Rupanya Saya Tidak Segila Itu

Salam semua.
Fuh .... nyata sekali saya tidaklah segila yang saya sangkakan (rujuk entri ini), saya masih mampu bertahan. :) Walaupun tak dapat nak update blog dan berikan entri baru di cuti yang panjang, tapi saya tetap pantau perkembangan blog ini, oh ... terima kasih kepada mereka yang sudi nak masuk dalam bloglist Bangku Kosong.

Nampaknya ada lagi spot yang masih kosong, jadi sekiranya ada yang masih menaruh minat .. anda masih boleh lagi menyertainya. Kalau betul ... klik sini. Dan kepada mereka yang menang dalam Pra Giveaway .... saya mohon maaf atas kelewatan saya topupkan hadiah anda. Dan kepada mereka yang masih lagi belum jenguk siapa yang menang Pra Giveaway Bangku Kosong, sila klik sini.

Dan saya masih lagi memikirkan alasan terbaik untuk memberikan hadiah penghargaan istimewa untuk peserta Pra Giveaway bertuah saya. Saya cuba nak mencari blog mana yang paling layak ... dan saya masih mencari. :)

Kepada mereka yang singgah blog saya semasa ketiadaan entri baru ... saya ucapkan berbanyak terima kasih. Anda adalah yang terbaik buat blog ini. Dan saya berharap anda dapat manfaat dari kisah2 dan entri2 lain yang ada dalam blog Bangku Kosong ..... ada lebih 1000 entri dalam Bangku Kosong ... :) 

Kepada silent readers yang saya tahu ada di sebalik2 sana tu ... ehhhh .. tersenyum memalu .... saya juga hargai anda ... walaupun anda bukan follower blog ini mahupun menjadikan blog ini favourite anda .. namun seikhlas hati saya .. anda juga penyumbang besar kepada inspirasi saya untuk berblog.

Dah selamat bercuti ... dah selamat kembali ... tentu banyak cerita bakal anda ceritakan kepada dunia .... meh berkongsi dengan saya .. tinggalkan entri paling menarik anda sepanjang cuti baru2 ni di ruangan komen .. saya ingin jenguk .... :)

Saya tidaklah segila yang disangka rupanya ... saya masih lagi bertahan emosi dan gian .... walaupun tanpa sebarang posting baru selama 4 hari!

[Senda Gusi] Jangan Pijak Oksigen Nenek


As-Salam.
Dah bangun? Hmm dah sarapan ke? Makan apa ehh pepagi? Teringin gak nak tahu ... ala .. kita kan berjiran.... hehehee

Uhh apa la saya dok ngarut pepagi ni yer. Nak sembang pasal jiran? Hmm jiran saya dah lama balik kampung ... sebab dia nak raya. Betul ... dia balik Melaka .. tapi .. ehh kan ke banjir ... hmmm ... camner ehh? Oh ya .. jiran saya chinese ... tak sempat pun jumpa dia sebelum dia balik kampung. Hari tu ada pesan kat wife saya suh bagi makan ikan emas dia .. tapi tak nampak la pulak kat mana dia letak ikan emas tu. Ke tak jadi kasik kami makan .. erkkk kasik kami beri makan. 

Tak apalah. Lupa la ko tu. Kami pun lupa gak. Sama2 lupa ... aiyakkkk .... 

Dah jom layan lawak sekerap ni lak ehh .. mana tahu ada hati gundah gulana .. maybe ini boleh buat hari ini bermula ceria ....

Jangan Pijak Oksigen Nenek!


Aneesa Aqilah - Berkata dari Hati ke Hati


Salam semua.
Oppss .. alamak .. saya tersilap rumah ke? Uhh ... polis? Blogger Polis? Biar betul .. ke saya telah terpedaya dengan header yang buat saya kecut semua anggota badan.

Selidik punya selidik .. ehh bukanlah ... blogger ni bukan polis ....

Kenapa agaknya yang menarik perhatian saya tentang blog ini? Hmmm saya terpikat dengan entri berikut: [awak..saya sayang awak..btul,xtipu punye!]

Kalau anda baca pun ... akan sependapat dengan dia. Lagi2 kalau korang perempuan macam dia .. tak macam saya.

Terjah blog ini ... anda akan suka ceritanya.

Mama Ema .... Header Blognya Meriah dan Memikat

Salam semua.
Saja berjalan2 sekitar dunia blogging menjurus kepada mereka yang follow blog ni. Jalan2 up kan trafik. Kalau tanpa followers ini, tentu Bangku Kosong tak tercapai hasrat nak dapat pageview sampai ribuan. Sekadar berkongsi apa yang ada ... 

Sapa kata saya tak sudi singgah blog followers? Uhh jangan kata gitu .. kalau saya punyai masa .. saya pasti akan jenguk ... lagi2 sesapa yang ada beri respon dengan setiap entri saya dalam blog ini. Lagipun, ikut nasihat otai2 yang dah lama - bertahun dok berblog .. kata mereka "Blogwalking - hargai mereka yang menghargai anda".

Aha .. saya sukalah dengan header blog mak orang ni .. meriah dan happy gitu. Oppssweihhhh ... ada main2 teka-teki la dalam blog ni ... leh dapat adiah lak tu. So sesapa yang rasa hebat berteka-teki dan bertekuk menjawab .. leh la TERJAH blog ini.

Dan ..... erkk nak kata apa lagi? Hmm .... ada ... ada .. tapi TERJAH la blog ni ehhh ... mesti ada sesuatu yang memikat anda ... saya dah ..... 

Blogger Cantik Bakal Jadi Pengarah Filem?


Salam semua bloggers yang masih tak lena.
Korang minat filem tak? Uhh apa punya soalan la .. mestilah suka .. malah mak saya .. makcik saya ... arwah opah saya pun minat filem. Kalau orang dedulu layan kisah buai hati ... zaman kini, orang layan kisah kecut perut. :) Yelah .. dedulu .. sakan lagu mendayu penuh berahi ... kini lagu mendayu tapi diulit keseraman. Naik phobia gitu!

Aha ... agaknya nanti tahun2 mendatang filem camner la pulak kan? Meh terkam gadis ini. Ehh jangan ... terjah blog dia. Empunya blog ni orang filem tau .. jangan memain. Bukan nak jadi pelakon - walaupun wajahnya sekali imbas layak untuk berlakon. Tapi ini gadis pegang roll camera action punya ... bukan memain ni. Betul. Tak tipu.

Hmm leh jadi pelakon ni. Foto: Harapan Marya Hanya Impian
TERJAH blog ini untuk tahu kebenaran kata-kata saya. Dia gadis yang bakal jadi pengarah gitu .. ada berani? Seronok layan gambar-gambar kat blog Harapan Marya Hanya Impian ni ...uhh cam klasik je kan? Hmm itu namanya si gadis manis ni kreatif.

Ada bukti kat sini kalau tak percaya dia ni gadis filem .....


**p.s: Erkk gambar2 ini dikongsi kat sini tanpa kebenaran dulu ni .. harap tuan punya tak marah.

7 Panduan Jana Pendapatan dari Blog dari RedMummy


Salam semua.
Tentu ramai teruja dengan entri pendapatan lumayan ini [KLIK SINI]. Mana taknya .. seorang blogger boleh jana pendapatan puluhan ribu hanya dengan berblog. Ia bukan suatu yang mustahil, dah ada yang berjaya. Kalau tidak puluh ribu pun .. ribu2 sebulan hanya dengan menulis secara kreatif di internet menerusi blog adalah dikira cukup lumayan. Bagi saya memang lumayan.

Bukan mudah sebenarnya nak kaut pendapatan sebegitu hebat. Ia bukan kerja sehari dua. Makan tahun jugak tu.... jadi jangan fikir blogging adalah cara paling mudah nak jana pendapatan ehhh ... jadi apa petua yang membuatkan sesuatu blog itu berjaya? Bagaimana nak berjaya dan hasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan?

Untungnya kita kerana blogger yang dah berjaya ini tidak lokek dengan ilmu. Mari sama-sama berkongsi. Cuma pastikan dalam minda anda ... ia bukan kerja sekelip mata .. hari ni buat blog .. ujung bulan leh dapat cek dua tiga ribu.

Terima kasih kepada RedMummy kerana berkongsi panduan ini buat semua.

Panduan Menjana Pendapatan dari Blog


Blog Cerpen


Salam semua.
Dok wat apa petang2 nih eh? Melayan perasaan ke? Atau melayan perasan? Hehehe... hmm tadi saya terserempak dengan satu blog ni. Wahhhh .... penuh dengan ayat puitis, penuh semantik tersusun.

Kalau korang ada banyak masa terluang, leh la jenguk-jenguk blog ni. Ada banyak cerpen dalam koleksi blog ni.... boleh la melayan ... :)


Oh ya .. lepas baca komen la skit kat blog tu ... boleh bantu memantapkan penulisan si blogger ni. Hebat berkarya cam mana sekalipun, mesti terima kritik ye tak?
Seronoknya Bila Followers Dah Beribu

Seronoknya Bila Followers Dah Beribu

As-Salam. Wow ... hebat. Tertanya juga bagaimana sesebuah blog itu ada pengikut (followers) yang ramai. Bukan ratus-ratus punya hal .. ini sampai ribu-ribu, kagum saya sekejap. Jiran sebelah umah saya pun kagum. Mana taknya ... kalau dibuat undi dalam pilihanraya, sah2 leh menang dengan majoriti besar!

Tapi apa yang bestnya bila ada pengikut yang ramai? Apa efek pada blog? Apa kesan pada blogger pula? Tertanya juga. Nak dikaji, saya tak dapat nak berbahagi masa. Mungkin ada blog yang dah buat ulasan atau entri tentang ini. Uhh ..tak terjumpa la pulak. Ada sesapa tahu? Leh bagitahu saya yang serba tak tahu ni.

Pemikiran singkat saya mungkin listkan benda-benda berikut. Mungkin ada kebenaran, mungkin juga tipu muslihat semata untuk saya tarik anda baca entri ini, apa pun .. ini pendapat saya.

Kesan pada blog:
  • Bila followers ramai, secara kasar tunjukkan bahawa blog itu diikuti oleh ramai orang. Jikapun tak semua yang akan singgah hari2 tapi jika dah ribu2 .. setidaknya blog tu pasti dalam sehari akan dapat ribu gak pageview sehari, paling busuk pun ratus. Pageview tinggi - ranking SEO pun tinggi.
  • Blog yang ada pageview tinggi akan menarik minat para pengiklan, baik pengiklan bebas mahupun pengiklan dari sumber pengiklanan. Ini sudah bagus untuk penjanaan pendapatan pasif dari blog!
  • Blog akan menjadi sasaran serangan spam dan mereka yang busuk hati.
  • Blog akan sentiasa dihormati kerana menerima pengunjung yang tak henti2.
  • Entri dalam blog kena sentiasa update dan terkni. Tak boleh lepa dan leka. Kalau tersilap fakta dan kata, akan jadi mangsa mereka yang dengki.

Kesan pada blogger:
  • Semakin dikenali baik di dalam alam siber mahupun diluar.
  • Pihak-pihak yang cari publisiti akan cari blogger ini samada untuk interview atau dijadikan sumber rencana dalam penerbitan mereka.
  • Kena kerja keras agar blog sentiasa update supaya kepercayaan followers tidak berkurangan.
  • Perlu waspada dengan setiap kata-kata yang ditulis dalam blog, kerana bila dah popular ni, orang akan lebih terjerumus melihat luaran dari membelek isi dalaman.
  • Blogger leh jadi model :).
  • Ada orang nak pikat dan pinang baik jadi isteri atau suami.

Ini kata saya .. kata anda .. pendapat anda mungkin berbeza .... :). Jika ada bertanya kepada saya ... 
"Seronok tak dah ada followers ribu2 nih?"

Saya akan jawab:

"Seronok la sebab sah2 apa yang saya tulis dan sampaikan .. ada mata yang melihat dan membaca ... sharing is caring!"

Fatin Liyana Dalam Metro | Segmen Hati


As-Salam.
Uikss.. haha tadi layan blog2 cun melecun terus terbaca entri ni kat blog Fatin Liyana. Ahaksss .... waaa masuk paper metro tapi dalam version separa 'hidup'. Sungguh kreatif sekali orang yang leh tiru gambar Fatin ni. Klik sini untuk tengok entri berkenaan.

Teringat saya pada zaman sekolah dulu. Ada seorang cikgu ni .. dia memang mengajar lukisan; selain core subjek dia adalah bahasa melayu. Cikgu ni rendah je orangnya ... ada rambut afro tapi jangan memain . ... dia adalah salah seorang guru displin.

Hebat dia dalam lukisan tu pada mulanya tu kami semua tak pasti, tapi pada suatu hari .. kami telah membaca satu cerpen di dalam sebuah akhbar ... dan ternampak signature kat satu gambar atau lukisan potret yang disertakan pada cerpen tu. Sah! ia signature tersohor cikgu Razali ..... :)

Dan sejak itu kami memang akui dia bukan saja pandai mengajar bahasa melayu, tetapi juga pandai melukis. Kami sangat jarang nampak lukisan cikgu Razali sebab dia hanya mengajar kami melukis tapi tak pernah tunjuk pun lukisannya. Awal2 kata cikgu Razali ni teori je lebih .. tapi lepas kuar dalam paper tu ..... memang patut kami tabik kat dia. Bukan sekali dua .. tapi banyak kali lukisannya jadi tampalan dalam sketsa ataupun cerpen .. samada surat khabar mahupun majalah berbahasa melayu.

Teringang satu teka teki yang saya masih lagi gelak dengan sahabat2 saya yang sesekolah - teka teki dari cikgu Razali:

"Anda semua tahu kucing apa yang boleh terbang?" Pertanyaan dengan senyum simpul yang agak meyeramkan kami.
"Tahu ke tak?" Lalu dipanggilnya salah seorang dari member kelas (tak ingat sapa).

Soalan sama ditanya lagi ... tak dapat dijawab dan tak berjawab lalu cikgu Razali pun berkata:

"Tom Cat la ...." Dengan serius menghamburkan jawapan teka teki. Tak ada sapa pun berani gelak ... cuma gelak dalam hati ... bukan apa takut kena tanya soalan teka teki lagi .. akibatnya... sahabat kami yang tak dapat jawab tu ... kena angkut kerusi atas kepala!

Itu kesah lama sayalah.

Untung fikir saya bila gambar Fatin Liyana dijadikan 'cover' untuk cerpen dalam paper. Nampaknya Fatin ada peminat di luar sana yang suka melakar wajahnya yang kiut. Hmmm ehemm tak ada sapa2 ke nak buat potret lukisan buat saya ehhh? hahahaha .... 

Buat Fatin - akhirnya masuk paper jugak blogger cute ni.

Sayang Bini - Pak Mat Tunaikan Permintaan Arwah Isterinya


Salam semua readers Bangku Kosong.
Wahai para suami ... siapa teringin nak kawin satu lagi? Ada tak? Kalau ada .. sila tinggalkan url blog kat ruangan komen. Uhhh mesti duk diam2 tak nak ngaku. 

Bila cakap soal kawin tambah2 ni ... ada sorang kawan saya yang memang pantang seribu. Tak boleh cerita depan dia .. mesti melenting .... kalau dia tu harimau .. mau kena baham. Dia memang tak setuju lelaki kawin lebih dari satu ... sebabnya .. dia ada peristiwa pahit bila bercakap soal ini.

Dia seorang perempuan .. tentulah senstif bila bab2 ini, lagipun dia pernah merasai pengalaman pahit kisah madu bermadu ni. Tapi, bukan dia yang kena madu ke apa ke ... tapi seseorang yang terdekat dengannya. Dia tak berapa setuju sebab si lelaki itu telah mengabaikan keluarganya. 

Hmmm apa nak buat .. bukan semua perkara yang 'baik' itu berkesudahan baik. Hati manusia tak sama. Niat di hati tak siapa yang tahu. 

Apapun meh baca gelagat seorang lelaki ini bernama Pak Mat. jJst enjoi dengan kisah ini:

Sayang Bini - Tunaikan Permintaan Terakhirnya

Jom 'Curik' Award dari Blog Ini


Salam semua.
Tanpa segan silu, saya terus 'mencurik' award ini dengan kebenarannya. Kenapa saya kata curik? Sebab saya ambik bandwith gambar ni .. hehehe.. bukan saya yang hosting. Anda nak dapatkan award ni tak? Kasik berseri skit blog korang.

Blog saya jarang-jarang orang kasik award ... so saya nak ambik la. Dulu, saya pernah bagi award .. ramai gak yang sudi ambik.... dan hampir2 saudara Mazidul nak ambik award tu ... tapi kerana dia merasakan dirinya tak layak .. jadi tak terlekatlah award tu kat blog dia. Namun, kerana itu juga blog saya ada dalam bloglist Mazidul Akmal. :)

Oh ya .. kalau korang nak ambik award ni ... sila TERJAH entri blog ini.

Terima kasih ehhh .... :)

Blog Cari Pasal - Kepunyaan Gadis Berkamera DSLR


Salam semua bloggers.
UHh takut la pulak bila dah masuk blog ni. Mana taknya .. ini adalah blog Cari Pasal. Kalau dah terjah blog ni kiranya nak mencari pasal la ngan tuan punya blog ni.

EHh kiut la dia... hehehee... ini blogger ada kamera besar...lagi besar dari saya punya ooo.. Uhh gerun .. memang saya sengaja cari pasal la kalau singgah blog ni sambil komen2 pasal gambar yang ditangkap guna kamera DSLR Sonynya (seangkatan la!).


Kalau korang rasa nak cari pasal gak ... leh la terjah blog ni. BLOG CARI PASAL.

Sihat Sokmo | 9 Petua untuk Muda dan Sihat

Penampilan menarik sentiasa jadi tarikan. Foto: Lensahasrul
As-Salam.
Semua orang nak kelihatan muda dan segar. Baik perempuan mahupun lelaki. Tak mahu nampak selekeh dan selebet. Walaupun usia semakin menongkah, bukan bermakna anda diberi lesen untuk tidak bergaya ... atau tidak peduli akan penampilan diri. Kena jaga penampilan dan tentunya kesihatan supaya diri sentiasa kelihatan muda berseri-seri.

Secara jujurnya, saya mungkin antara ramai yang tak begitu mahir dalam berfesyen. Nak bergaya tu adalah perkara yang agak berat bagi saya, tetapi apa salahnya jika mencuba. Di sini saya nak kemukakan beberapa tips yang mungkin boleh menambat hati anda untuk kelihatan muda sentiasa.

Petua yang bakal saya berikan ini adalah merupakan satu perkongsian pengalaman seseorang bagaimana dia mempraktikkan untuk tampak hebat, muda dan kelihatan cergas serta menarik. Cuma perlukan beberapa perubahan sikap dan tingkah-laku sahaja ...

9 Petua Untuk Kekal Muda dan Sihat

1. Duduk secara betul
Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda berkeyakinan dan bertenaga. Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul boleh menyebabkan sakit tulang belakang...ianya juga boleh membawa masalah pada paru-paru, jantung dan buah pinggang.

2. Ambil berat kesihatan gigi
Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa. Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi. Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi badan. Jadi beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Hanya bayar RM1 sahaja di klinik kerajaan. :)

3. Ketawa penawar duka
Ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan. Senyum dan tawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikologi berpendapat ketawa adalah penawar duka. Ianya juga bertindak sebagai senaman dalaman (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

4. Kerap berjalan
Bersenam menyihatkan badan. Amalan bersenam seperti berjalan membantu meningkatkan kesihatan jantung, paru-paru dan peredaran darah. Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan. Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapat membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.

5. Berhenti merokok
Semua tau yang merokok adalah tidak elok untuk kesihatan. Merokok juga mempercepatkan proses penuaan. Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan. Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Rambut..baju...nafas juga tidak lagi berbau asap rokok, pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.

6. Elak alkohol, kurangkan teh dan kopi
Jangan sesekali terbabit dengan pengambilan alkohol, dan jangan berlebihan dalam pengambilan kopi dan teh. Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air. Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan. Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.

7. Makanan berkhasiat
Secara purata berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70 kilogram. Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang. Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda. Diet yang mendadak pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.

8. Makanan tambahan
Ramai yang tidak mampu mengamalkan pemakanan seimbang. Biarpun semua zat makan boleh diperolehi dari makanan yang diambil, kadangkala ianya tidak mencukupi. Vitamin dan mineral juga penting sebagai makanan tambahan. Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin. Ehemm ... makanan tambahan bukan bermaksud kena makan secara berlebih-lebihan.

9. Tidur yang mencukupi
Seelok-eloknya seseorang itu memerlukan tidur lapan jam sehari. Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya. Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam, dan pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk ... semburkanlah pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa....

Keluhan Seorang Jejaka Bujang

Lelaki dalam gambar ini tidak lagi bujang. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Hmm baru2 ini saya ada release entri mengenai keluhan si anak dara .... kali ini ... saya release pula keluhan si jejaka. Tak baik mengeluh .. .tapi baik juga dikeluarkan apa yang terbuku di hati. Tak terucap dari lidah ,.. mungkin catatan ini boleh mengambarkan perasaan di hati. 

Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku
Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.

Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !
Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?

Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?

Bila Kuasa Membeli Semakin Lemah

Foto: Mobile Blog
Salam semua.
Tempoh hari saya seperti biasa - cukup bulan memang akan  keluar berbelanja, dah siapkan senarai barang-barang nak beli dah. Berjela juga sebab banyak barang dah kehabisan stok .. kecuali minyak masak dan gula .. hehehe. 

Banyak juga saya berbelanja walaupun troli masih ada ruang kosong :). Diam tak diam .. uhh .. hampir ratus gak yang habis .. hairan betul dengan nilai duit sekarang. Kalau bawa 50 hinggit .. ntah apa la yang dapat. Antara yang saya beli susu untuk Zikri dan Baby Maira. Lampin segera (khas untuk travel). Beberapa barangan dapur seperti bawang dan kicap. Dah ehh kali ini harga bawang agak murah ... RM2.80 sekilo.


Minyak masak juga dah berlambakan di rak-rak. Jadi tiada masalah soal bekalan minyak masak. Yang nyata ramai beli susu tepun untuk anak-anak sebab ada angin2 sepoi yang bertiup mengatakan harga produk tenusu akan naik sekali ganda. Jadi ada pembelian yang banyak pada produk2 ini ... dan saya pun ....  beli gak.

Harap barang2 tak naik lagi .... nanti duit seratus pun dah tak dapat nak beli lebih dari 5 barang!

Harga Petrol Ron97 Naik Lagi ....

Foto: Ini Jalan Dakwahku
RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Sumber: MStar Online

Salam semua pengguna.
Apa lagi nak dikata .... tiada rasa dah. Tak boleh nak fikir nak ulas apa dan mengapa. Apa nak buat .. .kita cuma berada di negara yang tak cukup kaya dengan bahan mentah berharga pemberian Tuhan ini. Jadi, mari sama-sama kita sandarkan keyakinan kita terhadap mereka yang pakar dalam perkara ini.

Dengan menghormati keputusan ini, saya harap ada tindakan susulan kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat tetap terbela meskipun di sebalik keadaan ini. Jangan lepas ini, rakyat yang dahulu kena tempiasnya ... yang merana ... mereka yang perlu berkais makan pagi dan petang.

Bila Blog Berpendapatan RM12, 608.20

As-Salam. Melompat2 saya bila nampak blogger yang memang hebat ni dapat pendapatan sebulan sampai RM12 Ribu .... Tu pendapatan bulan Januari tu. Jangan memain. Terima kasih saya ucapkan kepada Redmummy sebab sudi berkongsi 'bukti' pendapatan ini.

Mungkin ada yang macam kus-kus semangat bila nampak pendapatan sebegitu hebat. Boleh ke dapat income macam tu dari berblog je? Ohh tentulah boleh .. tu dah ada bukti. Bukan nak main-main, malah dalam akhbar baru2 ni pun dah nyata dan terang lagi. Blog bukan lagi sebagai tempat curahkan rasa hati terpendam tapi juga tempat menjana pendapatan yang ribu2.

Bila Blog Berpendapatan RM12, 608.20

Hmm ... itulah rezeki namanya. Dengan hanya menulis, anda boleh dapat pendapatan. Diberi Tuhan akan kebolehan untuk ramai orang menjenguk blog dek kerana menulis entri, buatkan mereka yang jadi pengiklan turut teruja. Masakan tidak jika blog itu dikunjungi ribuan orang setiap masa - bukan hari!

Jadi kalau nak jana pendapat hebat macam Puan RedMummy ni .. ikuti blog dia dan petua yang dia ada. Kaji blog dia secara mendalam, jangan singgah gitu2 je .. banyak ilmu tersembuyi di sebalik kaler merah yang buatkan saya pinar2 bila berada di situ.

Dan oh ya ... jangan fikir duit semata .. ingatlah perkara pertama anda bertujuan buat blog ni dulu. Jangan sampai jadi kabur2 kerana terpaku dengan cek dan nilai pendapatan blogger lain. Jika anda ikhlas berblogging, tak mustahil .. cek anda pula akan saya paparkan dalam blog ntah apa2 ini.

:) Buat Pn Redmummy, terima kasih kerana memberikan kebenaran guna gambar dan terima kasih kerana memberi petua dan tips untuk berjaya dalam menjana pendapatan dari blog.

Dan buat semua yang dah mula leka dengan nilai tu - bukan senang nak berjaya.. kena usaha lebih. Jangan buat kerja singkat dan jangan ada hasad dengki.


Keluhan Diri Seorang Dara

Gambar sekadar hiasan. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Hmm bila diusyar2 dia - si anak dara, terfikirlah dalam kepala .. kenapa la dia tak bernikah lagi. Usia makin memanjat. Apa yang ditunggu dan dicari? Wajah dah lawa, peri budi dah cantik ... malah ramai yang meminati dan pendam hasrat. Tapi ... kenapa la agaknya yang masih di dalam fikiran si dara? Meh ketahui keluhan si dara ini bila ayah dan ibu asyik bertanya: "Bila boeh menerima menantu?"

Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya
Ku cuba cari teman sejati

Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali
Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku

Kisah Suka Duka Banjir di Alor Setar

Banjir Besar di Kedah. Foto: Info Gallery

Salam semua.
Adeh .. berderet 3 posting saya hari ini hanya sebab saya keluar dari rumah dan ziarah sahabat di Alor Setar. Anda boleh baca ini:

Tujuan saya ke Alor Setar [KLIK SINI]
Pengalaman tak berapa best di RnR Gurun Arah Selatan, dalam perjalanan pulang ke Penang. [KLIK SINI]
Kisah Buaya Putih yang dikatakan terlepas dari kurungan bawah Istana Alor Setar. [KLIK SINI]

Dan untuk entri ini pula, saya nak ceritakan mengenai kisah suka duka mereka yang terlibat dengan banjir kali ini.

Saya difahamkan ada benda yang tak manis berlaku semasa banjir di Kedah tempoh hari - atau lebih spesifik di sekitar bandar Alor Setar. Bisik2 kedengaran suara yang menyalahkan projek 'Pak Lah' di Kuala Muda menjadi punca banjir kali ini melanda kawasan-kawasan yang tak pernah2 banjir. Projek yang dimaksudkan itu adalah NCER atau Northern Corridor Economic Region. Sejauh mana kebenarannya, hanya mereka yang tertentu saja dapat memberikan jawapan serta fakta.

Dek kerana ingin menyelamatkan projek2 dalam NCER, air2 bah yang turun dari utara disekat pengaliran, mengakibatkan ribuan rumah tenggelam dan banyak hasil pertanian musnah. Air2 di empangan yang menyalurkan air masuk ke kawasan NCER telah ditambat mengakibatkan ia melimpah ke kawasan yang dulunya tak pernah terjejas. Dan memburukkan keadaan, projek Electrified Double Track Project juga dikatakan antara punca banjir besar berlaku tahun lepas. Itu kata penduduk setempat. Ia bukan fakta namun ia perlu diambil perhatian.

Itu kisah bagaimana berlakunya banjir - secara teorinya. Dan saya ingin bawakan kisah tentang bagaimana pengagihan bantuan yang tidak sempurna telah menyebabkan ramai marah dan rasa tertipu. Mengapa tidak? Diluahkan juga kepada saya ada antara pusat-pusat pemindahan tidak membenarkan makanan yang disediakan kepada mangsa banjir dinikmati oleh mereka yang tidak berada di pusat pemindahan. Ironinya pula .... bantuan yang diberikan adalah banyak sehinggakan ada yang mengaku nampak selepas banjir surut, banyak keperluan seperti lampin pakai buang, gula, beras berlambakkan sehingga ada petugas yang bawa pulang menaiki beca! Waahhhh ..... begitu sekali?

Sayang sekali, bantuan yang disalurkan oleh orang ramai, pihak kerajaan dan badan swasta dicuri begitu dan paling malang adalah mereka yang terlibat dalam banjir. Dan yang agak menggelikan hati saya ialah .... ada pula peraturan ... kerja2 menyelamat dan memindahkan mangsa banjir terpaksa dihentikan jam 12 malam kerana bot dah tak ada yang beroperasi. Boleh pula pinda2 dan buat macam waktu kerja biasa ehh dalam menyelamatkan nyawa manusia ni? Hmmm ... mungkin mereka nak selamatkan harta mereka juga - itu fikiran positif saya la.

Menariknya Sofa dari Duit Syilling

Salam semua.
Anda penyimpan duit syilling yang hebat? Kalau benar .. anda mungkin juga berminat menukarkan duit syilling anda yang banyak dalam tabung tu menjadi sebuah sofa! Percaya atau tidak .. syilling yang anda miliki mungkin boleh menghasilkan sesuatu yang lebih dari nilai syilling yang anda simpan.

Mungkin ia bukan satu kerja mudah tapi tak mustahil.


Jika anda ada masa terluang, boleh juga meniru idea ini .. menghasilkan sofa atau bangku dengan duit syilling. :) Pasti ramai yang kagum dan tentu sekali nilainya takkan sama dengan nilai keseluruhan duit syilling yang anda gunakan.

Sumber Foto: Forum Ehoza

Kisah Kiut Miut dalam Blog Ini


Salam semua yang masih layan blogwalking.
Blogger ini pernah singgah di Bangku Kosong dan pernah memberikan komen di sini: [Gadis Sunsilk Saya]. Ternyata kami sependapat tentang pilihan gadis Sunsilk saya tu .. hehehe ...dan kini gadis Sunsilk saya tu dah makin dikenali dalam HANI. :)

Tapi saya bukan nak cakap pasal Hani atau pasal gadis Sunsilk tu ... tapi saya nak korang layan kisah tuan punya blog - My Stories ... uhh cute blog ni sebab ada banyak benda2 kiut diceritakan dalam blog ni. Dalam blog ni korang bakal berjumpa dengan Alex, Lolo, Gira, Sky, Lucky, Choki, Oreo dan Tora .... hmm ... siapakah mereka? Bagi saya .. mereka sangat cute .. so jadi sesuailah duduk dalam blog yang kiut ehh!

Jadi, nak tahu .... boleh terus TERJAH blog ini. Jangan memalu. Orang Sabah selalunya peramah.

Blogger Ini Memang Sayang dan Cinta pada Ahmad Hafizy Hairy


Salam semua.
Header blogger ni nampak authentic kan? (macam iklan mee segera la pulak!). Actually saya pun tak tahu apa itu authentic ... main bedal je tulis sbb macam kena je dengan blog ni. Siapakah pemilik header blog ini ehh? Hmmm .. orangnya nak jadi paramedik ... lebih kurang cam doktor la kot .. saya pun dah konpius ni. Nak tanya kat wife .. dia dah lena dengan anak2 ..ishhh tak pe .. mana lah tahu kot2 empunya blog ni datang singgah nanti .. leh la dia explain kat ruangan komen.

Hurmmm ... saya tertarik dengan entri dia yang baru2 ini .... nak kata gedik geduk ... dah nama blog dia ... suka atila dia nak mengedikkan diri dalam entri blog dia  .. ye tak? Tapi saya fikir sweet la cara dia meluahkan cintanya pada yang tersayang ... dan apa yang menarik perhatian saya ialah ....

Hmmm apa yang menarik ialah .. cara dia mencari cinta hatinya ini. Sesuatu yang saya sendiri tak duga. Menarik untuk korang baca di sebalik entrinya yang agak panjang ... tapi sedikit sebanyak korang boleh tahu bagaimana empunya diri menilai cinta buat dirinya ... :)

So apa lagi .. terjah sebelum entri itu jadi kusam .... KLIK SINI untuk TERJAH!

Ada Twitter? Jana Pendapatan dengan Churp2 Sekarang!

Perkara Tak Best di Rehat dan Rawat Gurun Arah Selatan

Mee Kari Hentian RnR Gurun.

Salam semua.
Entri lepas saya ada ceritakan tentang pemergian saya ke Alor Setar menziarahi sahabat lama yang uzur. Sehari bermalam di rumah rakan kami yang lain, kami sekeluarga pun pulang.

On the way balik, seperti kebiasaan, kami akan singgah di RnR Gurun. Ada beberapa kisah tak menarik tentang RnR ini. Saya tak nak ulas panjang2 ..cukuplah saya buat style note.

  • Mee Kari dia tak kena dengan selera saya - sebab maybe tak ada santan. Nampak ceroi je. Walaupun gitu, saya tetap makan sampai habis memandangkan harganya RM3.50 semangkuk.
  • Ramai perokok bebal tak reti baca sign "Ruangan DILARANG Merokok!". Walaupun dah disediakan tempat khas buat mereka .. mereka tetap 'selesa' di kawasan orang lain.
  • Terdapat orang dewasa minta orang ramai beri derma untuk sekolah tahfiz - ironinya lepas berita kisah anak-anak yatim keluar akhbar kutip derma yang sama juga. Orang dewasa itu terdiri dari wanita yang sedang mengandung.
  • Pihak RnR Gurun kurang peka dengan keselamatan orang ramai bila wife saya melaporkan ada ular di bilik sholat tetapi tampak tiada tindakan pun dibuat. Peristiwa ini mencemaskan wife saya kerana ular tersebut kurang sekaki dengan Maira yang sedang duduk bermain di dalam surau wanita tersebut.

Sebenarnya saya ada banyak cerita dan kisah yang saya bawa balik dari Alor Setar untuk sama dikongsikan dalam Bangku Kosong ni. Cuma rasa ralit gak tak ada foto yang dapat saya sertakan.

So tunggu entri2 saya seterusnya. Antara yang menarik ialah kisah buaya puteh, kisah lebuhraya dari peronda lebuhraya dan kisah di sebalik banjir besar di Alor Setar.

**p.s: Saya sedang dalam persiapan nak umumkan pemenang Pra Giveaway Bangku Kosong 2011.

Moga Dia Cepat Sembuh


Salam semua.
Semalam saya tak ada entri. Uhh pertama kali tu tak ada entri dalam blog. Nak wat camner... saya tak ada laptop nak update blog saya. Tapi saya ke mana? Hmm kalau sesapa yang follow twitter saya, tentu tahu saya ke mana ....

:) Saya ke Alor Setar, bertolak lepas sholat Jumaat, dan bermalam di rumah sahabat wife saya di sana. Tujuan saya ke Alor Setar adalah semata2 nak menziarahi seorang sahabat lama saya yang dulu sama2 belajar di USM, yang kini sedang sakit.

Actually, niat nak pergi bertemu sahabat tu dah lama - 2 minggu sudah. Alhamdullilah, saya berkesempatan akhirnya.

Nama sahabat saya tu - Auzani Osman. Dia sakit sejak dari tahun lepas ... bulan 6 kalau tak silap saya. Dah berubat di Hospital Pakar dan berubat kampung. Dari cerita ibu kepada Auzani, bermulanya sakit akibat lepas makan sesuatu, saya tak ingat apa dia sebab saya tak catit - lau tak jadi pemberita lak saya. Doktor sahkan yang dia terkena jangkitan virus; wife saya cakap meninggitis yang memang boleh buat seseorang itu lemah dan meracau2 kalau terkena jangkitannya.

Dan sumber dan cara jangkitan setakat ini tidaklah dapat diketahui. Malah tiada ubat khusus pun untuk merawatnya. Dan ia boleh membawa maut.

Saya gembira dapat bertemu dengan Auzani. Melihat dia boleh bercakap dan berjalan skit-skit agak melegakan saya. Jauhhhh dari firasat awal saya yang menggambarkan Auzani dalam keadaan terlantar kurus kering. Dia lebih berisi dari biasa. Malah saya difahamkan selera juga dua kali ganda dari biasa.

Saya harap Auzani akan cepat sembuh dari penyakitnya.

Jangan Cari Padah


Salam semua.
Tak nyempat2 ..gitulah kata hati saya bila melihat gelagat kereta ini. Belum pun hijau ...kereta ini dah memuncungkan kereta nak masuk ke lorong yang ingin dimasuki. Masih merah .... tapi dah tak sabar...sedangkan lorong di depannya itu dok berbaris dengan kereta.

Ohh saya tidaklah gitu sempurna nak bercerita pasal orang lain tapi ada kalanya perbuatan kita ini boleh mengundang bahaya. Jangan mencari padah.

Kereta Paling Jimat di Dunia?

Volkswagen XL1. Foto: Paultan

Salam semua.
Wahhh memang futuristik betul la keter keluaran Volkswagen ni. Mula2 bila disebut pasal Volkswagen; terus menerjah dalam fikiran saya adalah kereta katak tu ... erkk kereta beatle. Ala-ala comel gitu .. yang enjinnya kat belakang - satu2nya keter yang enjin kat belakang yang saya tahu.

Saya pernah memandu Golf. Memang keter keluaran eropah ni cukup mantap di atas jalan. Rasa berat bila bawak tapi ia sangat stabil. Dan terbaru, pihak Volkswagen dah keluarkan satu keter yang dikatakan paling jimat di dunia.

Volkswagen XL1. Foto: Paultan
DOHA - Pengeluar kereta terkemuka Eropah, Volkswagen mempamerkan kereta paling jimat minyak di dunia dalam Pertunjukan Kereta Qatar malam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel.

Dikenali sebagai XL1 Super Efficient Vehicle, ia cuma mengeluarkan 38 gram gas karbon dioksida bagi setiap 1.6 kilometer dan bakal menjadi pilihan kepada golongan yang mementingkan alam sekitar.

Kereta itu menggunakan enjin diesel TDI dua silinder bersesaran 800cc yang disambungkan dengan satu motor elektrik.

Excited Nak Dapat Baby Lepas 4 Tahun!


Salam semua bloggers yang masih duk depan komputer.
Wahhh seronoknya blogger sorang ni. Nak dapat cahayamata baru. Tentu sekali gembira dan excited .. yelah .. dah lama tak bawa perut akibat buatan orang .. kali ini diberikan rezeki untuk dapat baby lagi. Wahh tahniah dari saya.

Harap leh la singgah jenguk2 Bangku Kosong ... cari tips berkaitan mengandung ni ... uhh ada .. saya ada letak banyakkkkkkkk tip2 berkaitan baby dan pembawa anak ni. :) So I hope ... moga blogger dan kandungan sentiasa selamat dan sihat hingga baby lahir ke dunia... aminnnnnn.

Terjah dan lihat betapa excitednya ibu ini. KLIK SINI.

Memasak Ekspress


Salam semua.
Ok. My featured blog untuk awal pagi ini ialah blog ini ... blog masakan ekspress. Saya pun tak pasti samada ekspress tu - samada makanan ni dimasak dalam keretapi ekpress atau bas ekpress. Atau mungkin cara memasak sangat cepat hingga mengalahkan cara nak masak mee segera perisa kari.

Tapi ... kalau anda nak layan masak-masak dan cari resepi, anda boleh TERJAH blog ini tanpa segan silu. :) Tapi dinasihatkan ... ia galeri masakan ikut citarasa dan style di penulis blog ... so tak leh la nak komen lelebih kata cara dia salah lak ... sebab setiap orang ada cara derang sendiri.


**p.s: Kalaulah blog ada function bau ... mestiiii harummmm je ...

Stupid Question, Smart Answer

Muzium Kucing. Foto: Lensahasrul
Salam.
I should I put as an entry huh? Donno ... ahhh maybe this can. Simple yet meaningful. :) Ohh kau. Saya ni tak lah pandai sangat nak berbahasa inggeris, tapi yes I can speak when there is a need. Bukan apa, kadangkala sukar nak nulis2 dalam bahsa inggeris sebab bila dah menulis dalam english ni .. akhirnya akan buat saya sendiri tak faham. Bak kata orang dari England, why are you keep hitting behind the bushes. 

Lalala ... k la .. simple yet meaningful .. saya nak kasik satu conversation simple antara seorang Boy dan seorang Girl. Mungkin anda boleh gunakan atau adaptasi conversation ini kelak.

BOY : May I hold your hand?
GIRL : No thanks, it isn't heavy.

GIRL : Say you love me! Say you love me!
BOY : You love me...

GIRL : If we become engaged will you give me a ring??
BOY : Sure, what's your phone number??

GIRL : I think the poorest people are the happiest.
BOY : Then marry me and we'll be the happiest couple

GIRL : Darling, I want to dance like this forever.
BOY : Don't you ever want to improve??

BOY : I love you and I could die for you!
GIRL : How soon??

BOY : I would go to the end of the world for you!
GIRL : Yes, but would you stay there??

Sebab Rokok, Anak Kena Terajang

Merokok merbahaya untuk kesihatan semua. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Aduhai kesian kanak-kanak ini, di dera sebab benda yang kecil; hanya kerana rokok! Sebab kesilapan kecil ini, anak-anak menjadi mangsa tindakan yang ntah apa2. Aduh .. kenapalah manusia tidak boleh mengawal marahnya? Susah sangat ke untuk berdiam diri ... atau memalingkan muka?

Kenapa sampai mendera? Itukan darah daging sendiri. Aduhhh .. aduhhh parahnya keadaan masyarakat kini. Moga saya terlindung dari perbuatan yang merugikan ini. Saya tidak mahu jadi begini.

PERMAISURI: Hanya kerana si kakak tersilap membeli rokok bapanya, empat beradik menjadi mangsa terajang lelaki tidak bertanggungjawab itu, sebelum dihalau dari rumah dan bermalam dalam hujan lebat di hutan berhampiran Guntung di sini, semalam.

Empat beradik berkenaan termasuk tiga perempuan berusia 8, 10 dan 14 tahun dan seorang adik lelaki berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa sendiri termasuk beberapa kes sebelum ini, sebelum dihalau dari rumah kira-kira jam 1 pagi akibat kesilapan kecil itu.

Lebih menyedihkan, sifat kejam bapa kanak-kanak terbabit bukan kali pertama berlaku kepada mereka, malah sudah beberapa kali diterajang, disepak dan dihentak dengan hulu parang dan dicucuh dengan puntung rokok.

Kesan kecederaan itu dikenal pasti apabila mereka dibawa polis ke Hospital Setiu untuk rawatan semalam, selepas mereka ditemui orang awam dalam keadaan menyedihkan dan kesejukan.

Blog Rasa Macam Best - Sweetnya Blogger Ni !


Salam semua.
Ntah kenapa .... saya suka je tengok header blog ni. Cam sweet je gitu. Rupa coklat pun ada .. uhh nyum2 .. uishh mana leh makan memalam ... nanti gemuk (ini hanya mitos semata2). Sapa empunya blog ni yer?

Foto: Kayra Kamal

Mula2 pandang header blog ni .. hmm macam best je - sesuai dengan nama blog ni: http://rasamacambest.blogspot.com

APa pendapat anda? Dia ada segmen jenjalan oooo .. best tgk gambar tempat2 dia pergi. Nak layan sama .. jom terjah blog ini: http://rasamacambest.blogspot.com

Meow yang Punyai Blog


Salam semua bloggers.
Wahh ramai betul student2 yang muda2 ada blog eh. Hebat tul! Saya dulu tak rajin nak nulis2 blog ni - erkk ehh dah ada ke zaman saya dulu eh? Hmmm tapi memang cool la kalau ada student yang rata-rata umur 19-22 tahun ni ada blog.

Ini salah sorang darinya. Katanya - dia budak Politeknik Seberang Jaya. Hmmm umur baru 21 tahun. Terjah Blog ni.

Saya dedulu selalu gak p Poli ni, bukan sebab saya nak ngorat awek2 Poli Seberang Jaya tetapi atas dasar kerja. Pernah saya ke sana nak cari orang untuk wat kajian, tetapi tak dapat green light, so tak dapatlah nak berkenalan dengan mereka. Lau tak .. tentu ada yang saya dah kenal dah.

Ehh .. pergila jenguk blog ni .. ada GA baru nak wat rasanya. Klik Sini.


Siapa Blogger Bernama Nur Anees Syafwah


Salam semua bloggers kategori remaja.
Uhh .. tengah dan sedang hangat bercinta rupanya si empunya blog ni. Uhh ..bukan sebarang cinta ni yer. Baca kisah cinta [in Love?].

Nama blogger ni: Nurany Syafwah (itu dalam blogger profile dia). Sedap tapi terbelit gak saya nak sebut. Nama sebenarnya - Nur Anees Syafwah.

Apa kata blogger ni tentang dirinya:
"Saya sangatt rajin tydo, tak suka makan ikan, sengaja type message dengan lembap, gemar memakai dua jam sekaligus kerana tamak haloba, tak layan jiwang namun suka menyakat tetapi malas belajar. peace :) ohh yes, this is the place where you can have second thoughts boud me :) "

Hmm nak kenal? atau nak layan blognya yang saya suka ini: TERJAH SINI!

Bila Anak Saya Nampak Mazidul Akmal Sidek

Zikri 2 Tahun. Foto: Lensahasrul

Salam semua.
Oh apakah? Heh ... setiap kali kami sekeluarga menonton 999 atau 360 dan wajah Mazidul terkeluar di situ, anak-anak saya terutama Zikri akan menyebut:

"EHh abah la ... mama .. cam abah la!"

Nak gelak pun ada. Ada ke rupa saya ni disamakan dengan Mazidul Akmal Sidek. Apa yang serupa pun ntah, mungkin sebab ini:


Penampilan saya yang berambut sikit menjadi persamaan dan berkaca mata .. mungkin. Gitulah anak-anak; kadangkala cara mereka melihat dan menilai sesuatu membuatkan saya geli hati. Pandangan mereka mungkin berlainan tapi penuh jujur dan ikhlas. Bukan nak suka-suka 'membodek' tetapi mereka menyatakan apa yang mereka nampak. Perspektif mereka berlainan dengan kita.

Jadi, kalau anak anda ada pandangan tertentu, cuba fahami apa yang cuba mereka sampaikan. Anda mungkin terkejut dengan alasan yang mereka berikan.

Nuffnang Menjawab Isu Iklan Arak MilkADeal di Blog

Salam semua.
Adeh. Apa sudah jadi? Ishh Nuffnang tersesat nampak gayanya kali ini. Nasib baik dah settle. Kalau tak tentu ramai blogger yang marah2 ... dan tentu ramai yang akan hilang keyakinan dengan Nuffnang. Harap kesilapan ini tidak berulang lagi.

Perlu sangat Nuffnang berikan yang terbaik namun kena dipastikan jangan diri sendiri melanggar etika yang sendiri adakan. Hati-hati dengan perincian advertisement yang anda buat. Bukan semua orang boleh berbahasa lembut.

Barangkali kita semua bloggers yang gunakan khdimat Nuffnang boleh berterima kasih kepada blogger ini yang nyata lebih prihatin dari saya. Saya tak perasan la pulak ada iklan ARAK menari2. Apapun .. kes ini dah selesai .... hasil usaha yang dilakukan oleh blogger ini. Terima kasih saya ucapkan.

Mari baca: 

Photoblog Pilihan Memalam .... Syok Layan


Salam untuk mereka yang suka tengok gambar.
Aha .. ini blog banyak gambar yang best dan cantik. Saya enjoy layan blog ni ... dan saya fikir anda juga turut sama .. kalau tak .. maknanya kita berlainan citarasalah. :)

Blog ni memang sah photoblog, sebabnya hampir semua entri kaya dengan gambar. Walaupun banyak gambar, saya tak ada masalah langsung jelajah blog dia ni. Sebabnya tak berat even gambar bertaburan. So, i enjoyed being there.

Baca entri sambil layan gambar-gambar yang tidak mengecewakan untuk halwa mata. Dan tak sangka .. ia datang dari gadis. Uhh ingat si gadis tak pandai ambik gambar ke? Ke saya yang silap? Ada tangan lain yang snap? Hmm ...

Apa kata anda pula? Jom terjah blog yang ceria dengan gambar ini: LIVE LIFE THE FULLEST
Apsal Buat Entri Pasal Blog Orang Lain Nih?

Apsal Buat Entri Pasal Blog Orang Lain Nih?

As-Salam.
Ada yang tanya saya, mengapa nak letak kisah blog orang lain dalam entri? Mengapa saya suka suruh orang lain terjah blog lain sedangkan ada banyak entri dalam blog saya yang mereka nak baca (ehh perasan je nih)?

Jawapannya mudah je. Sebab saya kena hargai mereka yang sudi datang, jadi follower, komen entri2 saya dan lebih dari itu .. mereka sering ke sini berulang-ulang kali tanpa jemu. Ini adalah cara saya nak hargai mereka. Nak belanja makan .. saya bukan ada income tetap. Nak ajak kuar ... saya ni duk kat ceruk mana ntah ... disebut kalu tentu ada yang terpinga2.

Kenapa buat entri dan suruh orang usyar blog mereka? Sebabnya ialah saya mungkin tak dapat nak singgah blog tu secara peribadi setiap hari. Ada masa saya akan layan dan baca entri2 yang ditulis. Jika tiada masa ... macam mana? So saya wat entri, andai saya tak dapat nak datang .. boleh 'hantar' wakil tolong tengokkan. Jadi ... secara tak langsung .. saya dapat trafik ... dan blog tu juga dapat trafik .... dan mana tahu ... anda juga bakal berkenan dan mula berkenalan dengan blogger tersebut, terjalin ikatan persahabatan .. dan korang akan saling kunjung2 selepas itu ... dah beri trafik lagi .. dan lagi .. dan lagi .. dan lagi .....

Bak kata WOnderPets .... 'Apa yang penting ... KERJASAMA'.

Itu cara saya .. cara anda?

Bukan Pedas tapi Berempah


Salam semua.
Hari ni makan semua benda2 yang berapi belaka. Lunch tadi saya dah cerita saya sempat masak daging; dua hidangan berbeza, masak kicap dan juga masak hot black pepper ... saya kata hot black pepper adalah sebab saya letak 2 sudu besar cili api yang dah dikisar... memang berapi beb ... wife saya kata the best daging la. :) Thanks dear.

Pastu malam lak sempat beli makanan kat pasar malam, layan lak bihun sup .. tuang selagi mahu kicap lada dia ... makkkk .. giler ko ... menangis dibuatnya. Tapi dalam panas2 lidah dan berapi perut ... sukar nak kalahkan blog yang satu ni .... uhh lebih hot dari hawt .... tapi berempah beb .. ye very spicy.

Nak tahu sejauh mana kerempahan blog ini, anda boleh terjah di sini -> nida ngok ngek

Marahlah Saya

Kecik-kecik, kalau Amri marah .. dia akan pancarkan sinaran Gamma Ultraman. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Anda marah? Jangannn .. nanti kena jual! Hmmm gitulah ayat best dalam citer 3 Abdul lakonan hebat seniman P.Ramlee. Nampak mesej yang cuba disampaikan secara tak langsung ialah ... janganlah menyemarakkan soal marah itu. Sabar lebih baik dan lebih memuaskan hati. Lagipun, bila marah .. kita selalunya akan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ia akan menggelapkan hati kita.

Bila anda marah, jangan cuba mengelak ... atau dengan kata lain ... anda tak nak mengaku yang anda sedang marah. Jika anda rasa marah ... luahkan .... supaya cepat ia pergi. Mengelak rasa marah boleh sebabkan anda stress dan hadapi tekanan. Bukan maksud saya suruh anda marah pada orang, cuma jangan disimpan marah itu, anda boleh luahkan kemarahan anda ... tetapi dengan cara yang lebih baik. Contohnya; tak perlu menengking atau mengherdik. Cukup dengan pandangan anda atau memek muka yang tidak keterlaluan. Paling senang - luahkan: "Saya marah pada anda".

Uhh lagi tension kalau anda pendam kemarahan anda. Ia bagaikan duri dalam daging. Cam merobek2 je hati .. geram .... semua ada. Semakin anda bendung kemarahan anda .... semakin ia membuak2 dalam jiwa, ibarat tunggu gunung berapi nak meletup jer. 

Jangan lepaskan kemarahan anda pada mereka atau benda yang tak sepaatutnya. Anda marah kat jiran sebelah kampung sini .. tapi anda lepaskan kemarahan dengan bakar kampung sebelah sana.. uhh jangan sampai gitu. Jangan melampiaskan kemarahan anda pada yang bukan penyebab kemarahan anda. Sebagai contoh, anda dimarahi oleh boss di opis ... balik umah .. anda marah anak2 dan isteri .. uhh tak patut tul la.

Marah boleh buat anda jadi penzalim. Bukan hanya kepada orang .. tetapi juga harta benda. Kerana anda marahkan duit syilling tak jatuh dari peti air ... anda tendang peti air tersebut. Ini kan ke tindakan bodoh? Uhh ... dari boleh guna skit2 .. jadi tak leh guna langsung ... sama halnya dengan kemudahan telefon awam .. kerana 20 sen anda tersangkut, anda marah .. dan jahanamkan telefon awam tu. Bila tiba saat anda memerlukan .. macam rumah anda tengah terbakar .. nak telefon guna telefon awam .. terhegeh2 ... dah tak leh guna sebab anda dah cabut ganggangnya bawak balik umah sebagai ganti 20 sen anda yang tersangkut.

:) Selamat marah dengan cara sihat.

**p.s: Saya kalau marah ... cara paling afdal .. ambik wudhu

Berkongsi Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

Sesekali makan kat Mc D. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Aduhhhh sakit badan la. Pasal apa ntah .. takkan salah urat kot. Hmm .. hari ni saya sempat masak daging masak kicap untuk anak-anak dan black pepper untuk mak bapak derang (Saya n wife ler). Sedaappp .. heheheehhe ... 

Cerita pasal makan, saya nak kongsi satu citer ni. Best gak layan kisah romantik cam ni.

Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebiji prosperity burger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman Pepsi.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi burger tadi menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: 

"Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"

Si datuk menjawab: 
"Tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" 

Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya. Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata:

"Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini?"
Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.."

Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?" 
Kata si Nenek "Saya sedang menunggu gigi... ... ... . giliran saya selepas datuk... ..! 

Uhh hebat betul keromantikan pasangan ini sampaikan gigi palsu pun berkongsi. :)

Panduan Menulis Blog: 10 Cara untuk Dapatkan Unique Visitors yang Tinggi


As-Salam.
Ada blogger bertanya kepada saya, bagaimana nak dapatkan Unique Visitors (UV) sampai ratus-ratus sehari dan ribuan dalam masa seminggu? Sebenarnya saya segan gak nak jawab sebab blog saya tak adalah hebat sangat. UV yang saya dapat pun kejap naik .. kejap turun. Tapi, saya sedia berkongsi idea dan cara .... ia dipraktikkan untuk perkembangan blog ini. Bukan kata saya ni pandai sangat, tapi macam anda, saya juga telah dan sedang belajar untuk mempertingkatkan diri - membolehkan blog saya memunculkan diri.

10 Cara Untuk Mendapatkan Unique Visitors Yang Tinggi


Kisah Ramadhan

More »

Pilihan Menarik

More »

Kemeriahan Hari Raya

More »

Sembang Blogger

More »