Jika anda seorang peminat tulisan khat, maka tentu tahu akan seni Khat Kufi ini. Ia merupakan salah satu cabang seni penulisan khat selain Khat Nasakh.
Apa yang dimaksudkan dengan Khat Kufi? Khat kufi adalah nisbah atau sandaran kepada Bandar Kufah yang terletak di Iraq, ia diantara khat yang terawal muncul dan digunakan secara meluas untuk penulisan al-Quran suatu ketika dahulu sebelum kemunculan khat nasakh. 

Selepas pembukaan Iraq oleh Saad bin Abi Waqqas ketika Pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tahun ke 18 Hijrah, pusat pemerintahan Islam berpindah dari Madinah ke Iraq dan terikut bersama dua jenis tulisan yang dikenali dengan Makki dan Madani ke Basrah dan Kufah. 

Khat ini dipelajari oleh penduduk-penduduk Iraq dan mereka menggelarnya dengan khat Hijazi yang mempunyai dua ciri yang berlainan. Pertama berbentuk lembut (Madani) dan yang kedua berbentuk keras (Makki)

Kecenderungan orang-orang Iraq ketika itu adalah kepada khat yang berbentuk keras dan mereka berusaha memperbaikinya sehingga ia digunakan secara meluas untuk penulisan mushaf, matawang, hiasan di dinding masjid dan tulisan pada batu nesan meraka. Khat berbentuk keras ini kemudiannya dimasyhurkan sebagai khat kufi, iaitu sandaran kepada Bandar Kufah kerana peranannya yang sangat penting dalam perkembangan tulisan ini. 

Kelaziman masyarakat Arab ketika itu adalah dengan menamakan jenis-jenis tulisan bersandarkan kepada nama tempat di mana ia muncul seperti yang terkenal di kalangan orang Arab Hijaz sebelum zaman Kufah ialah tulisan Nabati, Hiri, Anbari dan kemudiannya Makki dan Madani yang kesemuanya dinisbahkan kepada nama tempat.

Khat kufi tersebar ke seluruh dunia bersama tersebarnya agama Islam. Perkembangan khat ini dibantu dengan galakan yang kuat oleh pemerintah Islam yang berpusat di Kufah sehingga ia diikuti, dipelajari, tersebar dan dinisbahkan kepada Kufah. Ciri utama khat kufi ialah keras, bersegi, tegak dan lurus.

Sumber: diwanikraf.com

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement