As-Salam.
Bagaimana nak dapatkan respect atau penghormatan jika kita sendiri tak terlebih dahulu beri respect pada orang lain? Orang suka kalau dihormati ... mana-mana tempat pun, mana2 negara .... mana2 bangsa ... semua suka dihormati.
Saya teringat kata-kata kawan saya, dia seorang kontraktor berjaya .... menjadi kebanggaan orang kampung, apatah lagi keluarganya. Saya sendiri memang tabik la pada dia. Dulu .... semasa di sekolah, dia pernah kena kutuk kaw-kaw punya disebabkan satu insiden yang memalukan. Saya pun tak sanggup nak ceritakan kat sini ... kerana ia agak mengaibkan. Tapi ... itu dulu ... Tuhan Maha Adil.
Kerana peristiwa itu, dia jadi bahan ejekan ... siyes hampir setiap hari. Nasib baik la jiwa dia kental ... walaupun kena bantai masa last week kami di sekolah (SRP) .... dia tak patah hati. Buktinya .. resultnya baik dan dia menerima tawaran untuk kembali ke sekolah yang sama - di mana ramai rakan-rakan yang kutuk dia dan jadi bahan ejekan.
SPM keluar ... dia dapat result bagus dan menyambung pengajian di salah sebuah IPT dalam bidang kejuruteraan. Still, bila jumpa member sekolah .... akan kuar juga citer lama tersebut .... tapi dia takat senyum je la ... tak ambik hati.
Graduate. Dia kerja dengan orang ... ambil dan kutip pengalaman dalam bidang kejuruteraan. Sedikit demi sedikit dia buka connection dan network sendiri. Akhirnya dia buka syarikat sendiri, dan dia dapat tender sana sini. Kerjanya dianggap terbaik, malah kebanyakkan kontrak yang diberikan kepada syarikatnya diberi nilai A, dan hampir semua kerja serta perlaksanaan projek yang dibuat siap lebih awal dari jangkaan.
Nama dia dan syarikatnya mula dikenali. Makin banyak kontrak dia dapat. Still, dia tak sombong.
Saya tanya pada dia dalam satu pertemuan; "Masyukk aaar skang ehh .. dapat banyak tender .... hang guna politik ke?"
"Mana ada la ... aku guna track record sebagai bukti kerja!", jawap ringkas.
"Ada under table ke?", merujuk jika dia ada amalkan budaya kerja rasuah dalam dapatkan kontrak ... terutama kontrak gomen.
"Ishh .... mana ada .. buat apa .. tak berkat! Aku buat ni semua usaha sendiri bai .... buat research .. pastu aku cari jalan tengah untuk tawarkan harga terbaik ... berdasarkan kerja2 aku sebelum ini.", kata dia lagi.
Hmm... sembang-sembang di atas berlaku sewaktu saya berjumpa dia time satu kenduri kawin. Sebelum ni penah gak pergi rumah dia sebab dia buat kenduri ... buat Qurban .. tumbang sekor lembu.
Dan jika dulu orang dok ejek dia, sekarang .... dia antara kawan saya yang berjaya. Malah dia dihormati di kalangan kontraktor-kontraktor dan mereka yang pernah bekerja samada dengannya atau menjalinkan kerjasama dengannya.
Antara kata akhir dia kat saya ... "Earn Respect ... Not Buy!".