As-Salam.
Untung bagi mereka yang punyai ramai followers dan pembaca setia. Kerana apa? Kerana blog dengan kekuatan tertentu boleh menjana pelbagai manfaat. Antaranya ialah penyebaran ilmu, sumber pendapatan dan juga sebagai salah satu platform untuk mengenengahkan idea serta wawasan.

Saya telah berusaha dengan tekun untuk membolehkan kejayaan dicapai menerusi blog. Ada yang pandang sinis, tetapi saya buat tuli. Ada yang sindir, tapi saya buat derk. Ada yang cuba menjatuhkan tetapi saya cepat-cepat capai tongkat.

Hakikatnya, kejayaan yang ada ini bukan sesuatu yang mudah. Banyak masa diperlukan, banyak usaha kena dilakukan. Ia bukan kerja sehari dua ... kini sudah setahun saya cuba perkenalkan blog ini - dengan jenama hasrulhassan dalam dunia blog. Hasilnya ... alhamdulillah, saya punyai ramai pembaca setia yang tak sudah-sudah hadir ke sini ...

Nak ucapkan terima kasih satu persatu ... memang saya tak termampu, kerana ia libatkan senarai berjela, ada antara mereka memang dah naik dan ada nama dalam dunia blog, ada pula merupakan pembaca senyap, ada yang dari dulu, dari 500 followers pertama masih lagi setia dengan blog ini. Saya ingat ... dan saya tak lupa, cuma keupayaan saya untuk berterima kasih itu sangat terbatas.

Terima kasih buat semua yang terus-terusan memberikan sokongan dan membuatkan saya terus mencari idea, terus menyelongkar dunia maya untuk berkongsi sesuatu kebaikan yang boleh dimanfaatkan bersama.

Namun, saya masih lagi kagum pada mereka yang usianya lebih muda (dah tentu) dan blog mereka tak sampai pun setahun, sudah punyai ribuan followers, malah pageviews pun dah nak capai sejuta! Saya betul2 rasa kerdil walaupun ada kata blog saya dah cukup dikenali (uhh perasan). 

17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah... ur blog are such an inspiration to me and others.. all the best

    BalasPadam
  2. tahniah jugak..mama ni blogger picisan...

    BalasPadam
  3. tahniah.mmg agak susah nak dpt pencapaian yg membangga kan seperti itu,but blog ni mampu :)

    BalasPadam
  4. HH menunjukkan tak perlu buat entry kontroversi semata-mata nak naik cepat.

    congrate!!

    BalasPadam
  5. secara umumnya, berterima kasih kpd semua...kalo nak sebut nama sorang demi sorang tu boleh, tp memadai yg utama. contoh myabe kawan2 yg paling rapat or adik-beradik...

    BalasPadam
  6. terima kasih kpd yg buat bloglist dan share blog HH kat fb....dan semua yang sokong..heheh

    BalasPadam
  7. @Fendy Erkk ya betul ... sharing tu yang buat banyak pageviews ...:)

    BalasPadam
  8. tahniah.. wahh... dasyattt... hehe

    BalasPadam
  9. wow... terbeliak mata saya tengok.. suatu pencapaian yg membanggakan hasil usaha keras selama ni..
    Harap blog ini akan menjadi panduan buat saya dan semua rakan blogger..

    BalasPadam
  10. Terbaik la blog. Kita menulis kerna ikhlas kepada Allah. :), Jangan terlalu bergantung kepda follower. :)

    BalasPadam
  11. saya sokong dari belakang je la (silent reader)

    BalasPadam
  12. alhamdulillah.tahniah atas kejayaan anda. moga2 ALLAH berkati perjuangan anda. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement