Dua jenis Santau - amalan sihir berdosa besar! Ianya ada, dan wujud dalam masyarakat kita. Santau, satu kaedah sihir yang banyak diamalkan dalam masyarakat Melayu. Ia telah wujud sejak sekian lama, asal usul santau tidak pula diketahui secara rasmi, namun ilmu sesat ini memang menjadi amalan bagi sesetengah orang.

Saya pernah buat beberapa entri mengenai santau sebelum ini (jika anda cari, mungkin tak jumpa - kerana ada yang telah dipadamkan). Dan kali ini saya nak kongsikan serba sedikit info am mengenai santau. Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis.
2 Jenis Santau - Amalan Sihir Berdosa Besar

Dua Jenis Santau - Amalan Sihir dan Ilmu Hitam Berdosa Besar

Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

(Santau yang disediakan dan diberi makan kepada orang tertentu secara hakikat.Hakikat disini bermaksud santau yang tidak disokong dengan penggunaan ilmu sihir yang melibatkan iblis dan syaitan. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan-bahan yang diadunkan.Mangsa santau jenis ini boleh menemui ajalnya bergantung kepada kekuatan bahan adunan itu.Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa).

Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

(Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu menggunakan hikmat.Istilah hikmat disini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan iblis dan syaitan.Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis.Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula).

Baca ini: Ayat Al Quran Ubati dan Hindari Santau dan Benteng Diri Sebelum Tidur

Sumber: Ruqyah Syar'iyah

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pak menakan teman sudah 9 tahun menderita terkena santau angin ni dan dia langsung tak boleh nak beribadat, berdiri dan tidur malam dia hanya boleh duduk mencangkung selama 4-5jam dan alhamdulillah dia sudah boleh buat mcm dulu balik tp masih lg belum sembuh..hanya Allah saja yang tahu apa yang terbit dalam hati dia.

    BalasPadam
  2. saya ada buku edaran ruqyah syariah ni. minggu lepas ustaz2 darul hikmah ada dtg sini utk promosi. ada jual ubat2, produk2 serta bukunya santau: bahaya dan penawarnya. ramai jugak pesakit dtg buat rawatan yg dipromosi selama 2 hari tu.

    BalasPadam
  3. Nak tanye ckit..
    Atuk sy seorang kristian dan boleh menyembuh mangsa santau.(terbukti).
    Yg sy nak tanya,boleh kah seseorang yg beragama islam yg terkena santau dtg berubat dgn atuk sy?setahu sy yg penah sy denga ayat2 mantera yg dgunakn atuk sy mase rawatn ialah ayat2 dari alquran,contohnya bismilah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement