As-Salam.
Tentu anda rasa tak keruan bila handphone anda yang canggih manggih tu tak leh digunakan di sesetengah kawasan dek kerana signal penerima kurang baik. Bila singnal kurang elok, ia akan tentunya memakan kuasa dan tenaga bateri handphone anda ... dah jadi satu masalah lain pula ..kan...
Jadi, bagaimana nak kuatkan atau tambahkan signal telefon bimbit anda tu?
Ada satu tips yang telah dikongsikan kepada HH satu ketika dahulu, iaitu dengan menggunakan wang kertas RM5 baru. Wang not RM5 yang baru kan ke dibuat daripada bahan polimer ... jadi kerana itulah ia dijadikan 'alat' yang membolehkan meningkatkan resepsi telefon bimbit anda.
Dengan menggunakan wang kertas RM5 yang baru, anda boleh mendapatkan status full bar untuk telefon bimbit anda walaupun di mana anda berada. Ia boleh meningkatkan penerimaan isyarat dari mana-mana syarikat pengendali telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, YES, Digi .... dari semua awalan nombor 013, 016, 019, 012, 017 dan banyak lagi.
5 Langkah Untuk Meningkatkan Penerimaan Isyarat Telefon Bimbit
- Matikan telefon bimbit anda
- Lipatkan dan selitkan wang kertas RM5 baru yang telah dilipat menjadi sama Saiz dengan bateri telefon bimbit anda.
- Hidupkan kembali telefon bimbit anda dan periksa status isyarat (bar) pada telefon bimbit anda.
- Sila pastikan ID.10T tertera pada paparan atau skrin telefon bimbit anda.
- Kini, dah dapat full bar yang anda mahukan untuk telefon bimbit anda!
Sekiranya ID.10T tidak tertera pada skrin telefon bimbit anda, sila hentakkan telefon bimbit canggih anda itu di dahi sebanyak 10 kali ..... mungkin tertera kod ID.... yang mana dah bertukar jadi IDIOT.... erkkk
Hehhee... jangan marah ye kawan-kawan ...gurau semata. Kalau marah ...nanti kena jual .. :P ....
*p.s: Jom support Blog Pilihan Blogger Malaysia!










1 comment
ok teridiot plak pg2 ni. huhu
Post a Comment
HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya