As-Salam.
Ya, sudah bersediakah anda apabila pihak Google mengatakan bahawa sudah tiba masanya mereka mengenakan caj untuk berblog? Ya, anda perlu bayar untuk menggunakan platform blogspot.com untuk berblogging. Adakah anda sanggup?
Adakah anda bersedia mengeluarkan sedikit wang untuk membeli tapak blogspot anda, dan mengekalkan entri2 lama anda yang dah publish serta mendapat perhatian ramai?
Adakah anda sudah bersedia untuk kehilangan ramai followers anda dan pembaca apabila anda memikirkan anda tidak bersedia untuk membayar?
Persoalan-persoalan ini perlu dijawab, kerana mungkin apabila tiba masanya nanti (mungkin tidak), anda perlu bayar untuk semua perkhidmatan yang disediakan. Malah untuk meletakkan widget di dalam blog, anda perlu bayar .... sanggupkah?
Jika blog merupakan inspirasi, aspirasi dan anda punyai minat, hobi yang kuat, tentu sekali ia bukan satu persoalan berat, apatah lagi apabila anda sudah memulakan langkah awal dengan menempa diri dalam dunia blog dengan penggunaan domain name sendiri.
Fikirkan, sejauh mana anda ingin capai dalam dunia blog ini, terutama dalam dunia blogger Malaysia ....
Tentu untung Google bila mereka kenakan caj ehh ..... :)
*p.s: Jangan risau, Google tiada perancangan seperti diperkatakan.


















































