Sunday, 26 February 2012

Kenali Follower | Bila Blog Berbicara #1

8 reaksi dan komen
As-Salam.
Ini bukan segmen, ini juga bukan satu bentuk promosi jual menjual, tetapi sekadar berkongsi rasa melalui blog. Banyak blog di alam maya dan di dalam Dunia Blogger Malaysia ini, tetapi kebanyakkan lebih kepada cerita sensasi yang cuba meraih trafik yang mungkin untuk tujuan mendapatkan income daripada blog.

Ini membuatkan ada blog-blog cetusan rasa, luahan hati, kisah sebenar masyarakat kita agak terpinggir untuk diterjah dan dibaca oleh pengunjung.

Blogger ini menulis kerana mahu berkongsi rasa dan pengalaman. Pengalaman yang memeritkan yang mungkin boleh dijadikan sandaran buat yang lain untuk mencari kekuatan dalam mengharungi hidup yang serba payah.

Dek kerana itulah, HH mulai setiap minggu bermula hari ini akan cuba sedaya upaya mungkin, menjelajah dan memperkenalkan kepada anda semua, pembaca budiman blog ini menyelami rasa yang bercampur baur daripada blog-blog seperti ini.

Bukan untuk membuka aib, bukan juga untuk anda berasa simpati, tetapi untuk anda menginsafi dan mensyukuri nikmat yang telah anda dan kita semua dapat. Bukan semua orang gembira di dunia ini, bukan semua orang merasai nikmat hidup yang baik.


Bila Blog Berbicara: Suarahati dan Ceritaku
"Ranjau sepanjang jalan, Meniti liku-liku kehidupan, Mendewasakan tiga anak istimewa, Perjuangan melawan Kanser payudara, Tangisan dalam senyuman, Panggilan mama jadi igauan, Adakah lagi sinar kebahagiaan, Harapan ke Syurga jadi pilihan". Akulah ..umi,mak,mama @ibu

Baca kisah ibu ini di blog: Suarahati dan Ceritaku

Ikuti kisah ibu ini membesarkan anak-anaknya. Biar diri kita miskin harta, tetapi kaya budi dan pekerti. Biar duit tidak berkepuk, tetapi kita murah dengan doa dan rasa ehsan. Maha Kuasa Allah, Dia menjadikan sesuatu bersebab untuk kita semua ambil iktibar, insyaAllah.

8 comments

26 February, 2012 11:11

mnarik nie . .

26 February, 2012 12:01

jadi follower.. jemputlah singgah blog Dieyna ye,,, dah pernah berkunjung ke blog yang diulas di atas.. simpati terhadap dirinya... Tabahnya dia mengharungi dugaan... :((

26 February, 2012 14:26

a'a
tidak semua di dunia ini hidup gembira
tidak juga semua yang merasai nikmat bahagia..
huhuhu..insafnyer diri ini..
ada yg lebih hebat dugaan dan ujian
yg Allah berikan...

aku yg kerdil.

26 February, 2012 22:58

Terima kasih sokongan adik HH,,2 tahun melayari internet membaca kisah blogger sekadar mengisi waktu
singgang..Baru awal tahun ni nak beranikan diri berblog..
Banyak kekurangannya..Akak sedia menerima sebarang teguran kalau ada kesilapan..
Bukan tujuan membuka aib diri dan keluarga..
Selama ni diari peneman diri tapi terbiar lapuk..Atas sokongan dan tunjuk ajar suami akak adaptasikannya ke blog..

27 February, 2012 00:00

GREAT EFFORT HH!!!! akan ke blog2 di atas skrg juga =)

27 February, 2012 09:45

Nikmat yang kita dapat adalah pinjaman tatkala hati kita sedang berbunga ..bila kering nanti, Tuhan akan uji sejauh mana kita sanggup menahan kemarau nikmat yang diberikanNYA.

27 February, 2012 09:46

sekurangnya akan ada insan lain yang akan ambil iktibar dan belajar sesuatu daripada pengalaman orang lain.

27 February, 2012 09:46

Thanks to u too ... :)

Post a Comment

HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya

 

Get this Jquery Popup widget