Giveaway Best Malaysian Food

30 January 2012

Bagaimana Nak Bertemu Dengan Orang Bunian?

As-Salam.
Agak menarik bukan? Ada sesiapa simpan hajat untuk bertemu dengan orang bunian tak? Pernah tengok cerita Orang Minyak lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee? Dalam cerita itu, si bongkok jadi hensem sebab pertolongan orang bunian. Hmmm .... orang bunian .... adalah orang halus, mereka terdiri dari golongan jin. 

Dikatakan orang bunian punyai kuasa luar biasa dan mampu menyesatkan orang di dalam hutan dan di jalan. Orang bunian boleh berubah bentuk, namun ramai yang mengatakan, rupa sebenar orang bunian adalah sangat hodoh. Mereka berpakaian tetapi hanya dalam satu warna walaupun dalam pelbagai gaya.

Dalam sesetengah cakap-cakap orang tua, orang bunian suka bermain kompang pada malam Jumaat sekitar 2 pagi sehingga suboh.

Orang bunian berkerajaan, punyai ketua, pembesar, pahlawan dan rakyat jelata. Mereka punyai kampung dan kota, dan hidup dalam berkumpulan.

Cerita paling popular mengenai orang bunian adalah cerita yang bermula di Hulu Klang di mana penduduk kampung tempatan telah 'bergaduh' dengan orang bunian. Masalah timbul apabila pinggan mangkuk yang dipinjam oleh penduduk kampung tidak dipulangkan kembali.

Bagaimana Untuk Bertemu Dengan Orang Bunian?
Perlu disediakan 7 jenis makanan dan 7 jenis bunga. Dihidangkan bersama teh O, kopi O dan air suam pada malam selasa, ianya perlu disertai dengan bacaan tertentu. Malam selasa dikatakan dan dipercayai sebagai malam persahabatan antara orang halus (bunian) dengan orang kasar (manusia).

Untuk info, dijadikan mereka ini di dalam dunia mereka sendiri oleh Allah Taala. Dan janganlah kita mengacau dan ganggu gugat alam ghaib ini kerana ianya adalah urusan yang kita sebagai manusia tidak perlu masuk campur.

Sumber: Jurnal Kosmo!
Kongsilah
Hasrul Hassan

Hasrul Hassan

Blogger sepenuh masa yang menetap di Pulau Pinang menulis mengenai dunia blog, tips dan panduan blogging, informasi berfakta dan #VMY2014 di Malaysia. Bersedia menerima jemputan event, penulisan advertorial serta produk review.
Google | Twitter | Facebook | Instagram | Email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

8 komen:

  1. fuhhh,alam ghaib...takmo ler jumpa...semua yg ghaib itu adalah rahsia Allah...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya orang bunian ni asalnya drpd komuniti manusia biase gak tapi dah lupa mcm mana kisahnya kononnya mereka minta dighaibkab dari bumi sebab malu pasal ape entah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Ishh tak tahu pulak akan kisah camtu ..

      Delete
  3. saya rasa pernah tulis entri pasal cerita2 berkaitan org2 bunian ni di blog..

    ReplyDelete
  4. nape tiba2 kuar cite orang bunian ni tuan blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb dah terbaca artikel mengenainya di tabloid, dah dibaca dapat sedikit info, itu yg kongsi tu.

      Delete
  5. bunian bukan manusia..bunian spesis jin..namun dikalangan bunian ramai antaranya Islam..walaupun mereka baik tapi awas..jin tetap jin. mereka tidak suka pd manusia melainkan untuk menyesatkan manusia. Itu yang saya belajar semasa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Islam Darusyiffa milik Dato' Harun Din.Wallahualam...

    ReplyDelete
  6. kite orang kasar ye?? sian kan jadi orang kasar la.. dah macam buruh kasar.. hehehe...

    produser filem sekarang suke buat citer2 drama pasal orang bunian kan.. yang pasti semuanya makhluk Allah yang sma2 berkongsi dunia ngan kite... cuam jgn la mereka kacau kehidupan kite seharian untuk beribadat pada Yang Esa... kan???

    ReplyDelete
[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Terima kasih atas kerjasama.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di sini - Pengiklanan

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen


|Pakar SEO Blogspot|

Copyright @ 2014 HASRULHASSAN™. Originally by Templateism | for Terkini MH370 | Read Disclaimer

Ping your blog, website, or RSS feed for Free