Pagi tadi, wife HH beritahu akan mimpinya ... lalu HH pun Google untuk mencari apa makna mimpi tersebut. Mimpi tentang apa .. hmm biarlah HH dan wife je yang tahu .. bukan apa, tak mahu timbul 'spekulasi'.
Berkata soal mimpi, HH nak kongsi sesuatu mengenainya. Bukan semua mimpi boleh ditafsirkan, dan mimpi pula merupakan salah satu bahagian dan cabang dalam ilmu alam ghaib. Bukan semua orang boleh memandai-mandai menafsir. Tambahan lagi, andai ia berkaitan dengan masa depan yang boleh membawa kepada tilikan yang diharamkan dalam agama Islam. Tafsir mimpi atau takbir mimpi merupakan satu ilmu yang bukan mudah untuk dipelajari, hanya orang2 yang dipilih oleh Allah Taala sahaja yang mendapat kelebihan ini.
Allah s.w.t mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal, terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic) kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang soleh supaya jangan ada tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada mengetahui urusan ghaib selain dari Allah s.w.t
Menurut satu kitab, mimpi itu adalah satu mainan tidur, dan dibayangi oleh syaitan apabila mimpi itu ketika diri kita dalam keadaan berikut ..... HH pun dah lupa tajuk kitab tu, lebih kurang begini apa yang ditulis:
3 Keadaan Mimpi Yang Tidak Boleh Ditafsir
- Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat.
- Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.
- Raja yang zalim atau menteri yang zalim.
Sebuah hadith ada meriwayatkan, yang begini maksudnya:
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya." (H.R al-Bukhari Dari Abi Sa'id)
Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.
Oleh kerana apabila dilakukan tafsir mimpi itu mempunyai banyak perkara yang boleh diperdebatkan, boleh dipesongkan, dan boleh membawa kepada telahan-telahan yang ntah apa-apa, maka dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi.
Dalam hadith tersebut, diberikan panduan mengenai mimpi iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah s.w.t dengan ucapan "Alhamdulillah" dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita.
Adab Selepas Bermimpi
Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
- Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
- Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
- Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
- Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)
Semoga entri ini memberikan panduan ringkas tentang mimpi .... insyaAllah. Share, LIKE atau +1 entri ini untuk manfaat bersama.