Yayasan Proton Tawar 3 Kategori Biasiswa

Salam.
Ada yang masih mencari biasiswa dan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian selepas SPM? Apa kata cuba mohon dari Yayasan Proton. Dapatkan juga bantuan kewangan untuk sambung belajar dari instutusi lain: KLIK SINI. Maxis juga menyediakan program biasiswa - KLIK SINI.

Yayasan Proton menyediakan 3 kategori pemilihan untuk penerimaan biasiswa 2011/2012 ini. Jadi, ambil peluang dan kesempatan ini. Tarikh tutup 30 April. Sila klik keterangan dibawah untuk download borang permohonan.


Klik untuk muat turun borang permohonan biasiswa Yayasan Proton.
Bila Blog Saya Jadi Bahan Bukti - Masuk Meeting Projek Mega Nasional

Bila Blog Saya Jadi Bahan Bukti - Masuk Meeting Projek Mega Nasional

Salam.
Tersenyum saya bila dapat tahu blog saya ini dijadikan bahan rujukan atau bahan bukti dalam satu mesyuarat penting. Ini semua gara-gara pendedahan eksklusif beberapa keping gambar yang memaparkan satu projek mega kerajaan. Kalau anda dah lama mengikuti blog Bangku Kosong tentu leh teka tentang projek apa.

Saya telah dihubungi oleh 'informer' saya bahawa blog saya telah dipaparkan dan ditayangkan kepada semua yang ada dalam meeting tersebut. Difahamkan,bahawa mereka telah google mengenai projek mega ini dalam internet, dan telah terjumpa beberapa keping gambar yang sepatutnya diklasifikasikan sebagai sulit. Dari gambar tersebut, ia telah membawa ke blog ini.

Disebabkan ia tidak sepatutnya dipaparkan dan didedahkan oleh mana2 pihak, pihak syarikat tersebut telah menghubungi saya dan meminta untuk mengeluarkan entri tersebut dari blog ini. Dan saya telahpun berbuat demikian.

Ini menunjukkan bahawa kaedah tagging dan penamaan gambar yang sesuai dan betul dapat memberikan impak tersendiri pada blog, selain ia juga membolehkan kita sebagai blogger tidak menyalah gunakan gambar tersebut secara berleluasa. Saya akui ini merupakan kesilapan saya menyiarkan gambar tersebut, namun begitu juga dengan pemberi maklumat kepada saya itu, dia juga tidak tahu ia merupakan satu kesalahan untuk mempamerkan gambar tersebut kepada umum.

Antara Saya Dan Ben Ashaari - Jauh Panggang Dari Api

Antara Saya Dan Ben Ashaari - Jauh Panggang Dari Api

Salam.
Terharu, nak cakap apa lagi, begitulah perasaan sebenar saya bila ada blogger yang mendakwa saya seorang blogger hebat. Hebatkah? Tak sehebat mana pun ... ramai yang lebih hebat di dalam dunia blog, saya ibarat kuman di tengah lautan je. Namun, saya ingin ucap terima kasih buat blogger ini menerusi tulisannya: Dia Blogger Hebat! Saya Kagum Dengan Blogger Ini!

Apa yang saya buat dalam blog Bangku Kosong adalah antara apa yang saya ingin kongsikan kepada semua. Ada yang suka dan ada yang  tak suka. Bila tak suka .. tentulah diam ....nanti dicop haters pulak. Bagi saya, dalam menulis entri, ada perkara yang baik dan ada perkara yang tidak baik, mana yang baik, jadilah panduan, mana yang tak baik tu .. anggaplah sebagai satu pengajaran.

Saya cuma kongsikan apa yang saya tahu, dari pembacaan saya, dari dok jalan-jalan dalam dunia blogger, dari pengalaman hidup saya, dan dari apa yang orang lain beritahu pada saya. Ada entri saya tu bukannya best sangat pun, banyak cedok sana, cedok sini .... cuma olahan sahaja mungkin berbeza, pastu diletak sedikit perasa kari, perasa asam laksa, perasa tomyam ... jadilah macam entri tu original saya buat.... walhal ... ehh copy pasta je tu .... apa daaa ...

Orang lain dengan cara mereka, saya dengan cara saya. Ada yang anggap entri Bangku Kosong banyak sampah dari benda berguna ... ada lak yang kata, banyak entri saya leh dijadikan panduan. Terserah ...  saya bukannya seorang penulis, tatabahasa saya pun tunggang langgang. Kalau elok tu eloklah .. :) kalu nampak dan baca rasa ntah apa2 tu ... kekurangan saya la tu.

Saya ingin berterima kasih buat mereka yang banyak menyokong saya, nak disebutkan nama satu persatu, takut tertinggal lak nanti ... jadi biarlah saya sorang je yang tahu ... saya syukur jika ada antara blogger yang telah mendapat manfaat dari tulisan saya yang tak seberapa ini.

Sentiasa Bersedia Untuk Menerima Teguran

Sentiasa Bersedia Untuk Menerima Teguran

As-Salam.
Hidup tak selalunya indah. Ada pasang surutnya. Jadi sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada. Kalau kita terlupa atau lalai, kelak yang merana adalah diri kita sendiri. Awas dengan perkara-perkara yang tak dijangka.

Kadangkala kita terlalu yakin akan diri sendiri sampai kita abaikan benda2 kecil yang sebenarnya antara faktor penyebab sesuatu peristiwa dan keadaan. Contohnya, tak pam angin tayar, boleh sebabkan kita kekurangan nilai dalam wang kita tatkala mengisi minyak, kerana apa ...kalau angin tak ada pada tayar atau tak cukup, kita bawak kereta akan guna banyak minyak, sebab tak efisien. So, jangan bebel2 sendrian bila isi RM30 kejap je abis dalam masa seminggu!

Jadi, bagaimana diri nak jadi sentiasa alert? Hmm ... ada pasangan? ada anak? Ajar mereka untuk sentiasa menegur anda, memberikan nasihat, mengingatkan anda. Kalau asyik fikirkan diri je yang leh nasihatkan orang lain .. hmmm anda salah. Orang lain pun ada hak untuk menegur anda, sebab anda takkan nampak salah sendiri punya. Ada tu ada .. tapi berapa kerat sangat nak ngaku salah sendiri .. egois ehhh ... Jadi, sila mulakan diri untuk sentiasa bersedia menerima teguran, kalau orang lain cam takut2 .. beritahu mereka anda sedia ditegur .. walaupun dari anak anda sendiri.

Apa? Anak atau orang yang lagi muda tak biasa atau tak boleh tegur anda? Sebab apa? Sebab anda lebih makan garam? Ecehhh ..makan garam dulu .. makan garam banyak .. tak sedar ke ... makan byk garam tu leh bawak penyakit darah tinggi ... silap2 .. uhh leh strok (minta dijauhkan, InsyaAllah). Jadi ... jangan fikir orang lain tak layak tegur dan beri nasihat.... kita semua hamba Allah yang berada sementara je.

Nak Menipu Pun, Agak-agakla Bai ...

As-Salam.
Adehh ... hmm nih kes nak memikat la kot, atau mungkin nak dapatkan ramai awek add dalam Facebook. Kalau teknologi dan kepakaran disalahguna, ginilah ... adehhhh .... tapi sepandai-pandai pun, bukannya bijak sangat pun. Saya fikir mungkin dah terlebih excited, tak perasan ada benda fail yang nampak kat situ ..

Erkk ... ada sesapa tak yang wat gini dalam profile photo kat Facebook? Tak pun dalam profile blog ke .. huhuhuhu ... cer tengok balik .. mana tau orang leh detect anda menipu ke .. hehehe... 


So, tak perlulah nak nipu2 sangat, dah bijak guna kemahiran tertentu, baik guna untuk kebaikan ... bukan jadikan alat untuk menipu orang lain ... agak2 nak kental otot .. sasa badan .. belajar kat mamat nama Ben Ashaari ... siapa dia? Hmm try la google .. hehehe.. pasti jumpa punya!

Sumber Foto: DamnLOL 

Pengisian Ramadhan

More »

Kemeriahan Hari Raya

More »

Pilihan Menarik

More »

Panduan Blogger

More »