As-Salam.
Wahh ..sungguh menarik inisiatif dan inovasi yang cuba diketengahkan oleh Proton untuk kereta terbaru keluarannya - P3-21A. Kereta sedan terbaru dengan kod P3-21A masih lagi satu misteri buat penggemar automatif negara, ada yang mengatakan ia bakal keluar dengan reka bentuk yang hampir serupa dengan prototaip Proton Tuah.
Apapun, kita nantikan pelancaran kereta model terbaru Proton yang dijangka akan dilakukan pada bulan hadapan - Mac 2012.
Lihat gambar 'Proton P3-21A': KLIK SINI.
Kereta Baru Proton Dilengkapi Kemudahan Akses Internet
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Proton Holdings dan Yes, penyedia rangkaian 4G di bawah YTL Communications Sdn. Bhd., hari ini mengumumkan kerjasama untuk menawarkan akses internet 4G dalam kereta yang pertama di Malaysia dalam kereta-kereta mewah dan sedan baharu P3-21A Proton yang akan dilancarkan bulan depan.
Dalam kerjasama itu, para pengguna Proton akan menikmati saling hubung 4G sebagai ciri standard tambah nilai yang baharu. Ia akan memanfaatkan rangkaian internet mudah alih 4G Yes yang pada masa ini meliputi lebih 65 peratus daripada kawasan berpenduduk negara.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, inovasi ini, usaha pertama dalam langkah penjenamaan semula Proton, membuka kemungkinan spektrum baharu dan menawarkan para pengguna dengan kelajuan, keselesaan dan produktiviti yang lebih hebat ketika berada di jalan raya.
"Kami telah bekerjasama dengan YTL selama setahun dan menandatangani perjanjian tahun lepas. Hari ini, ia cuma satu langkah kecil. Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran majlis itu. - BERNAMA








2 comments
oh bukan yg Tuah tu ke.. sebab salesman proton kata terdekat ni Tuah yg bakal keluar
bunyi mcm canggih dah... nnt kalo ada info baru mengenai ni, hrp blh publish foto bhgn dlm kereta tu. blh la smua tgk mcmana rupa kemudahan intenet 4G tu apply dlm kereta tu...
Post a Comment
HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya