Wednesday, 22 February 2012

Bayi Tersedak Susu | Apa Perlu Anda Lakukan?

3 reaksi dan komen
As-Salam.
Bayi tersedak susu, ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, samada ibu baru mahupun ibu yang dah beranak 5. Bayi yang kecil tidak tahu apa-apa, jadi memang sering berlaku kes sebegini. Ia bukan sahaja berlaku semasa ibu tiada di samping, malah boleh berlaku tatkala si ibu ada berhampiran.

Jika berlaku kejadian sebegini, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh penjaga bayi - termasuklah si ibu atau bapa. 

Foto: Berita Harian
 Apa Perlu Buat Jika Bayi Tersedak Susu
 
Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta (dipanggil spasm).

Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan. Bayi tersedak susu, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku, bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi. Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa.

Jika Bayi Kecil Dihantar Ke Pusat Jagaan
 
Bagi ibu bapa yang terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak, disaran memantau pusat jagaan terbabit sebelum menghantar anak-anak. Cuba selidik dan bertanya dengan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan sama, lawat dan luangkan masa beberapa jam sambil memerhatikan keadaan kebersihan, persekitaran dan cara penjaga mengendalikan bayi dan kanak-kanak. Selain itu, pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Paling penting, pilih pusat jagaan berdaftar secara sah dan pastikan pengusaha serta kakitangan yang mengendalikan pusat berkenaan cukup terlatih serta cekap mengenal pasti bayi bermasalah. Selain itu, pusat penjagaan kanak-kanak yang memiliki sijil bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah satu kelebihan dan pada masa sama, mempunyai pelan kecemasan terancang dan terletak berhampiran pusat perubatan.

3 comments

22 February, 2012 23:12

B'guna ni... Tekcik CPR untuk dipelajari... Saya ada p belajaq tahun lepas...

Yg penting, mak ayah kena taw contol diri, supaya kepanikan tu tak m'halang dari langkah2 awal yg patut dilakukan ditangguhkan...

23 February, 2012 02:28

mlm smlm ada disiarkan psl kes kematian bayi akibat tersedak susu... sbgmana dnyatakn, bayi xblh dibiarkn sorg2 dlm apa jua keadaan. nk susukan bayi, kene pegang botol susu sbb kita blh trus monitor kalo2 terbatuk, tersedak atau apa2...

23 February, 2012 11:26

Info yg berguna, bkn smua org thu info ni..
bagus untuk perkongsian. Thanks for d info :)

Post a Comment

HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya

 

Get this Jquery Popup widget