Monday, 12 December 2011

Masyarakat Kita Tak Bersatu, Itu Sebab Masyarakat Asing Bermaharajalela

4 reaksi dan komen
Foto: HASRULPhoto
As-Salam.
Bila buka TV, tengok berita .... kisah mereka ini pasti ada. Kalau tak jadi topik utama, topik selit2 mesti akan ada kisah mereka. Itu di kaca TV, dalam akhbar perdana ... selak-selak muka surat pasti akan ada kisah mereka ini. Dan yang menyedihkan, kisah mereka ini semuanya (hampir semua) berkaitan dengan jenayah.

Adakah negara kita ini lubuk buat warga asing ini melakukan perkara dilarang? Adakah negara Malaysia yang anda dan saya cintai ini menjadi tempat bersarang segala kegiatan jenayah mereka?



Kita - apa peranan kita dalam masyarakat untuk basmi kegiatan mereka yang ntah apa2. Kita sering minta pihak polis buat itu dan ini, tetapi kita yang berada paling hampir dengan golongan ini - warga asing, hanya tutup mata tutup telinga. Kita tak ada keberanian di bumi sendiri, kita tak ada kekuatan untuk berkata ini tidak boleh, ini dilarang kepada warga yang tak hormati budaya masyarakat kita ini. 

Kenapa berlaku? Kerana masyarakat kita pun porak peranda. Buat hal masing-masing. Hanya serah kerja untuk jaga masyarakat kepada pihak polis, pihak majlis ... tetapi kita, hanya tahu tuding jari dan berbalah dalam masyarakat kita sendiri.

4 comments

12 December, 2011 15:18

betul tu, mungkin perasaan sayang kepada negara sendiri dah makin hilang..

12 December, 2011 15:32

Betul..masing-masing jaga tepi kain sendiri..sedih jugak..

12 December, 2011 15:48

sikap kita begitu agaknya

http://mawarbiruairlaut-bicarakudanmu.blogspot.com/2011/12/sikap-kita-memang-begitu-agaknya.html

13 December, 2011 01:30

pendapat sesama kita pun byk bercanggah dlm byk perkara menampakkan sikap kita yg seolah2 pentingkan diri masing2 jer. mcm enau dlm belukar, melepaskan pucuk masing2...

Post a Comment

HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya

 

Get this Jquery Popup widget