Giveaway Best Malaysian Food

02 August 2011

Kenapa Aku Terus Berblog Sejak 2008?

As-Salam.
Waduhh ... ramai gak sahabat-sahabat blogger saya ni yang dah kuarkan entri yang lebih kurang sama dengan entri sebelumnya - dengan kata kunci - tutup blog.

Saya ... dah tonggang terbalik dah. Saya pernah ada sampai 12 blog! Tak ke gila namanya, time tu saya sangat beriya nak dapatkan income dari blog, tapi bukan dari Nuffnang, Innity, Adverlets ataupun ManggaAds ... tetapi dari Adsense. Saya letak semua iklan2 adsense dalam blog saya ....hasilnya .... sehingga kini (2011) saya dah dapat USD13 ... sikit? Hmmm memang sikit, tapi saya dok teringat kata seorang sahabat saya, ianya sebenarnya satu cerita, cerita tentang kawannya yang juga buat adsense, letak di web page sendiri .... lama ditinggalkan tetapi Adsense tetap ada .. yang akhirnya setelah lebih 5 tahun ... dia dapat USD300 tanpa dia sedar pun, yang buat dia sedar adalah tetiba terima cek dari Adsense di satu hari.

Huh .. itu kesah yang itu. Kesah jana pendapatan dari berblog. Nak diceritakan lagi blogger yang dapat income dari berblog .. banyakkkkk ... memang banyakkk dan kebanyakkannya berikan alasan atau tips yang sama - teruskan minat berblog, dahulukan minat dan duit tu akan datang kemudian. 

Nuffnang saya, tak sampai lagi RM50 ... sejak dari 2009 saya letakkan iklannya dalam blog-blog saya, dari kena sepak Glitteri sehinggalah dapat balik status tu. Kejap saya letak, kejap saya buang. Kejap lepas tu saya letak balik ... hahaha.... mana nak dapat duitnya kan ... memain pulak gitu.

Tapi, mengapa blog saya dari dulu yang tak naik2 follower, yang tak tinggi ranking, dan tak pernah dapat ribu2 dari iklan masih wujud sampai sekarang? Fikirlah yer .... :)

Memang benda2 yang saya cakap tadi sedikit sebanyak bagi semangat untuk berblog. Sapa tak nak dapat follower ramai, jadi popular, dapat income ribu-ribu, PR perghhh mantap ... Alexa lak antara yang terbaik di Malaysia ... dan digelar otai ... dan guru oleh kebanyakkan blogger baru ... uhhh best tu ..kembang kuncup tentu cuma tak nampak je.

Namun, apa yang meneruskan saya dengan blog walaupun kejap berkepal entri, kejap lansung tak ada - tengok je contoh blog Lensa Hasrul saya tu ... dan tengok Galeri HasrulHassan saya ... semuanya tu boleh dikira sekali la dengan blog Bangku Kosong ni, tapi pencapaiannya .... hmmm .... jauh panggang dari api.
Kalau ikutkan, boleh dikatakan apa yang dihajati oleh blogger dalam blognya tak ada dalam senarai pencapaian blog-blog saya. 

Saya tetap dengan blog saya, tunggang langgang cam mana pun, blog saya tetap ada, dan jika saya ada idea, saya akan tulis entri. Pembaca ...insyaAllah ada. Jika tidak dibaca sekrang, esok lusa ..tahun depan, tahun akan datang pasti ada ... dan insyaAllah .. anak-anak saya nanti tentu akan baca...baca tentang kisah mereka, pengalaman bapak mereka, kisah hidup - susah senang dan segala tips buat mereka jadi seorang manusia. :)

Selamat Tinggal Ben Ashaari ...

Salam.
Gitulah adat dunia blog. Semalam saya klik2 la beberapa blog yang sebelum ini pernah join segmen-segmen saya, dan ada tu saya klik dari segmen2 lama ...lamaaaaaa .... dan bila klik .... terus dapat mesej blog not available ... aisehh ..dah tutup blog ke?

Kecewa tu ada la juga sikit sebabnya dah hilang seorang blogger yang sebelum ini memeriahkan dunia blog. Oh mungkin blogger tak hilang tetapi blognya yang dah lupus ... itu saya tak pasti.

Dan khabarnya ada lak yang beriya nak meninggalkan dunia blog, tapi .... hmmm nak ulas ke? tak perlulah kot, anda boleh baca sendiri ..meh baca luahan hati si empunya diri ... klik sini.

Setiap orang ada target masing-masing. Dulupun yang dirinya seperti saya, masih bertatih inginkan yang serupa juga. Bila dah capai apa yang dimahukan mestilah nak ada target baru. Ini semuanya strategi dalam berblog. 

Anda lompat dalam dunia blog terus nak dapat duit ... hmmm memang sukarlah sikit, sebabnya nak dapatkan RM50 sebulan lepas baru buat blog bukannya mudah bai. Itu kerja makan tahun punya.

Namun, tak siapa pun yang dapat andaikan sejauh mana sesuatu blog itu akan pergi. Saya sendiri tak tahu akan pengakhiran blog Bangku Kosong ini, adakah nanti akan berakhir macam  tadi .... blog not found!

#update: Tajuk ini ada dua makna, samada ia dituturkan oleh saya buat Ben Ashaari kerana dia tutup blog, atau ucapan saya untuk katakan pada Ben Ashaari, saya dah nak tutup blog. Dalam dua2 tajuk, ia tetap sama .... pengakhiran satu blog ..

Alamak, Bila Beli Kena Tambah Garam Sendiri

Salam.
Nak pergi pasar Ramadhan ke tak ehh? Hmm sebelum ni, tahun sudah saya pergi dengan bawa kamera ... huhuhuhu... tapi tahun ni tak leh la ... susah sikit daa .. :) Tengok la budak nama Zikri ni ... adehhh ...

 
 Siap pakat ngan adik kecik dia tu ..


Hmm bila membeli di bazaar Ramadhan ni, satu je harus nak diingat, beli dengan muka yang biasa menjual ...hehee..kalau nampak muka fresh je tu, saya leh cakap, pasti citarasa anda tak sama punya. Saya dah banyak kali dah terkena camni. Ingat nak bantu mereka yang baru nak berniaga, tapi bila makanan yang dijual kita sendiri kena letak garam, susah la skit bai.

Bukan sekali dua berlaku pada saya dan keluarga. Dan saya dah cuba dah beli kat mereka yang memang jual lauk pauk di hari biasa, dari kedai mereka, dan ok je ... mungkin kepakaran dan pengalaman lama dah biasakan dengan sukatan yang perlu.

Buat peniaga, harap dapatlah berbuat sesuatu agar kami rasa berbaloi membelinya ... jangan marahhh arr .. 

[Gambar] Ramadhan di Pakistan


Salam.
Memeriahkan Ramadhan, saya sajikan gambar-gambar suasana bulan puasa di seluruh dunia. Masa inilah semua umat Islam seluruh dunia, apa jua bangsa, apa jua pangkat, apa jua taraf ekonomi ... umat Islam menjalankan ibadah yang sama .... hebat bukan? Dalam satu bulan, semua umat Islam melakukan perkara yang sama!

 

[Gambar] Ramadhan di Arab Saudi

Salam.
Mari lihat kemeriahan Ramadhan yang diungkap melalui lensa kamera di Arab Saudi. Seronoknya Ramadhan kerana ia bulan khas buat kita sebagai hamba kepada Yang Maha Esa.

 
 
 


Blog Jejari Runcing | Kalah Mataku Berkedip ...

As-Salam.
Wife saya pun nganga .. saya? Saya tak sempat berkedip, tracking pageviews blog Jejari Runcing dah berdetik lebih dari 10! Perghhh ... dah capai 4 juta pageviews sejak hangat beberapa bulan dahulu. Dan nampaknya ia semakin hangat dan panas.

Beginilah bila diri kita menjadi perhatian ramai orang. Semua mata dok pandang, semua telinga dok mendengar. Mesti nak mencari dan mengorek segala rahsia, nak tahu apa yang berlaku. Jika dulu, cuma blog biasa sahaja, tetapi .... kababommm meletup gitu.

Dan blog saya pun terkena juga tempiasnya sedikit. Tapi memang tak leh lawan dengan empunya diri.

Itulah, bukan salah diri pun kerana tetiba meletup dalam dunia sukan dan hiburan, apatah lagi dalam dunia blog. Ianya tak diduga pun, yang menjalankan tugas pun adalah blogger gak. Blogger juga yang memperbesarkan berita dan cerita, walhal sebagai seorang manusia biasa, ia sesuatu lumrah hidup yang perlu dihadapi walaupun diri tak sempat nak persiapkan perisai.

Apapun, seperti yang selalu saya katakan, dan ramai orang lain telah katakan .... hidup ini memang tak dapat diduga apa yang bakal berlaku. Hanya kita sebagai manusia kena sentiasa waspada untuk sedia menghadapi. Ia memang tak mudah, tetapi harus diingat, ini merupakan satu ujian untuk melihat dan menilai diri kita kembali.

Masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Mana yang baik, dijadikan sebagai pedoman, mana yang buruk dijadikan benteng perubahan. 

Sabar dan berdoa.

*p.s: Teringat bait lagi-lagu ini "sekelip mata kau berubahhh ...."

01 August 2011

Bahana Manisan - Bandar Musnah Kerana Ombak Sirap


Salam.
Mungkin tak ramai yang tahu, yang suatu pada dahulu pada 15 Januari 1919 seluruh bandar Massachusetts dan Boston di Amerika Syarikat telah dilanda banjir manisan. Kejadian itu berlaku apabila tangki setinggi 16 meter yang memuatkan 9.5 juta liter manisan pekat pecah. Tangki tersebut kepunyaan Purity Distilling Company Ia menyebabkan 21 orang terbunuh dan 150 orang cedera serta melumpuhkan seluruh sistem bandar tersebut. 


Kemaafan Menjelang Ramadhan

Salam.
Seronok dapat berkumpul dengan sanak sedara, gitulah keadaannya di waktu2 nak bermula puasa. Adik beradik, sanak sedara akan berkumpul untuk bertemu sebelum puasa bermula, sebagai persediaan untuk mendapat lebih keberkatan. Perjumpaan macam ini untuk meleraikan segala rasa hati, andai ada salah dan silap, masa inilah yang terbaik untuk kosong-kosong, supaya nanti masuk je Ramadhan akan putih bersih diharapkan. Tak ada rasa dengki khianat, tak ada rasa bersalah sesama sendiri.

Soal kemaafan bukan soal remeh, ia sebenarnya satu proses berterusan yang perlu dilakukan secara istiqamah. Kita tak tahu bila masa kita akan dijemput untuk berada di alam lain. Kita tak tahu bila masa kita akan bertemu dengan Maha Pencipta. Maklum tahu, dosa antara sesama manusia, hanya dapat dimaafkan sesama manusia. Dan kemudian, barulah memohon keredhaan Tuhan untuk menerima rasa kemaafan kita.

Kita bukanlah manusia maksum. Kita bukanlah insan yang serba sempurna secara zahirnya, ada kelemahan yang tak kita jangka dan ketahui. Sehebat mana manusia, mesti ada khilafnya dalam kehidupan.

Kehadiran Ramadhan, pastinya memberikan kesempatan buat semua terutama umat Islam untuk perbaiki diri, di sebalik menerima segala kebaikan dan keberkatan yang terkandung di dalam bulan yang mulia.

Ingat, kita mahukan persaudaraan yang tulen, persaudaraan yang bersih tanpa perlu ada titik hitam di antara kedua. Moga sama-sama kita menjadi insan yang terbaik, jika tidak untuk orang lain, jadilah untuk diri sendiri.

Dan bagi diri saya untuk semua pembaca, maaf andai ada salah dan silap.

29 July 2011

Paparkan Feedcount RSS Pada Blog

As-Salam.
Ini merupakan kesinambungan dari entri ini: Guna Feedburner Untuk RSS Blog

Sekarang agak-agak dah ada pemahaman skit pasal Rich Site Summary (RSS), leh la saya terus kepada menjawab persoalan seorang blogger ini, tentang bagaimana nak buat macam saya buat kat bahagian tepi blog ini, yang ada tulis 2222 readers by feedburner (angka ketika entri ini ditulis) tu.

Apa yang perlu dibuat adalah anda perlulah ada akaun feedburner. Boleh login ke sini: Feedburner. Bagi pengguna akaun Google/Blogspot, ia akan automatik login menggunakan id dan kata laluan yang sama, mungkin lain jika dan hanya jika anda gunakan id selain Google (tak pasti samada boleh lagi atau tidak, dulu boleh guna akaun Yahoo).

Dan anda akan terus ke page seperti ini:


Jika first time guna, tak adalah senarai 'Feed Title' tu ... jadi jika belum ada feed untuk blog anda, masukkan alamat atau url blog anda kat ruangan yang disediakan tu ... 'Burn a feed right instant ....' tu .... nanti skip je yang lain .. dia akan berikan alamat feed anda, anda boleh samada kekalkan apa yang diberi atau ubah ikut citarasa anda sendiri.

Bila dah siap ... anda akan ke page macam ini:


Antara Blog Pertama Saya Pada Tahun 2008

As-Salam.
Saya pernah kata, dan saya acapkali sebutkan bahawa saya dah mula berblog sejak 2008. Dan ada orang macam tak caya jer .... hehehe... tak apalah, memang la gitu ..mana nak tahu, sebab saya tak menonjolkan diri macam blogger lain, cuma sekarang je dok terkinja-kinja nak pamer diri dalam dunia blog. :P

Ini merupakan salah satu blog yang saya buat pada tahun 2008. Tujuan saya buat blog ini, adalah untuk menyajikan segala pengetahuan mengenai bulan Ramadhan. Semua entri adalah entri copy-paste. Masa tu tak ada isu pun soal copy paste, soal curik artikel ke apa ke ... tapi itu dulu. Saya masih kekalkan reka bentuk dan layout yang sama. Tak ada ubahan banyak ....

ruangramadhan - blog saya mengenai bulan penuh berkah ... dulu - 2008!

Dan kebanyakkan entri2 saya refer pada akhbar, dan juga beberapa laman web antarabangsa sebab pada masa itu agak sukar nak cari laman web dari Malaysia. Laman web ..bukan blog!

Laman web yang dari Malaysia saya rujuk adalah ILUVISLAM .... dan beberapa laman web dari kalangan pendakwah bebas.
Jika nampak ada tarikh tahun berubah2 tu adalah sebab saya repost/republish entri2 tahun 2008 tu untuk digunakan pada tahun 2009 dan 2010. Kerana isinya sama .. inilah saya katakan blog niche, tak ada carca merba ..semua adalah berkaitan Ramadhan.

Oleh kerana sibuk dan oleh kerana ada masalah untuk sanadkan hadis yang ada, saya tak buat dah entri baru. Saya biarkan je dalam dunia maya ni, dan nampaknya entri berbahasa inggeris saya dalam tu yang selalu menjana trafik ... :) trafik dari 2008 tak sampai pun 500!

Jadi, inilah rupa blog saya di awal-awal saya berblog dulu. So leh agak la dengan blog-blog saya yang lain. :)

28 July 2011

Bahaya Menggunakan Adf.ly Sebagai Pemendekan URL

As-Salam. Tadi adalah seorang blogger meninggalkan komen, dan dia meninggalkan satu link dalam ruangan komen tu. Dan malangnya apabila saya klik, ini berlaku:


Dan ia juga telah masuk ke dalam kotak komen spam. Bahaya. Memang bahaya. Bahaya buat blog saya, dan bahaya juga pada mereka yang menggunakan link Adf.ly ini. Jika berterusan buat begini, tak mustahil nanti, blog saya mahupun blog empunya memberi link ini akan ditag atau dilabel sebagai blog spam atau yang memeriahkan dunia spamming ini.

Seperti yang kita tahu, pihak Google sangat ambil berat dan memandang serius perkara atau isu spamming ini. Jadi, kalau boleh sebelum menjadi apa-apa yang tidak diingini, harap gunakan cara lain untuk pemendekan url anda.

Tujuan anda memang baik, tetapi jika silap memilih aplikasi dek semata kerana tarikan menjana duit hasil perkongsian trafik yang disediakan oleh Adf.ly, kelak nanti yang akan rugi adalah diri sendiri.
Oleh kerana itu, saya tak publish komen berkenaan, bukan apa, nanti orang lain akan cap anda sebagai pengomen yang berikan link spam. Harapnya nanti guna pemendekkan yang lain, ada banyak yang bagus sepertinya yang disediakan oleh Google sendiri. Ya, Google dapat memastikan spam tidak berlaku, mereka sebagai warga bertanggungjawab memberikan pilihan kepada kita untuk elak kita terjebak ke kancah ini.

Harap buat semua, terutama blogger, berhati-hati.

Guna Feedburner Google Untuk RSS Blog

As-Salam. Ini merupakan satu posting atas permintaan seorang blogger, jadi tak mahu dia makan sorang, so saya jadikan permintaan itu sebagai satu entri untuk semua. Oleh itu, kena faham dulu apa itu RSS ... :) .. nanti belajar sekerat2 ni .. tak syok pulak.

Pada asalnya, Feedburner merupakan satu aplikasi awam yang khas untuk ping entri anda ke seluruh enjin carian secara automatik. Kemudian, Feedburner telah diambil alih oleh Google kerana mereka nampak kesannya pada blog - setelah ambil alih blogspot.com pada tahun 2007/2008.

Guna Feedburner Google Untuk RSS Blog

Apa Itu RSS?

RSS ialah singkatan untuk Rich Site Summary. Ia banyak digunakan oleh kebanyakan laman web terutama laman web berita untuk memudahkan maklumat terkini dilaporkan ke seluruh dunia melalui internet. Ia mudah, simple dan paling pantas dicapai.

Bagaimana Rupa RSS Ini?

Ini merupakan contoh blog ini dalam bentuk RSS yang menggunakan Feedburner. Anda boleh tengok versi baru di sini - RSS OHBlogger


Nampak tak? Ia simple je, apa yang ditulis pun pendek je, gambo tak ada tapi boleh letak atau diletakkan kalau nak, berdasarkan setting dalam feedburner. Ia boleh dibaca secara ringkas macam dalam handphone, tetapi lebih kepada tajuk sahaja.

Kebaikan Guna RSS

Ia digunakan secara meluas oleh mereka yang mahukan kecepatan sesuatu berita itu disampaikan. Lebih-lebih lagi oleh mereka yang memang menggunakan internet untuk mencari bahan penerbitan dan sebagainya. Anda boleh lihat RSS ini digunakan di Yahoo News dan laman-laman berita yang lain di mana ia ambil RSS dari laman web lain sebagai paparan di halaman utamanya.

Bagaimana Menggunakan RSS Ini?

RSS ini dibaca menggunakan platform bacaan RSS tersendiri. Feed Read atau News Aggregator merupakan perisian yang memuatkan RSS untuk dibaca. Setiap perkakasan yang ada hubungan atau capaian internet mempunyai software ini. Contoh software Feed Read ini adalah Amphetadesk, FeadReader, NewsGator dan bermacam lagi. My Yahoo, Bloglines, dan Google Reader adalah merupakan aplikasi online yang menggunakan RSS ini.

Uhh panjang sangat ni....  nanti saya sambung, biar pembaca faham apa itu RSS dulu .. kejap2 nanti, saya sambung dengan cara nak guna RSS ini dalam blog anda.

Jika nak cepat sangat, leh terus terjun ke sini: Feedburner

Telefon Baru Untuk Emak

Salam.
Sempena hari lahir mak saya 14 Julai baru ni, saya nak hadiahkan sebuah telefon bimbit. Mulanya nak bagi kain sulam dari Indonesia tu (bisnes saya ni), tapi tengok2 mak saya dah bayar pada wife saya, so kira cancel ler.

Actually, sebelum ni lagi saya pernah kata kat mak saya nak gantikan handphone yang dia pakai, hmm jenama apa ehh .. saya pun dah lupa. Handphone lama saya, saya dok kasik kat mak saya, udah nak jahanam dah. Sound pun dah tak clear, skrin depan pun dah tak rupa skrin, so saya nak berikan yang ini pada mak saya.

Nokia C1-01

Telefon bimbit murah2 je, Nokia C1-01. Mak saya pernah cakap kat saya, dia nak telefon Nokia ...uhh demand tu. :)

Mak saya nak guna handphone pun time emergency je, bukan selalu pun. SMS tak reti lagi nak guna, cuma call orang ...lebih2 lagi anak-anak dia yang ada 2 orang je ni. Dan nak telefon cucu, tengok gambar cucu dalam handphone.

Maaf, Saya Terpaksa Menipu !!

As-Salam.
Bahaya bila berdepan dengan orang seperti ini. Saya pun tak terkecuali, pernah juga menipu, dan saya sedar, menipu ini tak beri lansung faedah. Heh ..saya bukan nak buat entri membuka pekong di dada, walaupun tatkala ini saya tak pakai baju .... hahahaa... dah memang nampak dada ..opsss ... chesssss .....

Ada sorang tu, ntah dari mana, telefon saya ....

"Encik, saya dari syarikat XXX nak perkenalkan satu skim perlindungan keluarga ni. Encik terpilih kerana encik merupakan pelanggan setia dari bank XXXX"

dan sambungnya lagi ...

"Ini merupakan satu keistimewaan kerana diberikan hanya kepada pelanggan tertentu sahaja encik .. dan encik telah terpilih untuk menerima keistimewaan ini"

Dan sebelum apa2, dari membiarkan si penelefon membuang duit syarikat untuk bayar bil menelefon saya, saya pun berkata;

"Terima kasih sebab telefon saya, tetapi saya dah decide tak mahu lagi jadi pelanggan dari bank XXX ni, saya dah tak bekerja, lagipun saya dah ada pelan insurans saya sendiri"

Dan ya, sejurus lepas tu, dia letak telefon. Apa yang saya tipu? Hmmm saya masih lagi pelanggan bank tu ler .. sebb tak abis bayor kad kredit lagi ... adehhh...

Maaf kepada yang telefon tu sebb saya terpaksa berbuat begitu. Kalau dilayan lagi dan lagi, nanti rugi lak syarikat sebb bil telefon tinggi tapi hasilnya tak ada, jadi baik la hentikan perbualan dari buat anda nanti lebih kecewa.

Tapi itu satu perbualan dari sessi yang langsung tak kenal antara satu sama lain. Hanya dengar suara dari corong telefon. Bagaimana pula jika kita berhadapan dengan si penipu besar. Wahhh ini lagi dasat, hmm ... anda pernah ada pengalaman kena tipu? Saya dulu pernahla kena, biasalah .... nak hidup senang dalam masa singkat ...kena tipu la jawabnya.

Tapi yang ini kes lain, meh baca di sini: Bila Penipu Dipuji Melambung!

Pencapaian Peribadi Blog Bangku Kosong - 300K Pageviews

Salam.
Alhamdulillah, Bangku Kosong ini telah berjaya mencapai satu rekod - iaitu mencapai 300K pageviews, sejak ia diperkenalkan dalam dunia blog secara aktif pada pertengahan tahun lepas (2010). Ia juga dah berjaya cecah lebih 2K 'pembaca' RSS.


Walaupun secara benarnya, ia bukanlah satu rekod yang patut dibanggakan kerana blog hasrulhassan.blogspot.com (dulunya) telah wujud sejak 2009, dan saya sebagai seorang blogger sejak 2008 lagi. 

Namun, ia tetap menjadi bukti bahawa dengan kesungguhan dan kerja keras, satu kejayaan itu pasti boleh dicapai.

Sejak beberapa bulan dahulu, saya berusaha dengan apa yang saya tahu, dengan segala panduan dan ilmu yang saya dapat untuk berada di tahap ini. Bukan satu kerja mudah, dan bukan jalan yang singkat. Banyak masa saya telah dikorbankan.

Akhirnya juga, ini semua adalah kerana anda yang terus-terusan support, dan sering berkunjung ke blog ini. Terima kasih saya ucapkan.

Ada sahabat saya - memang newbie, 200K dalam masa 3 bulan! Hebat kan? Baca sini: Newbie Hebat 200K Pageviews Kurang 3 Bulan!

*p.s: Target 1 juta pageviews menjelang akhir tahun ini. Realistik?

27 July 2011

New York - Dulu, Kini Dan Akan Datang

Salam.
Dunia memang cepat alami perubahan. Mana yang runtuh dibangunkan, mana yang kosong dipenuhkan, mana yang lama telah dibaharukan. Begitulah adanya dengan kota metropolitan, New York.

Sejak tragedi 9/11, New York telah mula menukarkan landskap kotarayanya. Bermula tahun 1930an, kota hebat ini mula menonjolkan diri dengan membina bangunan pencakar langit yang hebat, dan diantaranya masih merupakan antara 10 paling tinggi di dunia!

Ia juga merupakan antara kotaraya pesisir pantai/pelabuhan yang paling padat di dunia, dengan percambahan penduduk dan penempatan antara paling pesat di dunia. Penduduk di kotaraya ini sahaja dah boleh menyamai dengan jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia.


Lihat transformasi yang sedang dan akan dilakukan oleh kotaraya metropolitan ini, dari satu jembatan, dah ada dua, dari yang runtuh dah ada yang akan membangun.

Sumber: MultiCrome

Wordless Wednesday #WW - Warisan Budaya Melayu: Serunai

Di Dalam Dilemma

Salam.
Sapa dok bercinta tu? Ehmmm ... saya tahu, pasti ada pembaca blog ini yang sedang bercinta dan sedang berduka sebab baru putus cinta. Cinta, biasalah .... takkan teguh kukuh kalau tidak diduga. Cinta, biasalah ada pasang surut rasa. Cinta manusia, biasalah bukan boleh dipercayai semua.

Meh layan lirik lagu ni .... sapa tahu ini lagu apa? Weee .... sapa jawab betul, saya kasik kenyit mata 2 kali .. hehehee...

Jika sekali dua kau permainkan kata
Mungkin ku takkan mengendah
Mungkin bisa ku pejamkan mata
Tapi kini terjadi 'tuk kali ketiga
Haruskah ku terus bersabar
Walau timbul rasa curiga

Luangkanlah sedikit masamu
Tak ingin lagi terkurung dalam belenggu
Masanya 'tuk berbicara
Secara seriosa kita
Selesaikan segala sengketa

Ku terpinga... tertanya... di dalam dilemma mu
Ku terpinga... tertanya... di dalam dilemma mu

Updated: 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Salam.
Saya nak update mengenai segmen berterusan oleh Denaihati.com iaitu 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011. Sebelum ini saya pernah post entri yang sama pada 29/3/2011 iaitu sehari selepas projek ini dimulai, turut sama menjadi pioneer projek DenaiHati.com adalah blogger-blogger terkenal seperti Kujie2.com, Affanruslan.com, Ariffshah.com, Yanmieonline.com dan beberapa lagi ....

Entri saya sebelumnya:

Dan kini saya nak update balik ...

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
  1. Ben Ashaari
  2. Bicara Mak Dara
  3. BeautifulNara
  4. RedMummy
  5. Kujie2

Dan untuk anda yang ingin mengetahui senarai blog terkini yang sering dikunjungi oleh para blogger Malaysia dan Indonesia setakat ini, anda boleh lihat entri ini: 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 - Updated (26 Julai 2011)

Anda juga boleh bersama projek ini dengan membuat entri seperti saya dan tinggalkan entri anda di blog DenaiHati.com 

Terima kasih.

*p.s: Blog saya pun turut tersenarai dalam 5 blog Paling Kerap Dilawati ... :) terima kasih kepada mereka yang meletakkan blog saya ehhh ..link

Wordless Wednesday #WW - My Pinky Girl's Playground Adventure



Wordless Wednesday #WW - Eating King of Fruits

Wordless Wednesday #WW - Ray Ban

Mengapa Blog Anda Kena 'Delete' Oleh Blogspot?

As-Salam.
Saya tertarik dengan satu isu yang diketengahkan oleh rakan blogger yang memang terkenal, iaitu Ben Ashaari. Dan daripada entri di blognya iaitu di sini, dah ada dah menunjukkan bagaimana sesuatu blog itu boleh kena deleted.

Sebenarnya, saya sendiri dah punyai pengalaman blog kena deleted pada tahun 2008. Pada ketika itu, saya sangat aktif dalam affiliate blogging di mana saya menggunakan pendekatan meletakkan iklan sahaja termasuklah adsense di dalam blog saya. Ketika itu, tiada iklan lagi dari Nuffnang, Innity dan sebagainya.

Saya cuba masuk (login) dan ada dinyatakan bahawa blog saya telah dilaporkan sebagai abuse dan tag sebagai sebuah blog spamm. Dan ianya berlaku kepada 2 blog saya ketika itu. Satu pengalaman yang cukup bermakna.

Ada dua perbezaan antara blog yang kena delete dengan blog yang didelete. :) sila lihat contoh ini:

Blog Kena Delete Oleh Blogspot (Blogger)
Bila anda taip url blog tersebut, dia akan keluar begini di skrin anda:


Ini menunjukkan bahawa blog anda didelete oleh pihak Google(blogspot/blogger) kerana didapati spam atau dikategorikan sebagai sebuah blog spam.

Blog Yang Telah Ditutup Oleh Tuan Punya Blog
Blog ini bukan disebabkan blogspot menutup blog tersebut tetapi tuan punya yang tutup blog tu, mungkin atas sebab-sebab tertentu, dan ada dalam beberapa kes, sedang berada dalam review oleh pihak blogspot/blogger.


Untuk pengetahuan, blog saya yang tak boleh diakses itu, sebelumnya telah diberikan satu amaran menerusi email oleh pihak Google, di mana mereka akan menyatakan bahawa blog anda telah ditag atau dilaporkan sebagai blog spam menerusi dua cara:

  1. Robot Blogspot/Blogger atau Robot Enjin Carian Google.
  2. Ditag atau dilaporkan 'Abuse' oleh pengguna blogspot/blogger yang lain.

Melalui dua cara ini, blog anda berkemungkinan berhadapan dengan masalah kena delete. Namun, apabila anda telah diberitahu bahawa blog anda telah dikatakan spam atau abuse, anda akan diberikan tempoh masa untuk permohonan penarikan status tersebut dengan menyatakan sebab kenapa dan mengapa, dan pada masa yang sama, akan diminta membuat beberapa perkara untuk menunjukkan bahawa blog anda bukan spam/abuse blog.

Jadi, jangan risau apabila blog anda kena berhadapan situasi begini, kerana ada jalan penyelesaian yang disediakan oleh pihak blogger/blogspot nanti.

Jadi, apakah ciri-ciri blog itu dikatakan sebagai satu blog spam?
Paling biasa berlaku adalah dalam ruangan komen, di mana pengomen meninggalkan link di dalam ruangan komen, dan link tersebut merupakan satu link spam atau dilaporkan sebagai berbahaya. Jika tidak delete, maka blog anda akan berhadapan dengan masalah kena delete.

Berikut adalah ciri-ciri link yang boleh menyebabkan blog anda ditag sebagai blog spam menerusi komen atau menerusi entri-entri di blog anda dan juga bloglist:

  • Blog anda atau link yang ditinggalkan mempromosi GPT / PTC / PTS / PTW, dan yang seumpamanya -  teknik jana wang cepat dan mudah;
  • Anda menghabiskan masa anda menulis kandungan bersindiket ataupun kandungan sama walaupun url blog anda berbeza, atau menggalakkan aktiviti sedemikian;
  • Blog anda menggunakan teknik untuk menjana trafik secara buatan - seperti contoh iFrame.
  • Blog anda menggunakan kandungan yang dicuri (tanpa sumber dinyatakan), atau bersindiket ;
  • Blog anda adalah sebahagian daripada ladang pautan atau "affiliate" rangkaian pemasaran, dengan pautan dari dan ke blog lain , yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ini; 

Adakah masalah ini sedang diatasi?
Seperti biasa, untuk mengelakkan blog anda dianiaya, ruangan komen di blog anda dilengkapi oleh mekanisma spam detection, di mana ia akan selidik komen tersebut terlebih dahulu, seandainya ada link url diberikan, ia akan semak samada ia merupakan satu link yang bercirikan dinyatakan di atas atau tidak, lalu ia akan terpapar di ruangan spam comment di dashboard blog anda.

Dan seperti saya katakan tadi, pihak blogger/blogspot selalunya akan memberitahu bahawa blog anda tak boleh diakses kerana dikatakan spam, dan akan meminta anda untuk lakukan sesuatu untuk mengembalikan blog anda. Blog anda akan direview mungkin sampai 2-3 kali sebelum dibolehkan ia kembali ke asal.

Ok. Harap ada yang faham. Ini merupakan catatan berdasarkan pengalaman saya dengan situasi ini. Mungkin ia berbeza dengan orang lain yang mengalami masalah yang serupa.


*p.s: Oleh sebab itulah saya ada dua akaun dengan Google .. :)

26 July 2011

[Gambar] Pulau-Pulau Cantik Yang Ada Kat Bumi

Salam.
Bumi ini masih lagi cantik walaupun banyak terdapat tempat yang dah penuh dengan batu batan dan bangunan tinggi. Masih banyak lagi tempat yang belum diusik sepenuhnya oleh tangan-tangan rakus. Meh layan mata dengan gambar-gambar pulau cantik ini ... :)

Long Island, USA

New Zealand

Pulau Aquilla

Follower di Bangku Kosong: Jejak Blogger #9

Salam.
Kali ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada follower blog Bangku Kosong yang ini pula, terima kasih kerana sudi menjadi follower ... lepas ni leh la selalu lepak di sini ehh .. uhh ... malam tadi dok usyar2 entri dalam blog-blog ni ... hmmm .... yang sorang tu nampaknya memang anak murid si Ben Ashaari .... ye ke?

http://www.lailyqaisyirah.com/

http://sufiskylass.blogspot.com/

http://irabashir.blogspot.com/

Lepas ni sapa pulak ehh? Hmm ... insyaAllah, lebih banyak dan lebih ramai blogger yang baru akan saya tampilkan dalam blog ini.

Bina Kekuatan Otot Anak Dengan Aktiviti Panjat-Panjat

Salam.
Sesetengah ibu bapa mungkin tak berapa suka akan aktiviti cam ni, sebab risau anak-anak akan terjatuh dan tercedera. Namun, sesekali sebagai ibu bapa kita kenalah berikan sedikit kepercayaan kepada anak-anak untuk berdikari dan belajar sendiri.

Pembelajaran dari apa yang mereka suka lebih mudah buat mereka dari memaksa mereka menyukai apa yang mereka tak berapa suka.

Aspek penting dalam tumbuhbesaran anak-anak ialah pembentukan otot-otot mereka. Anak-anak mesti berkembang dengan baik, baik mental mahupun fizikal. Pandai sahaja tetapi badan kurang cergas pun tak boleh juga kan ...

Sesekali bawalah anak anda bermain mainan di taman permainan, dan kalau boleh biar yang mencabar sikit kekuatan mereka. Mulanya tu, mereka memang agak tak berani, tetapi cuba anda berada jauh sedikit dari kedudukan mereka bermain. Pasti lebih ligat dari apa yang anda sangka pada awalnya!



Jangan Sampai Tertipu Dan Terpedaya

Dunia Siber Penuh Dengan Tipu Daya Manusia Bertopeng. Foto: KOSMO
As-Salam.
Kerja mereka memang camtu, buat selagi daya, selagi boleh. Mereka berpegang kepada prinsip air dan batu. Batu akan lekuk juga apabila terkena titisan air hari2 ...begitulah amalan yang mereka lakukan.

Bijak mereka ini, dan mereka sangat cekal dalam menjalankan kegiatan mereka. Mereka ada di mana-mana, dalam blog, dalam facebook, dalam email malah dalam telefon bimbit kita.

Saya sering menerima sms yang berbaur lucah dari ntah punya mana punya nombor, wife saya pun pernah beberapa kali menerima sms yang serupa. Dan pernah sekali, kerana geram, saya hantar mesej balas yang mengatakan saya dah laporkan kepada SKMM. Senyap la sekejap dalam seminggu dua... lepas tu ... ada balik saya terima sms yang cenggitu. Adehh... berazam benar mereka ni.

Begitu juga dengan email. Perghhh .... memang tak larat nak tekan delete. Ada satu akaun saya tu, sekali saya buka .. ada 800 emails ...mak bapakkk giler banyak ... bila klik satu2 ...bukan email yang benar2 email pun, semua bercampur baur. Ada program money game la, ada program cepat kayalah, ada tu suruh verify akaun, tak lepas dengan guna Maybank,dia guna nama CIMB ... adehh yang nyata, saya tak gunakan pun email tu, hanya sekadar bakup kalau akaun email saya yang lain tak leh akses.

Tapi, bukan semua yang cukup kebal dengan pujuk rayu siber ni. Ramai juga yang terpedaya. Dah banyak kes dah, tak perlu saya nak huraikan. Bukannya tak tahu, dah sedia maklum pun .. tapi ntah .. mungkin kerana tamak kot, dan mungkin ada sebab2 lain yang mendorong mereka ini buta mata, buta hati menurut sahaja kata si penipu.

Moga kita, sentiasa berwaspada selalu. Malang tak berbau. Hari ini kata boleh, sebab belum kena, esok lusa .. tak sapa yang tahu. Jangan main2 dengan pujuk rayu .....banyak dah yang layu walaupun asalnya keras kematu!

Follower di Bangku Kosong: Jejak Blogger #8

Salam.
Ini tiada kaitan dengan apa2 segmen, ianya adalah satu pemilihan rawak untuk menghargai blogger-blogger dan blog mereka; yang dalam diam membaca blog saya ini. Terima kasih saya ucapkan. Dan buat pembaca atau blogger lain, bolehlah anda kenal dengan mereka, tak perlu nak tunggu segmen, atau giveaway mahupun sebarang contest untuk blogwalking dan terjah blog-blog yang ada di persada blogging tanahair.



http://smalamariinimasadepan.blogspot.com/


http://ntira-mirmo.blogspot.com/


http://simatapanda.blogspot.com/


Ehemm .. kepada yang sudi, leh la join kelab sahabat blog ini ehh .. yang leh diakses menerusi Facebook. Tu nampak badge tu dah ada tu, klik je weihh .. dan LIKE. Mekasih yer.

[Gambar] Cantiknya Payung

Salam.
Dulu payung takat guna kertas je, ada corak2, diperbuat daripada buluh dan rotan. Saya pasti di zaman sekarang, ramai anak muda tak tahu pun akan kewujudan payung tersebut. Dan nak nampak pun dah semakin susah. Kalau ada pun, hanya terdapat di tanah perkuburan.

Payung amat popular dahulu sebagai salah satu dari aksesori wanita, macam beg tangan, gelang dan rantai. Ia sangat popular di kalangan golongan bangsawan di Eropah. Malah, budaya itu juga dibawakan ke Tanah Melayu semasa zaman pemerintahan British.

Penggunaan sebagai satu aksesori buat wanita tampil bergaya banyak digunakan di negeri-negeri selat pada ketika itu. Jadi tidak hairanlah budaya ini telah menjadi satu budaya terkait dalam masyarakat Baba dan Nyonya di Tanah Melayu. Pada ketika itu, corak dan kecantikan payung itu terletak pada hiasan luarannya yang diperbuat dari kain lace. Ia berbunga-bunga dan ada sulaman tersendiri.



Kini, penggunaan payung lebih praktikal. Walaupun begitu, fesyen tetap mempengaruhi bagaimana payung itu direka dan dihias supaya tampil menarik.



Malaysia Telah Wujud Sejak 1826

As-Salam. Mungkin ramai yang tak tahu akan fakta ini, namun, ia bukanlah satu perkara yang disorokkan atau disembunyikan dari pengetahuan ramai. Malah, ia tercatat dalam Wikipedia.


Perkataan Malaysia telah wujud sejak dari 1826, dicipta oleh seorang jurupandu berbangsa Peranchis Jules Dumont d'Urville, semasa satu ekspedisi di Oceania. Ia sebenarnya merupakan gabungan dua perkataan - Micronesia dan Melanesia, yang membezakannya dengan budaya lain yang telah ujud di lautan Pasifik - iaitu Polynesia.

Pada tahun 1831, lelaki Peranchis ini telah mengemukakan cadangan penamaan ini kepada The Société de Géographie. Dumont d'Urville menzahirkan Malaysia sebagai satu kawasana yang lebih dikenali sebagai India Timur. Dan pada tahun 1850, seorang etnologis berbangsa Inggeris - George Samuel Windsor Earl, menulis dalam sebuah jurnal - Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, telah memberikan cadangan bahawa nama-nama kepulauan di Asia Tenggara diberikan nama Melayunesia atau Indunesia.

Menurut wikipedia lagi, nama Malaysia ini pernah dituntut oleh sebuah negara lain di Asia Tenggara iaitu sekarang dikenali sebagai Filipina, namun nama ini telah secara rasminya digunakan untuk menggabungkan negeri-negeri di semenangjung tanah besar yang juga melibatkan Singapura menjadi Malaysia pada tahun 1963.

Berikut adalah satu keratan akhbar mengenai Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1922. Ini membuktikan bahawa nama Malaysia telah wujud sebelum Tanah Melayu ini merdeka lagi!


25 July 2011

Kenali Diri Menerusi Kelahiran Dalam Bulan Islam

Salam.
Ilmu sains manusia memang luas, bukan setakat mengkaji perkara luaran tetapi juga psikologi dan tingkah laku. Dan sebenarnya, kajian seperti ini telah dimulakan oleh ramai pengkaji dari dunia Islam. Mari kita singkap sedikit sebanyak karektor diri menerusi kelahiran dari bulan Islam.

Kalau tak tahu bila tu, apalagi, buka surat beranak, rasanya ada tertulis kat situ. Kalau tak tahu gak, boleh cuba aplikasi yang ada dalam dunia maya ni..leh je carik. Dan mari tengok sama-sama. Saya ...hmmm Rabiulawwal.


Kenali Diri Menerusi Kelahiran Dalam Bulan Islam

Pelacuran Di Malaysia

Salam.
Semalam saya ada tengok satu dokumentari, walaupun ia berbahasa Cina tetapi saya memang ralit menonton rancangan terbitan 8TV ini. Banyak maklumat yang saya dapat daripada menonton cerita tersebut. 

Saya sering menonton dokumentari dalam bahasa mandarin di 8TV, banyak cerita yang tak mudah ditonton di saluran lain, saya akan tonton di situ. Ia menarik perhatian saya kerana kadangkala ia meletakkan nilai prejudis jauh ke tepi. Saya memang sukakannya.

Dan antara fakta menarik yang ingin saya kongsikan kepada anda ialah bagaimana pelacuran di negara ini bermula. Menurut dokumentari yang disiarkan, pelacuran sebelum ini adalah halal di sisi undang2 di Tanah Melayu sebelum tahun 1870an. Tiada sebarang undang2 di Malaya ketika itu yang melarang aktiviti ini.

Kebanyakkan pelacuran yang berkembang adalah disebabkan permintaan daripada buruh2 asing yang dibawa masuk bekerja ke dalam Malaya. Oleh kerana tuntutan ini, banyak gadis belasan tahun dan ada di antaranya berumur semuda 4 tahun dibawa masuk menjadi barang dagangan. Mereka kebanyakkannya berasal daripada tanah besar China.

Di China, aktiviti ini dilihat sebagai satu perdagangan yang amat menguntungkan. Bermulanya perdagangan manusia di China untuk pelacuran adalah apabila ramai buruh dari negara tersebut dibawa masuk ke Amerika Syarikat yang pada ketika itu sedang pesat membangun.

Prostitution - China Oldest Profession. Foto: China Expat
Aktiviti pelacuran ini disebabkan oleh beberapa perkara; iaitu:
  • Untuk melangsaikan hutang
  • Sebagai gadaian kerana berhutang yang akhirnya terjebak ke kancah pelacuran
  • Penipuan
  • Sukarela
Antara tempat terawal di negara yang berkembang pesat dengan aktiviti ini ialah di Pulau Pinang dan juga di Kuala Lumpur di mana banyak buruh asing dari negara China berada. Malah terdapat persatuan yang diwujudkan untuk melindungi para pelacur ini, kerana kebanyakan daripada pelacur ini adalah di bawah umur, dan adakalanya menjadi mangsa penderaan. Malah ada kes yang melibatkan pelacur dibunuh setelah 'tuannya' jemu dengannya.

Satu Kebetulan

Salam.
Saya nak memandikan anak kecil saya, si Maira yang baru berusia setahun setengah. Tadi, baru lepas makan betik, dia memang suka makan buah-buahan. Tapi nak makan nasik, uhh susah bebenor nak disuap. Cuma kadangkala je si Maira ni makan bersuap sendiri.

Zikri lak, masih lagi lena, tidur kali ketiga rasanya ni sebab tadi dia dah bangun dan tertonggok depan PC ni, tapi sebab saya tak bukak, dia boring kot lalu dia tidur semula. Bangun awal, kul 630 pagi dah bangun, sama gak dengan abang dan adiknya.

Kejap lagi saya nak pergi ambil anak sulong saya balik dari sekolah. Dah siap masak dah, daging masak kicap, anak saya suka makan daging. Saya nyer masakan masak kicap lain dengan mama derang masak, dan erkkk ... tengok apa jadi nanti ehhh ..hehehe...

Oh, tadi saya dapat satu komen ni, nampak macam satu kebetulan pula ....


Sorang nama ummi, seorang lagi ummu .. erkk derang ni adik beradik ke ehh? Hmmm .... terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog ini. 

Alamak .. nak siap2 ahh ... nak gi ambik anak sulong saya. Dia kata kat mama dia, dia nak datang awal ke sekolah nanti time bulan puasa, nak lawan kawan dia yang datang sekolah kul 6 pagi!

Pemerintah Idaman Semua

Ketua Kampung Pisang Sebatang
Salam.
Antara pemerintah yang dikenang sepanjang zaman baik kawan dan lawan, adalah pemerintahan Umar Al Khattab r.a. Ini adalah role model pemerintahan hebat di zaman di mana Rasululllah s.a.w telahpun wafat, yang hanya ditinggalkan adalah Al Quran dan Hadis buat panduan, serta sunnah yang patut menjadi ikutan.

Khalifah Umar Al Khattab tiada bezanya dengan kita, dia bukan nabi, dia bukan rasul tetapi dia adalah antara mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bukan setakat kehidupan seharian, tetapi beliau menerapkan dalam pemerintahannya sebagai seorang pentadbir yang hebat.

Saya seperti anda juga, nak tahu apa hebatnya Khalifah Umar ini sampaikan ada ucapannya menjadi rujukan oleh para pengkaji politik dunia?

Dan saya ingin kongsikan sedikit dari peranan Khalifah Umar Al Khatab ini sebagai seorang pemerintah yang disegani.

KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a

Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah. Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut :


|Pakar SEO Blogspot|

Copyright @ 2014 HASRULHASSAN™. Originally by Templateism | for Terkini MH370 | Read Disclaimer

Ping your blog, website, or RSS feed for Free