As-Salam.
Bukan bermula terus dari angka 100 atau 1000 tetapi kosong ... macam anda juga, HH berblog dari kosong pengetahuan .... dari kosong followers, dari kosong widget ..dari kosong ilmu berblog .... bermula lebih kurang tahun 2007 .... dengan pelbagai blog ... dengan pelbagai cerita.
Buat blog sekadar suka-suka, saja seronok untuk berkongsi serta memperoleh duit dari internet sesen dua .... masa tu, jenuh, payah, perit dan sangat sukar untuk menempatkan diri dalam dunia blog. Kebanyakkan pengunjung adalah mereka yang mencari informasi, asalan mereka ntah dari mana-mana. Banyak juga spam yang diterima .....
Tapi itu dulu ...memang tak kenal sesapa dalam dunia blog ini. Yang HH kenal pun adalah sesama rakan di tempat kerja yang juga ada blog.
Lepas tu, HH mula mengenali sedikit demi sedikit blogger lain seperti Kak Kujie, Redmummy, Hanis, Arifshah ..... kebanyakkannya perempuan ... sebab gamaknya mereka ini lebih menyerlah daripada blogger lelaki yang lebih tertumpu pada blog politik yang HH tak berapa berkenan (tetapi baca juga).
Nak bagi blog dikenali ..perghh memang letih la ..kena pi san pi sini .. ajak org tu ..ajak orang ni .... letak di forum, letak di chatroom ... poyo je rasa masa tu .. hahahaa...
Tapi kini, anda semua untung ... ada rakan blogger yang sudi promote, ada tempat ping blog ... banyak lak tu ... ada Facebook untuk kongsikan entri-entri anda. Dulu ..MySpace ... dan Friendster ...lebih suka tulis blog dalam aplikasi mereka je....kongsi2 ni ..tak ada...
Terima kasih kepada rakan blogger yang telah banyak bantu blog ini naik ... bantu blog ini untuk terus memeriahkan dunia blogger Malaysia. Banyak dah HH belajar, banyak dah HH kutip daripada anda semua .... terima kasih.








10 comments
yup, bukan mudah dan senang. setuju dgn en. hasrul..
setuju. hehe
Sama la...semua orang bermula dari bawah...
Sama juga..tapi masih tak mampu menandingi BLOG HH
semua orang yang berjaya bermula dari kesusahan
Yup tul tu..harap-harap leh lah bjaya kan...
kene hormat pemandu "P"...sebab kita dulu pun pakai "P".hehe :P
bilalah sy nak jadi mcam HH..heehe
setuju HH...bukan senang nak jadi sennag dan bukan susah nak jadi susah... =)
setuju juge....
Post a Comment
HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya