Sabtu, 12 November 2011

Fakta Menarik | Rhein II | Rekod Baru Gambar Pemandangan Termahal Dilelong


As-Salam.
Rekod dicipta, sebuah gambar telah dilelong di Jerman dengan harga mencecah lebih dari 13 juta ringgit. Perghhh .... inilah dikatakan hobi menjana pendapatan. Jika kita punyai hobi, andai dilakukan dengan penuh minat dan bersungguh pasti akan berbaloi suatu hari nanti. Bukan buat hari ini, esok nak untung .... heehehe...

Andreas Gursky, pemilik dan pelukis gambar tersebut merupakan seorang pengkarya yang aktif dalam lukisan lanskap serta struktur besar. Dilahirkan pada 15 Januari 1955 Leipzig, Jerman, merupakan anak kepada seorang jurugambar komersil.

Rhein II

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.

Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie. Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut.

Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled. Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. - Agensi

Jadi, lakukan apa yang anda suka dengan penuh minat dan tanpa jemu .. okeh.

Kongsi dan Sebarkan

Baca Juga

Fakta Menarik | Rhein II | Rekod Baru Gambar Pemandangan Termahal Dilelong
4/ 5
Oleh

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

2 komen

Tulis komen
avatar
12 November, 2011 16:56 delete

memang cantik! penuh nilai komersial, sebab tu boleh dijual dengan harga jutaan ringgit..

Reply
avatar
12 November, 2011 20:23 delete

nampak simple giler, tp jual sampai juta2!!

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Mana-mana komen yang didapati melanggar polisi Blogger akan dipadam serta-merta. Setiap komen yang ditulis adalah tanggungjawab penulis komen. Untuk mendapatkan info peluang pengiklanan dan maklum balas boleh email (blogger.hasrulhassan[@]gmail.com).