Wednesday, 22 February 2012

Menjadi Jutawan Kerana Minat

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Siapa mahu jadi jutawan? HH fikir pasti ramai yang teringin untuk menjadi jutawan. Nak jadi jutawan bukan mudah, ada banyak jalan dan cara. Ada cara salah, ada cara yang tidak salah. Ada kaedah halal, ada kaedah haram. Terpulang pada diri masing-masing kerana harta itu akan menjadi sebahagian daripada kehidupan termasuklah menyara makan minum anak bini.

Jadi bagaimana cara menjadi jutawan yang baik dan terbukti? Cuba lihat mereka yang berjaya menjadi jutawan .... siapa mereka? Apa yang mereka buat dan lakukan dalam kerjaya mereka seharian?

Contoh paling mudah dan sedang hangat kini ialah pemain bolasepak negara, Safee Sali. Dia menjadi jutawan setelah berjaya mendapatkan kontrak bermain bola yang lumayan. Safee Sali minat dengan bolasepak, kerana minat, dia berjaya mengasah bakatnya sebagai seorang penyerang bolasepak berbisa di rantau ini.


Lihat pula Irfan Khairi yang berjaya meraih pendapatan 1 juta hanya menerusi perniagaan onlinenya. Dia digelar Jutawan Internet ...dalam usia yang cukup muda ... awal 20an (kalau tak silap). Minatnya untuk meneroka bidang pemasaran dan perniagaan internet menjadikan dia seorang yang pakar dalam selok belok dunia perniagaan internet - bukan main skim2 atau tipu2 ... tapi perniagaan online sebenar.

Jadi, sesiapa pun boleh jadi jutawan jika ada minat yang sangat kuat. Dengan minat yang mendalam, segala liku dan onar dalam mencapai cita-cita serta angan-angan adalah sesuatu yang bukan mustahil.

2 comments

22 February, 2012 16:32

Salam HH..
Betul tue..so lau ada minat yg mendalam dlm bidang perniagaan online boleh ceburkan diri utk jadi jutawan..best kan lau jadi jutawan nie..

23 February, 2012 02:46

kalo dah minat, smua yg dibuat tu blh pergi jauh...yg pnting, jgn takut2... :-)

Post a Comment

HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya

 

Get this Jquery Popup widget