terkejut sesaat msa bce tjuk entri HH..kerana kwn sy pn pkai braces gak skrg nih..bg btulkan gigi dy y da bertahun senget2..sian dy..
berderau jantung baca tajuk entry ni...sebab oshin tengah pakai braces sekarang nih...kebetulan susunan gigi oshin memang tak memuaskan sebab tu pakai braces...tak pernah berniat untuk mengubah ciptaan DIA...
assalamualaikum HH...alhamdullilah selamatkan pakai braces ni...:)
orang pakai braces untuk betulkan gigi. kan Allah suka sesuatu yang cantik. kita bukannya mengubah.
jadi trend sekarang. macam2 gaya ada..
alamak !
Post a Comment
HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya