 |
| Amri sejak tahu membaca, saya tak lepaskan peluang suruh dia baca apa sahaja. Foto: Lensahasrul |
Salam semua.
Heh. Nampaknya ada yang tak puas hati je tu. Sabar ... sabar. Kebelakangan ni, banyak blog dah muncul macam cendawan tumbuh selepas ujan renyai-renyai. Biasalah tu, perkembangan teknologi ... semua orang excited, begitu juga dengan trend terbaru sekarang ni iaitu vblog. Sejak
1Tube promot suh uplaod video, ramailah blogger yang kepingin buat, disamping ramai yang dah upload kat tempat lain, contohnya
YouTube. Dan video ini dijadikan entri di blog.
Dengan ujud banyak blog, persoalan timbul, sejauh mana best blog tersebut ... entrinya berbaloikah nak baca? Kualiti entri .. macam mana? Ada blogger yang macam tak berapa senang dengan fenomena ini, tapi nak wat camner ... tiada siapa, tiada undang2, tiada akta mahupun panduan serius untuk buat entri berkualiti, kalau panduan buat blog tu adalah.... sebab saya pernah baca.
Blog saya entrinya berkualiti tak? Persoalan sama pun saya tanya kat diri saya sendiri. Actually, saya memang tak tahu. Saya tak ada pengalaman yang boleh menjadikan saya seorang pengkritik isi-isi entri dalam blog. Saya tidak mengkaji tentang blog, saya cuma pernah terbabit dalam penkajian soal trafik, soal lampu isyarat jalan, soal lebuhraya ... yang tu saya tahu skit2 ... sebab saya ada tok guru hebat dalam bidang tu yang ajar saya. Dalam blog? Tak ada ... tak ada sapa pun ajar... saya belajar sendiri, belajar dari pengalaman blogger lain, dan dari pengalaman diri sendiri setelah hampir 3 tahun berblog.
Blog memang banyak. Ada kata semua blog ni sampah je banyak sebab entri tak best tapi hairan .. banyak follower, pageview tinggi. Mungkin sebab tuan punya blog banyak wat promo, sehinggakan blognya dikenali dan ramai orang tgk, walhal entrinya tak berapa menarik (kata sesetengah pendapat blogger).
Bagi saya, kemunculan blog dan bloggers baru yang mencanak naik ni bukan satu kehairanan pun. Memang gitu .. nama pun trend....lama2 nanti kuranglah bila muncul benda baru yang lebih menarik.
Entri pula? Pendapat saya, blogger baru .. biasalah, mungkin mula2 mereka nak kejarkan 'populariti' tu, sebab benda tu amat menyeronokkan ... uisshhh sapa tak suka bila popular. Makcik sebelah umah saya pun suka bila dirinya popular. Tapi sebagai blogger baru .... mereka semua dalam proses belajar, jadi bila entri tak berapa ngam ngan citarasa kita, bukan salah mereka pun ...mereka tak tahu.
Saya pun baru belajar dalam menulis entri, mungkin sesetengah kata entri saya best (uhh perasan) tapi ada gak yang tak suka. Jadi tak leh nak sukakan semua orang dan semua blogger.
Blog tempat kita suarakan pendapat peribadi. Blog tempat kita luahkan perasaan terpendam. Blog tempat kita berkongsi pengetahuan (even dah ada yang tahu dan ada blogger dah buat entri serupa). Blog tempat kita berhubungan. Blog tempat kita salurkan maklumat. Dalam apa jua jenis blog dan jenis entri, untuk menghasilkan satu entri yang berkualiti bukan mudah. Serius. Susah. Jadi janganlah kita sebagai blogger yang mungkin tua skit dari mereka nak salahkan mereka kerana entri sampah mereka ... mereka juga seperti kita dulu .. sedang belajar.
**p.s: Saya bukan blogger otai ... saya tiada qualification dalam cara menulis blog dan entri blog yang menarik, ini hanyalah pendapat saya sahaja (uhhh takuttt kena pulau sekali lagi!)