Friday, 20 January 2012

Gambar | Majlis Pernikahan Ally Iskandar Dengan Farah Lee

7 reaksi dan komen

As-Salam.
Akhirnya, Ally Iskandar telah selamat bernikah dengan Farah Lee. Majlis pernikahan Ally dan Farah dilangsungkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Tahniah, tahniah buat kedua-duanya. Moga berkat, moga ikatan terbina kukuh dan kekal hingga ke akhir hayat.

Farah Lee atau Nurfarahin Romli, seorang pelajar kejuruteraan dan juga blogger menerima tujuh dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Ally yang merupakan pengacara TV3 menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.


Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar - Farah Lee


Foto Kredit: BeautifulNara.com dan GUA.com

7 comments

20 January, 2012 11:21

alhamdulillah..terbina sudah another beautiful masjid :)

20 January, 2012 11:34

tahniah kepada ally...cantik sungguh isteri ally...

20 January, 2012 11:48

hantaran dia memang best larh..huhu..nanti nak macam tue gak la..hohoho..berangan jew Lya nie..ngee~

20 January, 2012 12:05

perghh!! hahaha..dasat tu hantaran sebuah rumah..

20 January, 2012 12:50

bagusnya bg rumah. mmg kegunaan sampai mati tu.

20 January, 2012 15:20

sama cantik sama padan....
like..like..like

24 January, 2012 12:32

best nye..nk cm nie gk...amin..

Post a Comment

HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya

 

Get this Jquery Popup widget