Untuk membolehkan pengunjung klik ke blog anda, samada menerusi enjin carian mahupun dari bloglist blogger lain, apa yang perlu anda ketahui adalah kepentingan memberikan tajuk entri yang menarik.
Tajuk entri boleh panjang dan boleh juga pendek, tetapi pastikan ia menunjukkan maksud keseluruhan entri tersebut. Disyorkan untuk membuat tajuk entri yang lebih tertumpu, contohnya: 10 Cara Mendapatkan Buffered Earnings Nuffnang atau 5 Haiwan Laut Yang Diancam Kepupusan.
Tajuk entri sebegini dipercayai disukai sesetengah enjin carian kerana ia merupakan tajuk tertumpu atau spesifik ke aras sesuatu perkara. Contoh tadi misalnya, sekali baca je kita akan tahu apa yang bakal kita baca dalam entri tersebut. Ia juga menarik bagi mereka yang betul2 mencari maklumat mengenainya.
Namun, ada juga tajuk entri pendek yang boleh memikat pembaca, contohnya; Gadis Diliwat .... pastinya mereka yang tertanya-tanya akan klik. Apatah lagi kalau begini; Gambar Lelaki Gay. Ia memang carian popular tetapi ... erkkk anda fikirlah sendiri. :)
Terpulang kepada anda, mana satu pilihan .... sebagai orang yang mencari maklumat dalam internet, mana satu pilihan anda?








tajuk entri memainkan peranan penting....thanx 4 sharing
02 November, 2011 18:16
panduan yang menarik..thanks;))
02 November, 2011 18:46
terbaek la..mmg tengah ketandusan idea pun nak pilih tajuk entri apa sesuai nak letak ni..tq HH :)
02 November, 2011 20:17
idea da makin pupus..hehe
02 November, 2011 21:24
suke entri ringkas n bermakna
02 November, 2011 21:27
thanks bro..
http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2011/11/laadah-tak-ada-manusia-nak-ajak-menikah.html
02 November, 2011 22:20
Benar sekali
Tajuk panjang@ pendek. Naim ikut situasi.
:)
02 November, 2011 22:35
Semoga ia memberi manfaat pada semua.
02 November, 2011 23:53
tajuk yg kene dgn content slalunya akan generate rasa ingin tahu pembaca utk mengetahui selanjutnya apa yg nak disampaikan tu.
03 November, 2011 03:46
Post a Comment