As-Salam.
Mengapa perlunya kita sebagai seorang blogger (yang punyai blog) hormati entri blogger lain? Sebelum jawab, cuba tanya diri kita pula ... adakah kita mahu orang mencaci, cerca dan pertikaikan apa yang kita tulis di dalam entri kita?

Tentu kita akan tersentap andai apa yang kita tulis di dalam blog, ada pengunjung dan pengomen yang berikan komen yang agak kasar, agak mempertikaikan apa yang kita tulis dan sebagainya. Untuk itu, sesama blogger mesti ada saling hormat .... asalkan entri itu bukan bersifat yang melanggar norma sebagai seorang manusia yang beragama dan budaya masyarakat murni.

Hormati entri orang lain ini bermakna bukan mengiyakan apa yang ditulis, jika pendapat anda ada yang menyangkal apa yang ditulis, maka berikan komen yang bersifat membina. Kata orang ... nampak berbudi bahasa, bukan dengan perkataan kasar yang menyakit jiwa.

Tanpa kita tahu, mungkin entri blogger itu adalah lebih benar dari pendapat kita. Andai ada yang meragukan, bertanyalah cara baik, dan andai ada rujukan anda, berikan rujukan anda itu untuk dibuat bandingan. Ia juga sebagai satu sumber dan asas bagi menyokong pendapat anda.

Saling hormat bukannya susah mana pun ... tak perlu nak puji-puji lebih-lebih, cukup bermula dengan sebuah salam, dan diakhiri dengan kata-kata terima kasih, di sebalik isi komentar yang jitu dan bernas.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement