Kiamat | Ia Diramal Bakal Berlaku Pada Tahun 2012


As-Salam.
Sila beristigfar banyak-banyak ye rakan-rakan semua. Mempercayai akan ramalan kiamat adalah satu perbuatan berdosa (baca sini), jadi jangan sabitkan dosa tentang perkara yang sudah wajib percaya bagi umat Islam. Bila ia akan berlaku, bukanlah kerja manusia untuk mengkaji dan meramalkannya. Ia perkara ghaib yang tersimpan dalam selautan ilmu Allah s.w.t.

Dalam Islam, mempercayai akan datangnya hari kiamat adalah perkara wajib dan ia merupakan satu tuntutan dalam rukun Iman. Kita diharuskan untuk mengingati sesama sendiri mengenai datangnya hari kiamat, namun adalah berdosa dan salah untuk meramalkannya.

Ramal bermaksud, memberitahu dan menghebahkan bila kejadian kiamat akan berlaku secara spesifik, seperti menyatakan tarikh, atau tahun ia akan berlaku.

Kerana apa? Kerana takut nanti manusia akan berhenti untuk berusaha, berhenti menjalankan kegiatan harian, melupakan soal perjalanan hidup seorang manusia dan mungkin akan memporak perandakan dunia.

Namun, ia tidak menjadi salah buat umat Islam, agar sentiasa mengingati dan berpesan sesama sendiri akan kejadian ini. Ia boleh dijadikan sebagai satu motivasi untuk memperbaiki amalan akhirat dan menjadikan umat Islam agar lebih patuh kepada syarak dan hukum hakam yang ditentukan dalam Al Quran dan Sunnah.

Lagi satu, tujuan hidup sebagai seorang muslim, bukannya bersedia untuk hadapi kiamat itu dalam bentuk fizikal, tetapi lebih kepada rohaniah, di mana amalan baik yang perlu diutamakan.

Mohon kita semua agar sentiasa berada di jalan yang betul. Jangan sesekali terpesong dengan perkara-perkara yang boleh mengugat iman kita yang telah sedia nipis senipis kulit bawang ini.

2 comments.. read them below or add one

naim naim January 27, 2012
Sebab satu iklan sahaja, mereka sudah terpengaruh. Di manakah Penapisan filem?

haha.. lagha2..
BLADE EDGE BLADE EDGE January 28, 2012
xde sape yg tau bila kiamat tu dtg...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.